Koleksi Doa Untuk Majlis Yang Ringkas & Mudah Dibaca (Rumi)

doa pembuka majlis
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Doa Pembuka Majlis sudah menjadi kebiasaan bagi kita dalam memulakan sesuatu majlis.

Tujuan bacaan doa pembuka majlis adalah bagi memohon keberkatan dan dipermudahkan urusan majlis tersebut.

Kebiasaannya seorang Ustaz atau wakil akan ditugaskan untuk mengetuai bacaan doa ini.

Galakan Membaca Doa

Saranan untuk memulakan sesebuah majlis dengan bacaan doa turut disebutkan oleh Imam an-Nawawi Rahimullah Ta’ala.

Imam an-Nawawi Rahimahullah Ta‘ala menyebutkan bahawa antara akibat daripada sesuatu majlis yang kosong daripada mengingati Allah SWT itu adalah seperti yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya:

“Tiada satu kaum pun apabila mereka berdiri (meninggalkan) daripada suatu majlis, mereka tidak mengingati Allah SWT di dalamnya, melainkan mereka berdiri (bersurai) seumpama bangkai keldai dan bagi mereka itu suatu kerugian.” – (Hadis riwayat Abu Daud)

Bacaan doa pembuka majlis tidak semestinya perlu dalam Bahasa Arab 100%, sebaliknya boleh dicampurkan dengan bacaan dalam Bahasa Melayu asalkan doa tersebut boleh difahami dan mempunyai maksud yang baik.

Artikel berkaitan : Doa Menghadapi Peperiksaan 

Doa Pembuka Majlis 1

Ya Allah, Ya Tuhan kami, Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, kami berhimpun pada hari ini berdoa memohon rahmat dan hidayah dari-Mu.
Semoga dengan rahmat itu,
Engkau berikan petunjuk kepada kami, Engkau perkukuhkan perpaduan kami,
Engkau memperbaiki urusan Agama dan dunia kami.

Ya Allah, Ya Tuhan kami yang memiliki segala kekuasaan dan kemuliaan, kurniakanlah taufik dan hidayahMu kepada kami, restuilah perancangan kami, bimbinglah kami dengan petunjukMu yang berterusan. Pimpinlah kami sekalian ke jalan yang lurus dan benar yang membawa kepada ketenteraman dan kesejahteraan. Hindarkanlah kami sekalian dari segala mala petaka dan sifatsifat yang keji. Selamatkanlah kami sekalian dari perselisihan yang boleh membawa perpecahan dan kebinasaan. Anugerahkanlah kepada kami kekuatan dan keupayaan untuk merangka strategi dan dasar negara bagi mencapai kecemerlangan dan kesejahteraan serta matlamat wawasan sebagaimana yang kami 

Doa Pembuka Majlis 2

بسم الله الرحمن الرحيم

اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْن ،وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى اَشْرَفِ الْمُرْسَلِيْن ،

وَعَلَى آلِهِ وَاَصْحَابِهِ اَجْمَعِيْن

رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةٍ وَفِي الآخِرَةِ حَسَنَةٍ وَقِنَا عَذَابًا النَّارِ. وَصَلَّى الله ُعَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَاَصْحَابِهِ وَسَلَّم

 وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْن

Ya Allah ya Tuhan kami
Kami ingin merafakkan kesyukuran kepadaMu atas pertemuan kami pada hari ini
Jadikanlah kami hamba-hambaMu ini sentiasa bersyukur terhadap rezeki dan kurniaanMu
Sesungguhnya Engkaulah Tuhan yang Maha Memberi

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim
Kami berhimpun hari ini untuk menjayakan majlis (sebutkan nama majlis)
Maka kau permudahkanlah majlis ini supaya ia berjalan dengan lancar
Kami ingin menimba ilmu sebanyak mungkin supaya kami mampu memperkembangkan potensi kami sehingga menjadi hambaMu yang Kau reda Ya Allah
Kurniakanlah ilmu kepada kami
Sinarilah hati-hati kami dengan hidayahMu
Sesungguhnya Engkaulah Tuhan yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui

Ya Zal Jalali Wal Ikram
Hadiahkanlah kepada kami kesihatan badan, kecerdasan minda, ketenangan jiwa dan kekuatan semangat
Kami memohon kepada Engkau Ya Allah
Bantulah kami dalam menghadapi segala cabaran
Ringanlah beban kami
Sesungguhnya Engkaulah yang Maha Berkuasa

Berikut juga dikongsikan KOLEKSI DOA-DOA YANG BOLEH DIBACAKAN DALAM PELBAGAI ACARA RASMI:

doa pembuka majlis
doa pembuka majlis perkahwinan
doa pembuka majlis
doa pembuka majlis

Sumber : JAKIM – Panduan Doa Rasmi

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut