Doa Iftitah bukanlah salah satu rukun dalam solat yang perlu dilakukan oleh umat Islam sewaktu menjalankan solat fardhu.
Namun begitu, ia merupakan salah satu amalan sunat yang sangat digalakkan di dalam solat fardhu, seperti doa Qunut.
Berikut kami kongsikan kepada anda cara dan makna bacaan doa ini dalam solat fardhu anda. Teruskan membaca untuk ketahui lebih lagi.
Apa itu Doa Iftitah?
Doa Iftitah merupakan doa yang dibaca pada rakaat pertama solat fardhu dan solat sunat tertentu sebagai pembuka bagi ibadah solat seseorang individu.
Membaca doa ini tidak tersenarai dalam rukun solat, jadi ia adalah tidak wajib dilakukan. Namun begitu, ia adalah sunnah Rasulullah S.A.W yang sangat digalakkan untuk dilakukan oleh umat Islam. Oleh itu, hukum membaca doa ini adalah sunat.
Doa ini merupakan satu bentuk pujian dan sanjungan yang mengagungkan Allah S.W.T. Jadi dengan melakukan perkara ini, ia dapat membantu dalam menyempurnakan ibadah solat seseorang individu, seperti yang dinyatakan Nabi Muhammad S.A.W di bawah:
Maksud sabda nabi SAW,
Tidak sempurna solat seseorang sehingga dia menyempurnakan wuduknya sebelum dia bertakbir, memuji Allah ‘Azza wa Jalla, menyanjung-Nya, dan membaca ayat-ayat al-Qur’an yang mudah baginya (dihafalnya)…”
Sahih: Sebahagian daripada hadis yang panjang yang dikeluarkan oleh Abu Daud dalam Sunannya dan ia dinilai sahih oleh al-Albani dalam Shahih Sunan Abu Daud, hadis no. 856.
Terdapat 12 jenis doa iftitah ini, namun yang diamalkan di Malaysia hanya satu iaitu doa di bahagian bawah ini. Jika anda ingin mengetahui tentang doa iftitah jenis lain yang boleh diamalkan anda boleh ke laman rasmi Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Cara dan Makna Bacaan
Doa ini di baca selepas anda mengangkat takbiratul ihram pada rakaat pertama. Bagi anda yang tidak tahu cara membaca dan makna bacaan doa iftitah ini anda boleh lihat pada teks Arab dan Rumi di bawah sebagai panduan anda dalam mempelajari doa ini:
اَللهُ اَكْبَرُ كَبِيْرًا وَالْحَمْدُ لِلّهِ كَثِيْرًا
Allaahu akbar kabiraa walhamdulillaahi katsiiraa
وَسُبْحَانَ اللهِ بُكْرَةً وَاَصِيْلًا وَجَّهْتُ وَجْهِيَ لِلَّذِيْ فَطَرَالسَّمَاوَاتِ وَالْاَرْضَ حَنِيْفًا مُسْلِمًا وَمَا اَنَا مِنَ الْمُشْرِكِيْن
wa subhaanallaahi bukratan wa’ashiilaa wajjahtu wajhiya lilladzii fatharas samaawaati wal ardha haniifan musliman wa maa anaa minal musyrikiin.
اِنَّ صَلَاتِيْ وَنُسُكِيْ وَمَحْيَايَ وَمَمَاتِيْ لِلّهِ رَبِّ الْعَا لَمِيْنَ
Inna shalaatii wa nusukii wa mahyaaya wa mamaatii lillaahi rabbil ‘aalamiin.
لاَ شَرِيْكَ لَهُ وَبِذَلِكَ اُمِرْتُ وَاَنَا مِنَ الْمُسْلِمِيْنَ
Laa syariikalahu wa bidzaalika umirtu wa ana minal muslimiin
Berikut adalah makna bacaan doa ini sebagai rujukan anda:
Allah Maha Besar, segala puji bagi Allah.
Trending sekarangMaha Suci Allah pagi dan petang.
Aku hadapkan mukaku kepada Tuhan yang menciptakan langit dan bumi, hal keadaannya bersih dalam Islam.
Tidaklah aku dari golongan orang-orang yang mensyirikkan Tuhan.
Sesungguhnya sembahyangku, ibadahku, hidup dan matiku bagi Allah, Tuhan yang memiliki alam keseluruhannya.
Tidak ada bersekutu denganNya sesuatu dan dengan demikian aku disuruh dan aku dari golongan muslimin.
Diharapkan dengan panduan bacaan dan makna bacaan, solat kita akan lebih sempurna dan diterima Allah S.W.T
Anda juga boleh dapatkan buku panduan solat di Shopee dengan harga yang lebih murah dan berpatutan bagi mempelajari lebih lagi tentang ibadah ini dan bacaan di dalamnya.
Baca juga: Doa Selepas Wuduk & Maknanya