Dividen ASB 2020: Kadar Pengagihan Pendapatan & Bonus

dividen asb 2020
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Berikut dikongsikan kadar pengagihan pendapatan (dividen ASB 2020) dan bonus Amanah Saham Bumiputera bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2020.

Kadar dividen ASB 2020 adalah berdasarkan pengumuman terkini Permodalan Nasional Berhad (PNB) melalui sidang media pada Rabu, 23 Disember 2020.

dividen asb 2020

Dividen ASB 2020 telah diumumkan seperti berikut:

  • Pembayaran tersebut terdiri daripada pengagihan pendapatan 3.50 sen seunit dan bonus 0.75 sen seunit dengan jumlah keseluruhan sebanyak 4.25 sen seunit.
  • Bersempena Ulang Tahun ke-30 ASB, pemegang unit akan turut menerima khas Ehsan 0.75 sen seunit sehingga 30,000 unit pertama.

Pengiraan pengagihan pendapatan dan bonus ASB adalah berdasarkan baki purata minimum bulanan yang dimiliki sepanjang tahun kewangan. Unit yang dilaburkan semula dari pengagihan pendapatan dan bonus akan dikreditkan ke dalam akaun pemegang unit pada 1 Januari 2021.

Urus niaga ASB telah ditangguhkan buat sementara waktu dari 22 Disember 2020 hingga 3 Januari 2021 bagi memudahkan pengiraan pengagihan pendapatan.

Pemegang unit boleh menyemak dan mengemas kini akaun mereka melalui www.myasnb.com.my atau aplikasi mudah alih myASNB, atau di mana-mana pejabat cawangan dan ejen ASNB di seluruh negara apabila urus niaga beroperasi semula pada 4 Januari 2021.

Tentang Amanah Saham Bumiputera

Amanah Saham Bumiputera atau ASB merupakan salah satu platform pelaburan yang dijamin kerajaan.

Mengimbas sejarah penubuhan ASB, ia sebenarnya ditubuhkan bagi menggantikan skim Amanah Saham Nasional (ASN), unit amanah pertama yang dilancarkan oleh Permodalan Nasional Bhd (PNB) pada tahun 1981.

ASN pada awal pelancarannya adalah dana berharga tetap, namun selepas 10 tahun harganya perlu diapungkan kepada harga berubah.

Bagi memastikan Bumiputera tidak mengeluarkan pelaburan mereka daripada ASN, PNB memperkenalkan unit amanah keduanya, ASB yang mula diniagakan pada 1990.

Sejarah Pengagihan Pendapatan ASB

Sepanjang 30 tahun ASB ditubuhkan, unit amanah itu tidak pernah gagal menawarkan pulangan dividen yang kompetitif kepada pelaburnya, malah ada yang pernah mencecah sehingga dua angka terutama pada 1990-an.

Namun, ASB kini tidak lagi menawarkan pulangan setinggi pada awal penubuhannya disebabkan banyak faktor, termasuklah prestasi pasaran saham dan ekonomi negara yang banyak berubah berbanding ketika ASB mula dilancarkan.

Di bawah merupakan sejarah pengagihan pendapatan ASB tahun-tahun sebelum ini di mana menyaksikan prestasi dividen ASB semakin tahun semakin menurun.

dividen asb 2020

Yang menjadi persoalan ramai, adakah masih berbaloi melabur di ASB?

Cara Pengiraan Dividen ASB 2020

Cara kira dividen ASB 2020 adalah mengikut langkah-langkah yang berikut:

  • Dapatkan dahulu Baki Minimum Bulanan (BMB). Baki ini merupakan baki terendah yang pernah dicatatkan dalam akaun anda di antara 1hb sehingga hujung bulan. Dapatkan BMB untuk 12 bulan, bermula dari tahun Januari sehingga bulan Disember.
  • Setiap jumlah BMB bagi 12 bulan dicatatkan. Kemudian, campurkan kesemua BMB untuk 12 bulan tersebut.
  • Bahagikan jumlah keseluruhan BMB tersebut dengan 12 untuk mendapatkan Purata Baki Minimum Bulanan 12-Bulan, ataupun nama lainnya Baki Minimum Tahunan.
  • Kemudian, darabkan Baki Minimum Tahunan dengan kadar dividen/bonus.

Contoh 1

Katakan pada 1/1/2020, anda simpan dalam ASB sebanyak RM12,000 (Jan sehingga Dis) dan tiada lagi simpanan selepas itu.

Cara kiraannya adalah seperti berikut

= RM12,000 X 12 bulan / 12 bulan x Jumlah Dividen (Contohnya 5.00%)

= RM600

Contoh 2

Katakan anda simpan RM1,000 setiap bulan pada 1 haribulan selama setahun.

Dan jumlah simpanan pada Disember adalah RM12,000.

Jadi cara kiraannya adalah seperti berikut :

= RM1K (Baki min Jan) + RM2K (Baki min Feb) + RM3K (Baki min Mar) + RM4K (Baki min Apr) + RM5K (Baki min May) + RM6K (Baki min Jun) + RM7K (Baki min Jul) + RM8K (Baki min Aug) + RM9K (Baki min Sep) + RM10K (Baki min Oct) + RM11K (Baki min Nov) + RM12K (Baki min Dec)

= (RM78,000 / 12) X 5.00% = RM325

Dividen akan lebih banyak kita akan dapat jika kita simpan lump sum berbanding kita simpan sedikit-sedikit setiap bulan.

Ini adalah salah satu initiatif PNB untuk pastikan simpanan kita kekal dan tak galakkan kita sentiasa membuat pengeluaran.

Itu sebabnya cara kira dividen ASB adalah berdasarkan baki minimum bulanan.

Jadi kalau kita buat pengeluaran, secara automatik baki simpanan kita akan berkurang.

Baca juga: SSPN Online: Cara Buka Akaun SSPN-i & SSPN-i Plus Untuk Anak

Cara Semakan Dividen ASB 2020 Online

Kini kita dah tak perlu beratur di kaunter untuk mendapatkan penyata atau semak baki ASB.

Untuk membuat semakan dividen dan bonus, kita boleh melakukannya secara online saja melalui Portal myASNB.

myASNB adalah sebuah portal dimiliki sepenuhnya oleh Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB).

Ia adalah platform dalam talian yang mudah yang selamat bagi pelanggan ASNB untuk melihat pegangan dan melaksanakan urusniaga dalam talian di mana sahaja pada bila-bila masa.

Langkah membuat semakan ASB online adalah seperti berikut:

  1. Daftar / Login myASNB (Pastikan nombor telefon telah dikemaskini untuk mendaftar pertama kali)
  2. Senarai Portfolio Pelaburan akan dipaparkan
  3. Semak Penyata Kewangan dan pilih Tahun Kewangan
  4. Boleh cetak atau save dalam PDF untuk rujukan

Jika anda belum mendaftar ASB online, sila rujuk langkah membuat pendaftaran di artikel ini: MyASNB: Pendaftaran, Pengeluaran ASB Online, Semakan Baki & Dividen

Zakat ASB

Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor (Bil 3/2017) telah memutuskan bahawa hukum pelaburan Permodalan Nasional Berhad (PNB) dalam Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) adalah harus mengikut parameter yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Sekuriti (SC).

Mesyuarat Jawatankuasa Penasihat Syariah LZS pada 15 September 2017 telah memutuskan bahawa zakat, dikeluarkan ke atas pelaburan yang patuh syarak sahaja. Na mun sekiranya pembayar ingin,membayar-jumlah penuh, bahagian yang tidak patuh syariah boleh diterima tetapi ia perlu dimasukkan ke dalam akaun Baitulmal.

zakat dividen asb 2020

Ringkasan kadar pelaburan patuh syariah ASNB bagi setiap tahun kewangan adalah seperti jadual berikut:

zakat asb 2020

Kaedah taksiran zakat saham amanah ASNB bagi sesuatu tahun hendaklah mengikut kada peratusan patuh syariah bagi tahun kewangan berkaitan.

Kaedah taksiran zakat saham amanah ASNB bagi tahun kewangan (t.k) 2019 adalah sebagaimana berikut :

zakat dividen asb 2020

Perkara ini berkuatkuasa mulai 12 Mei 2020.

Walau bagaimanapun, bagi bayaran zakat ASB tahun 2016 dan sebelumnya, maka fatwa terdahulu digunakan, iaitu hendaklah ditolak semua pendapatan pelaburan (dividen dan bonus) ASB berkenaan, dan zakat hanya dikenakan ke atas pokok pelaburannya sahaja.

Contoh : Pokok + (pendapatan x *74.5% ) = ….. x2.5% = Zakat
*Nilai boleh berubah dari masa ke semasa

Jadi, dah seronok dapat dividen tu, jangan lupa bayar zakat ya!

Maklumat Lanjut Tentang Dividen ASB 2020

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang dividen ASB 2020, sila rujuk laman web Amanah Saham Nasional berhad (ASNB) di www.myasnb.com.my

Sebarang pertanyaan, sila hubungi Pusat Khidmat Pelanggan ASNB 03-7730 8899 (8 pagi – 10 malam) atau emel ke [email protected]

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut