Advertisements

Diskaun Saman 50% Di Program ‘Road March’ 2022

Advertisements

[HEBAHAN] HARI POLIS KE-215: TAWARAN DISKAUN SAMAN 50% DI PROGRAM ‘ROAD MARCH’ 2022

Jom meriahkan program ‘Road March’ sempena Peringatan Hari Polis ke-215 Tahun 2022 yang bakal berlangsung pada 30 Julai 2022 ini, bertempat di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.

Pihak Polis Diraja Malaysia menawarkan pengurangan bayaran saman trafik sehingga 50% bagi kesalahan terpilih bermula jam 9.00 pagi hingga 6.00 petang.

Ayuh, ketahui lebih lanjut untuk mendapatkan manfaat daripada pengurangan saman ini!

Apa Itu Program ‘Road March’ 2022?

Program ‘Road March’ diadakan sempena Peringatan Hari Polis ke-215 Tahun 2022.

Ia bakal berlangsung pada 30 Julai 2022 ini, bertempat di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.

Pelbagai aktiviti menarik menanti anda.

Bantuan Voucher Shopee Sehingga RM500 Untuk Pembaca eCentral Daftar Sekarang!

Antaranya,

  • Persembahan motosikal Polis Diraja Malaysia
  • Persembahan payung terjun 69 komando PDRM
  • Pasukan gerakan udara PDRM
  • Uni berkuda PDRM

dan banyak lagi program istimewa untuk anda seisi keluarga!

Diskaun Saman Hingga 50% Sempena Hari Polis Ke-215

Bersempena dengan sambutan Hari Polis ke-215, Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menawarkan pengurangan bayaran saman di Program ‘Road March 2022’.

Cara Pembayaran :

  • MANUAL DI KAUNTER
    • Bayaran di kaunter bermula jam 9.00 pagi hingga 6.00 petang.

Hebahan Penutupan Jalan

[HEBAHAN] Penutupan/ lencongan jalan bagi Program Road March Sempena Sambutan Peringatan Hari Polis Ke-215 Tahun 2022 adalah seperti berikut:-

Antara jalan-jalan yang terlibat dengan penutupan/ lencongan adalah :-

  • Jalan Raja/ Jalan Hishamuddin
  • Jalan Kinabalu/ susur Jalan Hishamuddin (susur Bukit Aman)
  • Bulatan Dato’ Onn/ Jalan Raja (Gereja)
  • Lebuh Pasar Besar menuju ke Jalan Hishamuddin
  • Jalan Tuanku Abdul Rahman/ Jalan Raja

1) Penutupan / lencongan jalan raptai perarakan

Tarikh : 28 Julai 2022 @ 1000 Hrs – 1200hrs (Khamis).

Tempat : Dataran Merdeka

2) Penutupan / lencongan jalan raptai penuh

Tarikh : 29 Julai 2022 @ 0900 Hrs – 1200hrs & 1430 Hrs – 1700hrs (Jumaat).

Tempat : Dataran Merdeka

3) Penutupan / lencongan jalan semasa hari program

Tarikh : 30 Julai 2022 @ 0630 Hrs – 1900hrs (Sabtu).

Tempat : Dataran Merdeka

Antara kemudahan tempat parkir untuk ke program roadmarch ini adalah seperti berikut :-

  • Parkir Padang Merbok
  • Parkir sekitar Jalan Raja Laut
  • Parkir sekitar Jalan Tuanku Abdul Rahman
  • Parkir sekitar Masjid India

Nasihat Kepada Pengguna Jalan Raya

i. Rancang perjalanan dengan mengelakkan daripada melalui jalan-jalan yang terlibat dengan penutupan dan lencongan.

ii. Parkir kenderaan di tempat parkir yang disediakan.

Advertisements

iii. Menggunakan pengangkutan awam seperti LRT/MRT untuk ke pusat Bandar

iv. Patuhi arahan pegawai dan anggota polis yang bertugas.

NOTA:

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk maklumat terkini di media sosial Kementerian Pengangkutan Malaysia, Polis Diraja Malaysia (Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik – JSPT) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Leave a Comment