Dendam Seorang Madu merupakan drama baru yang diterbitkan MIG Production Sdn Bhd bermula 3 Mac 2025 (Isnin) ini.
Drama yang menggandingkan barisan pelakon hebat seperti Redza Rosli, Hannah Delisha dan Sweet Qismina ini, merupakan drama bersiri yang boleh ditonton di Astro Prima atau Astro GO.
Bagi anda yang berminat untuk mengetahui lebih lagi tentang drama ini, seperti sinopsis drama, waktu tayangan dan jumlah episod, pastikan anda terus bersama kami sehingga ke penghujung artikel ini.
Sinopsis Drama Dendam Seorang Madu
Drama Dendam Seorang Madu yang ditulis oleh Firul Akmal dan Panel Skrip MIG merupakan sebuah drama bersiri yang penuh dengan emosi, pengkhianatan, dan pembalasan.
Drama ini berkisahkan tentang kehidupan Rayhana (Hannah Delisha) yang telah dipaksa berkahwin dengan Faris (Redza Rosli), bagi mendapatkan rawatan perubatan untuk ibunya.
Namun begitu, perkahwinan mereka tergugat apabila Rayhana mendapat tahu bahawa Faris sebenarnya sudah mempunyai isteri pertama bernama Izara (Sweet Qismina), yang juga merupakan pembantu peribadi Faris.
Keadaan menjadi lebih getir apabila, Hanum, ibu Faris, merancang untuk memiliki harta pusaka arwah ayah Raihana dan telah melakukan cubaan untuk membunuhnya.
Selepas terselamat daripada cubaan membunuh tersebut, Rayhana telah bangun kembali dengan identiti baharu, dan merancang untuk membalas dendam terhadap Faris, Izara dan Hanum yang telah merosakkan kehidupannya.
Senarai Pelakon Terlibat
Berikut merupakan senarai pelakon yang terlibat dalam menjayakan drama “Dendam Seorang Madu” ini:
- Redza Rosli
- Hannah Delisha
- Sweet Qismina
- Lisdawati
- Emelda Rosemila
- Shah Iskandar
- Dian P Ramlee
- Azizah Mahzan
- Lorenzo Irmann
- Zeera Azizi
- Hanna Halim
- Aida Khalida
Jumlah Episod Dendam Seorang Madu
Untuk pengetahuan anda, drama Dendam Seorang Madu yang diarahkan oleh Riza Baharudin ini mempunyai 50 episod. Episod pertama akan disiarkan bermula 3 Mac 2025 iaitu pada hari Isnin.
Drama ini dijangkakan akan berterusan dari bulan Mac 2025 sehingga lah pertengahan bulan Mei 2025.
Waktu Tayangan & Platform/Saluran TV
Bagi anda yang berminat untuk menonton drama baharu ini berikut merupakan tarikh dan waktu tayangan bagi drama Dendam Seorang Madu ini:
- Tarikh Tayangan: 3 Mac 2025 (Isnin)
- Waktu Siaran: 6:00 petang
- Hari Siaran: Isnin hingga Jumaat
Drama yang bakal ditayangkan sepanjang bulan Ramadhan ini akan ditayangkan di platform dan saluran berikut:
- Astro Prima
- Astro GO
- Astro ONE
- Sooka
Baca juga: Drama Dia Imamku – Sinopsis & Sedutan Episod