Pernah dengar mengenai Buddy Driver (atau singkatannya BD) dan ingin daftar sebagai pemandu?
Di Malaysia, begitu banyak syarikat yang sudah menawarkan perkhidmatan pandu seru dan in merupakan perkara yang sihat kerana mampu memberi saingan kepada Grab.
Secara tidak langsung, persaingan ini akan menggalakkan setiap syarikat penyedia perkhidmatan e-hailing ini memberikan perkhidmatan terbaik mereka untuk memenangi hati pelanggan mereka.
Keunikan Buddy Driver
Berbanding Grab, Maxim, inDriver dan penyedia e-hailing lain, konsep Buddy Driver agak unik dan istimewa.
Dengan Buddy Driver, anda boleh “menyewa” seorang pemandu peribadi dengan kadar tertentu serendah RM30/jam.
Kemudahan e-hailing mengenakan caj berdasarkan destinasi namun apabila anda perlu ke banyak destinasi dalam masa yang singkat, anda perlu mendapatkan pemandu baru setiap kali hendak ke destinasi seterusnya.
Dengan BD, anda boleh meminta pemandu untuk tunggu anda sementara anda menyelesaikan urusan anda sebelum ke destinasi seterusnya.
Dengan Buddy Driver, anda seolah-olah menyewa seorang pemandu peribadi dalam jangka masa terhad dengan tawaran harga yang kompetetif.
Semasa tempoh pengenalan BD, kadar ditetapkan pada RM30 untuk jam pertama, dan RM20 untuk setiap jam berikutnya.
Aplikasi Buddy Driver
Sekiranya anda seorang penumpan atau pemandu Buddy Driver, anda boleh memuat turun aplikasi Trevo di peranti mudah alih anda.
Buddy Driver merupakan perkhidmatan yang disediakan melalui aplikasi Trevo.
Sila klik salah satu pautan di bawah untuk memuat turun aplikasi Trevo secara percuma:
- Google Play – Untuk pengguna Android
- App Store – Untuk pengguna iOS
Daftar sebagai pemandu
Bagi memastikan keselamatan setiap penumpang, Buddy Driver telah memperkenalkan syarat-syarat tertentu bagi memastikan pemandu yang diterima memenuhi ciri-ciri yang diingini.
Contohnya, semua Pemandu Buddy mestilah berumur sekurang-kurangnya 21 tahun, warganegara Malaysia, memegang lesen pemandu yang sah, dan telah lulus latihan syarikat serta pemeriksaan latar belakang.
Semakan latar belakang dilakukan melalui semakan menyeluruh terhadap kredibiliti dan rekod lampau setiap calon pemandu.
Calon yang berjaya kemudiannya akan menyertai latihan wajib sebelum menjadi pemandu sepenuhnya.
Sepanjang tempoh perkhidmatan, prestasi mereka akan dipantau dengan teliti, dan pemandu yang berprestasi rendah akan dihalang daripada menyediakan perkhidmatan pemandu.
Bagi yang berminat menjadi pemandu, boleh menghantar emel kepada pihak BD melalui halaman Contact Us di pautan berikut https://www.buddydriver.my/contact-us