Awal Muharam 2025 / Maal Hijrah 1447H

Tarikh Cuti Awal Muharam 2025 / Maal Hijrah 1447H di Malaysia

Awal Muharam atau Maal Hijrah merupakan suatu hari yang penting bagi umat Islam di seluruh dunia termasuklah di Malaysia.

Ini kerana ia menandakan peristiwa penting yang berlaku dalam sejarah Islam iaitu memperingati penghijrahan Nabi Muhammad s.a.w dari Kota Makkah ke Madinah pada tahun 622 Masihi.

Susulan peristiwa hijrah itu, kaum Muhajirin dan Ansar dipersaudarakan, dan Islam mula berkembang dan tersebar ke seluruh pelosok dunia.

Peristiwa itu turut menyaksikan takwim Islam mula diperkenalkan, serta menjadi penanda aras kepada kehidupan Islam sebenar, iaitu pemisahan antara hak dengan batil.

Sambutan Awal Muharam 2025 / Maal Hijrah 1447H Di Malaysia

Lazimnya selepas masuk waktu Asar, Masjid dan surau akan mengadakan majlis membaca doa akhir Tahun dan kemudian amalan ini disambung selepas Maghrib iaitu membaca doa Awal tahun, diikuti dengan bacaan Yaasiin, doa selamat dan kuliah agama.

Pada keesokan harinya, Maal Hijrah juga akan disambut dengan perarakan yang disertai oleh Badan-badan Kerajaan, NGO dan sebagainya.

Acara ini kemudiannya diikuti dengan kemuncak bagi majlis sambutan Maal Hijrah iaitu penganugerahan Tokoh Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan.

Awal Muharam 2025 juga adalah hari cuti umum bagi setiap negeri di Malaysia.

tarikh penting dalam islam

Rujuk : Kalendar Islam 2025 / 1447H & Tarikh-tarikh Penting (JAKIM)

Cuti Awal Muharam 2025

Cuti Awal Muharam 2025 jatuh pada 27 Jun 2025, bersamaan dengan hari Jumaat.

Di sini kami lampirkan kalendar bagi bulan Jun 2025.

Dengan senarai ini, mudahlah untuk anda membuat perancangan berkaitan cuti Awal Muharam 2025 nanti.

Sila rujuk lampiran Kalendar Kuda 2025 di bawah:

cuti awal muharam

Keistimewaan Bulan Muharram

Menurut Laman Web Rasmi Mufti Wilayah Persekutuan, terdapat nas yang menunjukkan bahawa bulan Muharram dimuliakan kerana ia termasuk dalam kalangan empat bulan haram yang mana diharamkan untuk berperang pada bulan-bulan haram.

Ianya sangat dihormati dari sudut amalan soleh di dalamnya menjadi besar ganjarannya manakala dosa dan maksiat juga turut menjadi lebih besar di dalam bulan-bulan haram.

Antara amalan soleh yang sangat digalakkan untuk umat Islam lakukan pada bulan Muharram adalah dengan memperbanyakkan berpuasa sunat.

Menariknya, bulan Muharram disebut sebagai bulan Allah, di mana gelaran ini amat istimewa kerana tidak disebut pada bulan-bulan lain.

Umum mengetahui jika sesuatu perkara itu disandarkan kepada Allah maka ianya menjadi suatu yang mulia. Sama seperti Baitullah, Abdullah, Rasulullah, dan seumpamanya.

Bulan Muharram juga adalah bulan paling afdhal untuk berpuasa sunat setelah bulan Ramadhan.

Doa Akhir Tahun / Awal Tahun Islam

Bersempena dengan ketibaan Awal Muharam 1447H, marilah kita mengakhiri penghujung tahun dan memulakan permulaan tahun baru ini dengan membaca doa akhir tahun (sebelum maghrib) dan awal tahun (selepas azan maghrib).

Sumber infografik: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia – JAKIM