Cuti Tahun Baru 2025: Ini 5 Negeri Yang Tidak Bercuti 1 Januari

tahun baru 2025
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Selamat Tahun Baru 2025!

Tahun baru maka azam pun mestilah baharu, agar hidup kita sentiasa mempunyai misi dan halatuju.

Semoga tahun-tahun yang sudah lepas banyak mengajar kita tentang erti kehidupan dan mematangkan hidup kita.

Setiap kali datangnya tahun baru, kita pastinya akan menetapkan azam baharu untuk dicapai pada tahun baru.

Azam dan perancangan yang ditetapkan mestilah realistik!

Berikut dikongsikan negeri yang akan bercuti sempena tahun baru.

Cuti Umum Sempena Tahun Baru 2025 Bukan Di Semua Negeri Di Malaysia

Kita biasanya menyambut sambutan tahun baru dengan cuti umum namun tahukah anda tidak semua negeri di Malaysia mengisytiharkan Tahun Baru 2025 pada 1 Januari nanti sebagai cuti umum dan hari pelepasan am?

Benar, senarai negeri di bawah tidak mengisytiharkan 1 Januari setiap tahun sebagai cuti umum:

  • Johor
  • Kedah
  • Terengganu
  • Kelantan
  • Perlis

Sekiranya anda bekerja dalam sektor swasta di negeri-negeri yang disenaraikan di atas, ada baiknya anda membuat pengesahan dengan majikan anda sama ada syarikat anda akan bekerja atau tidak pada 1 Januari nanti.

Artikel berkaitan: Selamat Tahun Baru 2025 – Contoh Ucapan & Kata Motivasi

JADUAL HARI KELEPASAN AM PERSEKUTUAN 2025

> Promosi: Dapatkan planner Tahun 2025 anda sekarang

Berikut merupakan beberapa tips tentang topik atau perkara yang perlu difokuskan apabila menetapkan azam baru sempena Tahun Baru 2025 ini:

  1. Kewangan – Perkemaskan urusan kewangan anda. Tetapkan sasaran wang yang ingin disimpan sepanjang tahun 2025 dan paling penting, pastikan anda fokus untuk mempunyai kecemasan terlebih dahulu!
  2. Kesihatan – Tanpa kesihatan tubuh badan, wang yang banyak sekalipun tidak berguna. Tetapkan sasaran untuk diri sendiri seperti penurunan berat badan, kawalan pemakanan, jadual latihan dan sebagainya.
  3. Belajar perkara baru – Tetapkan sasaran untuk belajar perkara baru sempena tahun baru, tidak kira dalam apa bidang sekalipun misalnya mencuba sukan baru, melancong ke tempat baru dan sebagainya.
  4. Kesihatan mental – Fokuskan tentang kesihatan mental anda. Jauhkan diri anda daripada persekitaran dan individu yang toksik. Ingat, dengan kesihatan mental yang bagus maka orang sekeliling (keluarga, suami/isteri, anak, rakan-rakan) juga akan mendapat manfaatnya.

Paling penting, jangan lupa dan rekodkan progress anda agar anda sentiasa di laluan yang betul untukmencapai azam tahun baru anda!

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut