Cuti Lain-Lain & Kebenaran Tidak Hadir Untuk Penjawat Awam

Selain cuti tahunan, cuti sakit, serta cuti tanpa rekod, terdapat kebenaran tidak hadir serta cuti lain-lain yang diperuntukkan untuk penjawat awam.

Teruskan membaca untuk ketahui butiran mengenai kemudahan khas yang ditawarkan.

Baca Juga : Cuti Tanpa Rekod Untuk Penjawat Awam (Syarat & Tempoh Cuti)

Cuti Lain-Lain Untuk Penjawat Awam

i) Cuti Menjaga Anak

Syarat-Syarat Umum

  • Tidak tertakluk kepada tempoh perkhidmatan yang melayakkan dan tidak perlu menghabiskan Cuti Rehat yang berkelayakan.
  • Tidak menjejaskan kelayakan Cuti Separuh Gaji (PAC 13/51) dan Cuti Tanpa Gaji (PAC 14/52).
  • Layak PGT secara isyarat tertakluk kepada maksimum 3 kali sepanjang tempoh perkhidmatan (Cuti Menjaga Anak (CMA) > 180 hari dalam 1 tahun kalendar).
  • Pegawai tertakluk kepada semua peraturan yang berkuat kuasa termasuk Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993.
  • Tempoh percubaan pegawai dibekukan.
  • Pegawai boleh dikehendaki mengikuti kursus atau peperiksaan perkhidmatan yang disyaratkan bagi tujuan pengesahan dalam perkhidmatan.
  • Pegawai hilang kekananan sepanjang tempoh CMA.
  • Boleh dipertimbangkan kenaikan pangkat jika memenuhi syarat yang ditetapkan.
  • Tempoh CMA tidak diambil kira bagi tujuan pengiraan faedah persaraan.
  • Tempoh CMA adalah termasuk rehat mingguan, hari kelepasan mingguan dan hari kelepasan am.
  • Pegawai dikehendaki melapor diri bertugas sebaik tamat CMA atau apabila hubungan antara pegawai dan anak terputus atas sebab kematian anak atau lucut hak penjagaan.
  • Ketua Jabatan boleh mengarahkan pegawai kembali melaporkan diri bertugas sekiranya wujud keperluan mendesak dan pegawai dikenehdaki mematuhinya.
  • Pegawai boleh pada bila-bila masa dalam tempoh CMA memohon untuk memendekkan tempoh CMA sekurang-kurangnya 30 hari sebelum tarikh kembali.
  • Ketua Jabatan boleh membenarkan pegawai kembali bertugas pada tarikh yang dipohon atau pada mana-mana tarikh, bergantung kepada kekosongan jawatan yang telah ditinggalkan oleh pegawai.

ii) Cuti Kuarantin

Syarat-Syarat

  • Pegawai (lantikan tetap dan contract of service) yang anaknya menghidap penyakit berjangkit dan perlu dikuarantin.
  • Pegawai hendaklah diberi hak penjagaan sekurang-kurangnya 1 bulan secara berterusan.

Jenis Penyakit

  • Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut (HFMD)
  • Campak (Measles)
  • Chickenpox
  • Malaria
  • Difteria
  • Demam Denggi
  • lain-lain penyakit berjangkit yang diperakukan Pegawai Perubatan kerajaan atau swasta.
Cuti Lain-Lain Untuk Penjawat Awam

Tafsiran Anak

  • Anak kandung / anak tiri tanggungan / anak angkat de facto / anak angkat / anak pelihara
  • Berumur di bawah 18 tahun / di bawah 21 tahun jika masih belajar.
  • Tiada had umur – cacat otak atau hilang upaya dari segi jasmani dan secara kekali sebelum anak itu mencapai umur 21 tahun.

Kuasa Melulus : Oleh Ketua Jabatan dan direkod dalam BPK pegawai.

Siapa Yang Tidak Layak Cuti Kuarantin?

  • Ibu dan bapa yang bimbang anaknya berjangkit dengan penyakit berjangkit.
  • Ibu bapa yang anaknya disahkan sihat tetapi TASKA / sekolah telah diisytihar sebagai kawasan yang dikuarantin.
  • Bagi setiap kes ATAU selama tempoh perakuan (atas nama anak) yang dikeluarkan oleh mana-mana pegawai perubatan Kerajaan / swasta.

Tempoh cuti adalah 5 hari termasuk hari rehat mingguan, hari kelepasan mingguan dan hari kelepasan am.

Boleh digunakan pada bila-bila masa dalam tempoh perakuan (tidak semestinya berturut-turut).

iii) Cuti Haji

Syarat Kelayakan

  • Pegawai beragama Islam dan bertujuan untuk menunaikan ibadah Haji di Mekah.
  • Berjawatan tetap dan telah disahkan dalam jawatan.
  • Pegawai berjawatan sementara perlulah berkhidmat sekurang-kurangnya 6 tahun secara berterusan.
  • Pegawai berjawatan kontrak (warganegara) perlulah berkhidmat sekurang-kurangnya 5 tahun.

Tempoh cuti : 40 hari termasuk cuti hujung minggu, kelepasan am dan cuti penggal persekolahan.

iv) Cuti Berkursus

Syarat Kelayakan

  • Pegawai yang dipilih/ dibenarkan oleh Kerajaan untuk mengikuti apa jua jenis kursus, latihan atau pengajian
  • Cuti bergaji penuh / separuh gaji / tanpa gaji.
  • Cuti diambil untuk penjawat awam ikuti pengajian peringkat diploma / ijazah asas / kursus lanjutan.

Kategori Kursus

  • jangka Pendek ( 3 bulan dan ke bawah)
  • Jangka Sederhana (3 bulan hingga 12 bulan)
  • Jangka Panjang (12 bulan ke atas).

Cuti Akademi Menghapuskan Cuti Rehat

i) Tempoh Kursus : 12 bulan ke bawah

Pegawai tak layak mendapat kemudahan Cuti Rehat dalam tempoh kursus.

ii) Tempoh Kursus : 12 bulan dan ke atas

Pegawai dianggap telah menghabiskan semua cuti rehat yang ia berkelayakan mendapat sebelum pergi berkursus.

Cuti Rehat Selepas Berkursus Lebih 12 Bulan

Tempoh : tidak lebih 7 hari

Syarat Kelayakan

  • Pegawai masih mempunyai baki cuti rehat sebelum pergi berkursus
  • Cuti perlu diluluskan oleh Ketua Jabatan.

v) Cuti Khas Untuk Pegawai Yang Mengikuti Pasangan Bertugas Atau Berkursus

  • Cuti layak diambil oleh pegawai agensi awam / swasta / antarabangsa yang bertugas atau berkursus di dalam atau luar negara yang tempohnya melebihi 3 bulan.
  • Dianugerahkan bantuan kewangan oleh kerajaan atau mana-manainstitusi dalam / luar negara yang menawarkan pembiayaan kursus.
  • Pegawai disahkan menerima dan melapor diri mengikuti kursus di insitusi pengajian (perbelanjaan sendiri).
  • Pegawai perlu berada bersama pasangan dalam menjalankan tugas terutamanya yang melibatkan kepentingan jawatan tertentu.
  • Tempoh : Tidak tertakluk. Syarat kembali bertugas 1 tahun untuk permohonan CTGIP berikutnya.
  • Kuasa melulus oleh Ketua Jabatan

Kebenaran Tidak Hadir

Peraturan Memberikan Kebenaran Tidak Hadir Kerja Atas Sebab-Sebab Kecemasan Am

Syarat Kelayakan

  • Banjir / tanah runtuh / gempa bumi / jambatan runtuh / lain-lain malapetaka dan bencana alam / Perintah Berkurung / Perintah Sekatan Am.
  • Terhalang perjalanan ke tempat kerja.
  • Bencana dan kemalangan ke atas peribadi / harta benda tidak termasuk dalam istilah kecemasan am dan perlu mohon Cuti Rehat.
  • Pegawai perlu kemukakan borang perakuan sebaik sahaja kembali bertugas.
  • Ketua Jabatan boleh membenarikan pegawai tidak hadir ke pejabat akibat kecemasan.
  • Boleh memotong Cuti Rehat pegawai / Cuti Tanpa Gaji sekiranya tidak berpuas hati dengan perakuan pegawai.
  • Perlu mengesahkan kejadian melalui Pegawai Daerah / Penghulu / Pejabat Polis / Jabatan Penerangan / Jabatan Kebajikan.
Cuti Lain-Lain Untuk Penjawat Awam

Suami / Isteri Yang Dikehendaki Mengiringi Pegawai ke Majlis Rasmi

  • Menyertai lawatan rasmi di peringkat Persekutuan yang melibatkan DYMM Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong / DYMM Sultan / TYT Yang Dipertua Negeri / YAB Menteri Besar / Ketua Menteri.
  • Hanya Ketua Setiausaha Negara, Ketua Setiausaha Kementerian, YB SUK Negeri, Ketua Jabatan di peringkat Persekutuan, Negeri dan Daerah (atau wakil masing-masiing) yang dititah /diarah dan dikehendaki membawa isteri / suami bagi menyertai lawatan rasmi di peringkat Persekutuan, Negeri dan Daerah.

Kelayakan Pegawai Kerajaan Menghadiri Upacara Penganuegarahan Pingat /Darjah Kebesaran

  • Perlu mendapatkan kebenaran Ketua Jabatan terlebih dahulu sekiranya kehadiran diperlukan.
  • Penerima dan tetamu dianggap menjalankan tugas rasmi dan layak menuntut elaun.

Kebenaran Pulang Awal 1 Jam Bagi Pegawai Wanita Yang Mengandung

Syarat Kelayakan Untuk Pegawai Wanita Mengandung

  • Pegawai perkhidmatan awam memegang jawatan tetap dan kontrak (contract of service).
  • Mengandung 5 bulan (22 minggu) dan ke atas.
  • Bagi guru yang mengajar di sekolah / institusi pendidikan secara sepenuh masa, penggunaan kemudahan ini adalah berdasarkan garis panduan yang dikeluarkan oleh Ketua Jabatan.

Syarat Kelayakan Untuk Suami Kepada Pegawai Perkhidmatan Yang Mengandung

  • Suami (penjawat awam) dan bekerja di lokasi berdekatan.
  • Pulang bersama isterinya yang mengandung 5 bulan ke atas bagi membolehkan suami membantu isteri semasa dalam perjalanan.
  • Tertakluk isteri pegawai telah diuluskan untuk menggunakan kemudahan ini.

Tempoh Pelepasan : 1 jam daripada waktu bekerja

Boleh digunakan pada bila-bila masa, bermula usia kandungan 5 bulan.

Tempoh kemudahan kebenaran meninggakan pejabat tempoh 4 jam adalah termasuk dalam tempoh penggunaan kemudahan ini.

Pada bulan Ramadhan, pegawai boleh memilih untuk menggunakan kemudahan ini ATAU WPP Bulan Ramadhan.

Cuti lain-lain serta kebenaran bersyarat yang ditawarkan pasti bakal memberi manfaat kepada setiap penjawat awam.

Untuk keterangan lanjut, sila rujuk ke Bahagian Sumber Manusia di Jabatan masing-masing.

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!