Baru-baru ini, kerajaan Negeri Melaka telah mengumumkan bahawa, cuti hari raya bagi negeri Melaka adalah selama 3 hari. Cuti tambahan ini diberikan bagi menggantikan cuti awal puasa yang sebelum ini merupakan salah satu cuti am yang diberikan kepada penduduk di negeri ini.
Berikut kami kongsikan kepada anda sedikit penerangan berkenaan cuti raya di negeri bersejarah ini. Bagi anda yang berminat untuk mengetahui lebih lagi teruskan pembacaan anda sehingga ke penghujung artikel ini.
Sambutan Aidil Fitri 2025
Tidak lama lagi kita akan memasuki bulan mulia, bulan Ramadan, dan selepas itu datanglah bulan perayaan bagi umat Islam iaitu bulan Syawal. Pada bulan Syawal ini kita akan meraikan hari raya Aidil Fitiri sebagai tanda kemenangan kita setelah sebulan berpuasa.
Bagi tahun 2025 ini, umat Islam dijangkakan akan memasuki bulan Syawal ini pada 31 Mac 2025 iaitu pada hari Isnin. Bagi meraikan hari ini, kerajaan Malaysia telah bersetuju untuk menjadikan dua hari pertama dalam bulan Syawal pada tahun 2025 sebagai cuti umum.
Oleh itu, kesemua negeri dalam Malaysia, akan mula bercuti bagi menyambut bulan Syawal ini pada 31 Mac 2025 (Isnin) sehingga 1 April 2025 (Selasa). Namun begitu, terdapat sesetengah negeri yang akan bercuti lebih awal atau lebih panjang berdasarkan sebab-sebab tertentu.
Cuti Hari Raya Melaka
Salah satu negeri yang akan bercuti lebih lama sempena cuti Hari Raya tahun 2025 ini ialah negeri Melaka. Perkara ini, telah diumumkan oleh Ketua Menteri kerajaan negeri Melaka, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh pada bulan Februari 2025.
Menurut beliau, tambahan cuti selama satu hari akan diberikan kepada semua penduduk di negeri bersejarah itu, menjadikan penduduk di situ mendapat cuti raya selama 3 hari iaitu pada 31 Mac 2025 (Isnin) sehingga 2 April 2025 (Rabu).
Namun begitu, cuti ini bukanlah penambahan kepada jumlah cuti sedia ada tanpa sebarang alasan munasabah, tetapi sebaliknya merupakan penggantian cuti awal Ramadan yang sebelum ini turut diberikan kepada rakyat negeri Melaka.
Dengan perubahan baharu ini, cuti awal Ramadan hanya menjadi cuti umum buat dua negeri sahaja iaitu, negeri Johor dan negeri Kedah.
Baca juga: Poster Hari Raya: Muat Turun Percuma
Hari Kelepasan Am Negeri Melaka 2025
Bagi penduduk di negeri bersejarah ini, selain cuti hari raya, anda juga layak untuk mendapat cuti-cuti di dalam jadual yang disediakan di bawah:
TARIKH (2025) | PERISTIWA |
1 Jan | Tahun Baharu 2025 |
29 & 30 Jan | Tahun Baharu Cina |
20 Feb | Hari Perisytiharan Tarikh Kemerdekaan |
31 Mac, 1 Apr & 2 Apr | Hari Raya Aidilfitri (1-3 Syawal 1446H) |
1 Mei | Hari Pekerja |
12 Mei | Hari Wesak |
2 Jun | Hari Keputeraan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong |
7 Jun | Hari Raya Aidiladha/ Qurban |
27 Jun | Awal Muharram (Maal Hijrah 1447H) |
24 Ogos | Hari Jadi TYT Yang di-Pertua Negeri Melaka |
31 Ogos | Hari Kebangsaan |
5 Sept | Hari Keputeraan Nabi Muhammad S.A.W (Maulidur Rasul) |
16 Sept | Hari Malaysia |
20 Okt | Hari Deepavali |
25 Dis | Hari Krismas |
Sumber: Portal Rasmi Kerajaan Negeri Melaka