Fungsi & Contoh Carta Organisasi

contoh carta organisasi
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Setiap sekolah bahkan setiap kelas mempunyai contoh carta organisasi yang boleh dijadikan panduan.

Setiap organisasi dan syarikat juga mempunyai carta organisasinya yang menerangkan mengenai struktur pentadbiran di dalam organisasi tersebut.

Definisi Carta Organisasi

Menurut Dewan Bahasa dan Pustaka, carta organisasi ialah paparan keterangan sesebuah organisasi dalam bentuk gambar rajah, dan berfungsi memberikan gambaran awal tentang struktur organisasi atau agensi terbabit.

Dalam erti kata lain yang lebih mudah difahami, carta organisasi ialah paparan keterangan sesebuah organisasi dalam bentuk gambar rajah dan berfungsi memberikan gambaran awal tentang struktur organisasi tersebut.

Tujuan utama carta organisasi adalah untuk memberikan gambaran keseluruhan yang jelas tentang struktur organisasi, menunjukkan cara peranan dan jawatan yang berbeza disusun dan saling berkaitan.

Sumber: https://prpm.dbp.gov.my/cari1?keyword=carta+organisasi&d=175768&.

Kepentingn Carta Organisasi

Carta organisasi penting untuk:

  • Sebagai senarai rujukan
  • Dapat membezakan jawatan
  • Dapat mengenalpasti peringkat organisasi
  • Tidak akan melakukan tugasan yang melangkaui kuasa

Ciri-Ciri Carta Organisasi

Antara ciri-ciri carta organisasi adalah seperti berikut:

  • Menunjukkan jabatan atau unit utama.
  • Kerja atau tugas yang sepadan dan berkaitan akan dikelompokkan dalam suatu jabatan.
  • Jabatan dan unit yang berasingan diwakili kotak-kotak yang dihubungkan melalui garisan.
  • Garisan lurus menggambarkan rantaian arahan dan saluran rasmi komunikasi antara jabatan.
  • Garisan putus-putus melibatkan komunikasi rasmi dan tidak rasmi.
  • Menunjukkan beberapa aspek penting.

Aspek Penting Carta Organisasi

Aspek penting yang perlu ada dalam carta organisasi adalah seperti berikut:

  • Pembahagian kerja
  • Hubungan antara ketua dengan jawatan atasan dan bawahan.
  • Jenis tugas yang dijalankan.
  • Pengumpulan kerja
  • Tahap pengurusan

Contoh Carta Organisasi

Antara contoh carta organisasi yang boleh dijadikan panduan adalah seperti berikut:

Baca juga:

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut