Cara Check iPhone Original

iPhone original
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Tidak sukar sebenarnya untuk tahu sesebuah iPhone itu original atau tidak.

Lambakan iPhone tiruan di pasaran menyebabkan kita perlu berhati-hati apabila ingin membeli iPhone, lebih-lebih lagi sekiranya kita ingin membeli iPhone 2nd hand daripada seseorang individu.

Malah jangan terkejut banyak juga kedai fizikal dan kedai online (Shopee, Instagram, Tiktok dan seumpamanya) yang menjual iPhone klon tetapi mendakwanya sebagai iPhone original.

iPhone klon ini biasanya dijual pada harga jauh lebih murah namun ada juga yang harganya lebih kurang sahaja dengan yang original!

Maka sebagai pengguna, kita haruslah tahu bagaimana mahu menyemak ketulenan iPhone yang dibeli agar tidak mudah tertipu dengan sindiket penipuan iPhone klon ini.

Artikel berkaitan: Iphone 14: Harga Terkini dan Spesifikasi Model

Semakan serial number

Sama seperti mana-mana telefon pintar, setiap iPhone juga mempunyai serial number yang tersendiri.

Nombor siri ini adalah unik bagi setiap unit iPhone dan tidak akan sama dengan unit iPhone yang lain.

Ikuti langkah-langkah berikut untuk menyemak status iPhone original anda:

  1. Buka halaman Settings pada iPhone anda
  2. Kemudian, pilih “General” dan klik pada “About”
  3. Pada halaman “About” ini ada boleh melihat nombor siri iPhone anda.
  4. Klik dua kali pada nombor tersebut untuk menyalin nombor siri anda.
  5. Buka halaman semakan Apple di https://checkcoverage.apple.com/
  6. Lengkapkan Captcha
  7. Klik pada butang Continue

Status ketulenan iPhone anda akan dipaparkan di halaman keputusan.

Halaman ini bukan sahaja memaparkan ketulenan iPhone anda, tetapi juga status waranti telefon anda.

Sokongan App Store

Hanya iPhone yang sebenar yang menggunakan sistem operasi iOS sahaja mempunyai sokongan terhadap App Store.

Kebiasaannya iPhone klon di pasaran akan menggunakan sistem operasi Android kerana ianya adalah percuma.

Oleh itu, anda boleh cek sama ada sesebuah iPhone itu original atau fake dengan menyemak sama ada ianya mempunyai sokongan App Store atau tidak.

Sokongan iTunes

iTunes adaah sebuah aplikasi yang boleh diintegrasikan dengan kesemua produk Apple, termasuklah iPhone.

Maka, hanya iPhone original sahaja yang boleh disambungkan dengan iTunes.

Oleh itu, cuba sambungkan iPhone tersebut ke iTunes dan lihat sama ada aplikasi tersebut dapat mengesan peranti anda atau tidak.

Sekiranya iPhone anda tidak dapat dikesan, besar kemungkinan ianya adalah iPhone klon.

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut