Siapa yang aktif di TikTok pasti pernah terserempak dengan content dari pempengaruh media sosial yang dikenali sebagai CEO Batu.
Siapa tak kenal dengan gaya bersahaja, suara lantang dan cara penyampaian yang menarik golongan muda. Dengan imej sebagai ‘budak kampung’, beliau berjaya membina jenama peribadi yang kuat dan meraih ribuan pengikut dalam masa singkat.
Artikel pada kali ini, kami akan membawa anda mengenali dengan lebih rapat dengan sosok individu penuh kontroversi, CEO Batu.
Baca juga: KRU : Biodata, Sejarah & Konsert GenKRU 2025
Latar Belakang
Nama | Mohd Iqbal |
Nama Panggilan | CEO Batu |
Umur | 22 tahun (pada 2025) |
Tempat Lahir | Kedah |
Pekerjaan | Pempengaruh media sosial |
Akaun Media Sosial | Instagram @ceobatu TikTok @ceobatu YouTube @ceoxganz |
Kerjaya & Profesional
CEO Batu merupakan seorang pempengaruh media sosial yang menonjol dalam kalangan anak muda kerana personalitinya yang lantang, gaya penyampaian yang bersahaja, dan imej sebagai usahawan muda berjaya.
Beliau mula dikenali menerusi platform TikTok dan Instagram dengan kandungan yang menumpukan kepada gaya hidup, motivasi, dan tip perniagaan yang sering dikaitkan dengan naratif ‘budak kampung jadi CEO’.
Kejayaan beliau dalam membina jenama peribadi turut disokong oleh beberapa cabang perniagaan kecil yang diusahakan seperti penjualan pakaian streetwear tempatan, barangan outdoor, serta produk makanan dan minuman.
Branding sebagai “CEO Batu” digunakan bagi menonjolkan imej berani, berdikari dan ‘real talk’ yang mudah menarik perhatian golongan remaja dan pelajar.
Selain itu, beliau turut aktif menjalinkan kolaborasi bersama pempengaruh lain dalam pelbagai kandungan video serta mempromosikan produk tempatan melalui media sosial.
CEO Batu Hantar Gambar Tak Senonoh?
CEO Batu mencetuskan kontroversi selepas didakwa menghantar mesej dan gambar berunsur lucah kepada seorang remaja perempuan berusia 14 tahun.
Insiden yang mengejutkan ini bukan sahaja mendapat perhatian netizen, malah telah membawa kepada siasatan rasmi pihak polis.
Serah Diri kepada Polis
Menurut laporan Harian Metro, beliau telah tampil menyerah diri secara sukarela di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak semalam. Beliau kemudiannya ditahan dan direman bagi membantu siasatan lanjut yang dijalankan oleh pihak berkuasa.
Kes ini disahkan oleh Ketua Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11), Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Siti Kamsiah Hassan.
Menurut beliau, siasatan sedang dijalankan mengikut prosedur undang-undang berkaitan gangguan seksual terhadap kanak-kanak.
Dakwaan Bermula dari TikTok
Kontroversi ini mula mendapat perhatian apabila personaliti media sosial Caprice memuat naik beberapa hantaran pendedahan di Instagram.
Beliau mendedahkan bahawa ibu kepada mangsa telah menghubunginya untuk memohon bantuan selepas anaknya menerima kiriman mesej dan gambar tidak senonoh daripada CEO Batu.
Mangsa yang dikenali sebagai Isha, dikatakan mula menghubungi pempengaruh tersebut melalui TikTok pada 1 November 2024 untuk menyatakan minat berkolaborasi dalam penghasilan kandungan.
Namun, perbualan yang bermula dengan tujuan profesional bertukar menjadi mesej tidak senonoh selepas CEO Batu meminta nombor telefon dan meneruskan perbualan melalui WhatsApp.
Bukti Tangkap Layar & Alasan Parut Pembedahan
Caprice turut berkongsi tangkap layar mesej dan gambar yang dikatakan telah dihantar oleh CEO Batu kepada remaja tersebut. Gambar tersebut didakwa menunjukkan bahagian tubuh yang tidak sepatutnya, dengan alasan “untuk tunjukkan parut pembedahan”.
Apa yang lebih mengejutkan, CEO Batu dikatakan menghantar mesej permohonan maaf kepada ibu mangsa, merayu agar perkara tersebut tidak dilaporkan kepada pihak polis.
Dalam mesej itu, beliau mengaku bahawa gambar tersebut sebenarnya ditujukan kepada teman wanitanya dan tersilap hantar kepada Isha.
“Saya merayu sangat kak. Gambar tu sepatutnya saya crop. Tapi saya terlepas pandang… Kalau saya sabit kesalahan, 10 tahun saya ke dalam. Segala usaha saya selama ni semuanya akan hilang kak…”
Trending sekarang
Rayuan dan Belum Ada Kenyataan Rasmi
Dalam rayuan panjang lebar kepada ibu mangsa, CEO Batu turut menyatakan kebimbangan mengenai masa depannya dan tanggungjawab terhadap keluarga, sambil memohon agar diberikan peluang kedua.
Sehingga kini, tiada kenyataan rasmi dikeluarkan oleh CEO Batu atau wakilnya berhubung dakwaan yang sedang hangat diperkatakan ini.
Fakta Menarik Mengenai CEO Batu
- CEO Batu dikenali ramai dengan imej kain pelikat dan baju t-shirt ketika membuat content video.
- Beliau pernah menjadi duta PDRM FC.
- Beliau sering mencipta dan menghasilkan alat-alat gimnasium untuk bersenam yang diperbuat daripada bahan-bahan pembinaan seperti simen, besi dan kayu.
- Beliau pernah terlibat dengan beberapa kemalangan jalan raya melibatkan motosikal sehingga menerima 20 jahitan di bahagian kepala.
Kesimpulan
Kesimpulannya, kes yang melibatkan CEO Batu ini wajar dijadikan iktibar kepada semua, terutamanya golongan pempengaruh dan individu berprofil tinggi yang menjadi perhatian ramai, termasuk golongan remaja.
Dalam era digital yang serba pantas, setiap tindakan sama ada secara peribadi mahupun di alam maya boleh memberi kesan besar terhadap reputasi, kerjaya dan masa depan seseorang.
Buat CEO Batu, jika benar kesilapan itu berlaku secara tidak sengaja seperti yang didakwa, kami berharap anda mengambil tanggungjawab dan berusaha memulihkan semula kepercayaan masyarakat.
Baca juga: Azizan Osman – Biodata, Kelulusan & Isu Richworks