Cara Semakan Dividen ASB Online Mulai 1 Januari 2025

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Cara Buat Semakan Pengagihan Pendapatan (Dividen ASB & ASBF) Secara Online Mulai 1 Januari 2025

Bulan Disember & Januari adalah bulan yang dinanti-nanti oleh mereka yang menabung dan membuat simpanan dalam Amanah Saham Nasional Berhad khususnya ASB.

    Makluman tarikh penangguhan urus niaga bagi unit amanah Amanah Saham Bumiputera (ASB) bermula 28 hingga 31 Disember 2024.

    Semua urus niaga ASB akan dibuka semula melalui myASNB, platform digital dan kiosk pada 1 Januari 2025, manakala di kaunter dan ejen pada 2 Januari 2025.

    Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang cara pengiraan dan semakan dividen ASB online.

    Tentang Amanah Saham Bumiputera

    Amanah Saham Bumiputera atau ASB merupakan salah satu platform pelaburan yang dijamin kerajaan.

    Mengimbas sejarah penubuhan ASB, ia sebenarnya ditubuhkan bagi menggantikan skim Amanah Saham Nasional (ASN), unit amanah pertama yang dilancarkan oleh Permodalan Nasional Bhd (PNB) pada tahun 1981.

    ASN pada awal pelancarannya adalah dana berharga tetap, namun selepas 10 tahun harganya perlu diapungkan kepada harga berubah.

    Bagi memastikan Bumiputera tidak mengeluarkan pelaburan mereka daripada ASN, PNB memperkenalkan unit amanah keduanya, ASB yang mula diniagakan pada 1990.

    TERKINI : PENGUMUMAN KADAR DIVIDEN & BONUS ASB 2024

    Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) telah mengumumkan pengagihan pendapatan Amanah Saham Bumiputera (ASB) bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2024.

    Kenyataan akhbar: https://asnb.my/PRASB24

    Urus niaga ASB di semua cawangan dan ejen ASNB, termasuk semua platform digital dan perbankan internet, akan ditangguhkan sementara waktu.

    Tarikh Penangguhan Urus Niaga Bagi Tahun Kewangan Berakhir 31 Disember 2024

    Tarikh penangguhan urusniaga bagi tahun 2024 telah dimaklumkan.

    Makluman tarikh penangguhan urus niaga bagi unit amanah Amanah Saham Bumiputera (ASB) bermula 28 hingga 31 Disember 2024.

    Semua urus niaga ASB akan dibuka semula melalui myASNB, platform digital dan kiosk pada 1 Januari 2025, manakala di kaunter dan ejen pada 2 Januari 2025.

    Sejarah Pengagihan Pendapatan ASB 1990-2023

    Sepanjang 30 tahun ASB ditubuhkan, unit amanah itu tidak pernah gagal menawarkan pulangan dividen yang kompetitif kepada pelaburnya, malah ada yang pernah mencecah sehingga dua angka terutama pada 1990-an.

    Namun, ASB kini tidak lagi menawarkan pulangan setinggi pada awal penubuhannya disebabkan banyak faktor, termasuklah prestasi pasaran saham dan ekonomi negara yang banyak berubah berbanding ketika ASB mula dilancarkan.

    Di bawah merupakan sejarah pengagihan pendapatan ASB tahun-tahun sebelum ini.

    Dividen ASB Tahun 2023

    • Kadar Agihan – 5.25%
    • Dividen – 4.25%
    • Bonus – 1.00%

    Dividen ASB Tahun 2022

    • Dividen – 4.60%
    • Bonus – 0.50%
    • Kadar Agihan – 5.10%

    Dividen ASB Tahun 2021

    • Dividen – 4.25%
    • Bonus – 0.75%
    • Kadar Agihan – 5.00%

    SEJARAH PENGAGIHAN PENDAPATAN ASB 2013-2023

    dividen asbf

    Yang menjadi persoalan ramai, adakah masih berbaloi melabur di ASB?

    Cara Pengiraan Dividen ASB 2024

    Ramai yang mungkin masih tertanya-tanya, bagaimana cara nak kira dividen ASB?

    Cara Mudah Kira Dividen ASB 2024

    Ramai yang mungkin masih tertanya-tanya, bagaimana cara nak kira dividen ASB?

    Cara kira dividen ASB adalah mengikut langkah-langkah yang berikut:

    • Dapatkan dahulu Baki Minimum Bulanan (BMB). Baki ini merupakan baki terendah yang pernah dicatatkan dalam akaun anda di antara 1hb sehingga hujung bulan. Dapatkan BMB untuk 12 bulan, bermula dari tahun Januari sehingga bulan Disember.
    • Setiap jumlah BMB bagi 12 bulan dicatatkan. Kemudian, campurkan kesemua BMB untuk 12 bulan tersebut.
    • Bahagikan jumlah keseluruhan BMB tersebut dengan 12 untuk mendapatkan Purata Baki Minimum Bulanan 12-Bulan, ataupun nama lainnya Baki Minimum Tahunan.
    • Kemudian, darabkan Baki Minimum Tahunan dengan kadar dividen/bonus.

    Contoh mudah:

    • AGIHAN PENDAPATAN ASB 2023 : 4.25%
    • BONUS : 1.0%

    Dividen ASB 2023 5.25% untuk simpanan dari 01 Jan sehingga 31 Dec 2023.

    Kalau simpanan RM10,000 dari 01/01/2023 sampai 31/12/2023 tanpa sebarang pengeluaran, jadi dividen akan dapat 10k x 5.25% = RM525.

    Kalau simpan RM10,000 dari 01/01/2023 dan bulan Jun keluarkan RM5,000. Maksudnya baki tinggal Rm5,000 sehingga 31/12/2023. Jadi dividen yang kamu dapat adalah RM218.75 + RM153.13 = RM371.88

    Kalau simpanan cuma RM5,000 dari 01/01/23 dan bulan 12 sempat tambah simpanan RM20,000. Dividen kamu dapat adalah RM5,000 x 5.25% = Rm262.50 sahaja.

    Itu simpanan RM20,000 yang baru ditambah tidak menambah apa-apa sudah dividen. Melainkan kalau ditambah pada bulan 11 dapat la tambahan RM87.50

    Kalau simpanan RM20,000 dari 01/01/23 dan bulan November ada keluarkan RM10,000. Jadi baki tinggal lagi RM10,000. Jadi dividen dia boleh dapat ialah RM875 + RM87.5 = RM962.50

    Begitulah cara kira dividen dalam ASB. Bukan direct darab dengan 5.25% tu melainkan kalau memang simpan dari 01/01 sampai la 31/12.

    Tarikh Semakan Dividen ASB 2024

    Semakan pengkreditan boleh dibuat mulai 1 Januari 2025 secara online di Portal MyASNB dan 2 Januari 2025 di Kaunter ASNB.

    Perkara ini diumumkan oleh Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) melalui laman web ASNB.

    Cara Semakan Dividen ASB

    Kini kita dah tak perlu beratur di kaunter untuk mendapatkan penyata atau semak baki ASB.

    Untuk membuat semakan dividen dan bonus, kita boleh melakukannya secara online saja melalui Portal myASNB.

    myASNB adalah sebuah portal dimiliki sepenuhnya oleh Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB).

    Ia adalah platform dalam talian yang mudah yang selamat bagi pelanggan ASNB untuk melihat pegangan dan melaksanakan urusniaga dalam talian di mana sahaja pada bila-bila masa.

    Langkah membuat semakan ASB online adalah seperti berikut:

    1. Pergi ke laman web myASNB : https://www.myasnb.com.my/
    2. Daftar / Login myASNB (Pastikan nombor telefon telah dikemaskini untuk mendaftar pertama kali)
    3. Senarai Portfolio Pelaburan akan dipaparkan
    4. Semak Penyata Kewangan dan pilih Tahun Kewangan
    5. Boleh cetak atau save dalam PDF untuk rujukan

    NOTA PENTING – Berikut adalah istilah yang anda akan jumpa pada laman web paparan utama MyASNB :

    • Info dividen ASB 2024 = Tidak termasuk bonus
    • Jumlah unit = Baki pelaburan terkini
    • 5 urus niaga terkini
      • Normal reinvestment = Dividen
      • Special reinvestment = Bonus
    dividen asb

    Jika anda belum mendaftar ASB online, sila rujuk langkah membuat pendaftaran di artikel ini: MyASNB: Pendaftaran, Pengeluaran ASB Online, Semakan Baki & Dividen

    Zakat ASB

    Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor (Bil 3/2017) telah memutuskan bahawa hukum pelaburan Permodalan Nasional Berhad (PNB) dalam Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) adalah harus mengikut parameter yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Sekuriti (SC).

    Mesyuarat Jawatankuasa Penasihat Syariah LZS pada 15 September 2017 telah memutuskan bahawa zakat, dikeluarkan ke atas pelaburan yang patuh syarak sahaja. Na mun sekiranya pembayar ingin,membayar-jumlah penuh, bahagian yang tidak patuh syariah boleh diterima tetapi ia perlu dimasukkan ke dalam akaun Baitulmal.

    zakat dividen asb 2020

    Ringkasan kadar pelaburan patuh syariah ASNB bagi setiap tahun kewangan adalah seperti jadual berikut:

    zakat asb 2020 semakan asbf

    Kaedah taksiran zakat saham amanah ASNB bagi sesuatu tahun hendaklah mengikut kada peratusan patuh syariah bagi tahun kewangan berkaitan.

    Kaedah taksiran zakat saham amanah ASNB bagi tahun kewangan (t.k) 2019 adalah sebagaimana berikut :

    zakat dividen asb 2020 semakan asb asbf

    Perkara ini berkuatkuasa mulai 12 Mei 2020.

    Walau bagaimanapun, bagi bayaran zakat ASB tahun 2016 dan sebelumnya, maka fatwa terdahulu digunakan, iaitu hendaklah ditolak semua pendapatan pelaburan (dividen dan bonus) ASB berkenaan, dan zakat hanya dikenakan ke atas pokok pelaburannya sahaja.

    Contoh : Pokok + (pendapatan x *74.5% ) = ….. x2.5% = Zakat
    *Nilai boleh berubah dari masa ke semasa

    Jadi, dah seronok dapat dividen tu, jangan lupa bayar zakat ya!

    Maklumat Lanjut

    Untuk mengetahui lebih lanjut tentang dividen ASB 2023 dan semakan pendapatan ASBF, sila rujuk laman web Amanah Saham Nasional berhad (ASNB) di www.myasnb.com.my

    Sebarang pertanyaan, sila hubungi Pusat Khidmat Pelanggan ASNB 03-7730 8899 (8 pagi – 10 malam) atau emel ke [email protected]

    Follow eCentral di WhatsApp Channel
    Ikut