Untuk menjawab karangan mengenai cara menjaga kesihatan diri, berikut disertakan isi penting dan contoh karangan.
Murid boleh menjadikan isi penting dan contoh karangan sebagai panduan untuk menjawab dalam peperiksaan.
Isi Penting Karangan Cara Menjaga Kesihatan Diri
1. Mendapat Pemakanan Seimbang
- Perlu mengambil pemakanan yang seimbang dengan mengambil makanan yang berkhasiat seperti sat, protein, vitamin dan lain-lain.
- Pemakanan seimbang bukan sahaja boleh menguatkan badan kita, malah dapat mengelakkan pelbagai penyakit.
2. Bersenam
- Semasa kita bersenam, badan berpeluh dan bahan-bahan kumuh akan dikeluarkan melalui peluh.
- Badan kita akan menjadi sihat dan segar.
3. Tidur Yang Mencukupi
- Setiap individu memerlukan sekurang-kurangnya lapan jam sehari.
- Apabila tidur, badan kita mendapat rehat yang mencukup dan kita rasa tidak letih.
- Tidur yang tidak mencukupi boleh menyebabkan individu berisiko tinggi diserang penyakit kronik seperti Dementia, kemurungan, kegemukan dan penyakit jantung.
4. Pemeriksaan Doktor Secara Berkala
- Pemeriksaan kesihatan awal boleh membantu mengesan penyakit tertentu di peringkat awal.
- Jika seseorang individu menghidap penyakit, mereka boleh medapat rawatan dengan segera.
Contoh Karangan Cara Menjaga Kesihatan Diri
i) PENDAHULUAN
Kesihatan merupakan sebahagian perkara yang paling penting dalam kehidupan kita. Setiap insan mengharapkan mempunyai kesihatan yang baik. Walau bagaimanapun, kesihatan yang baik hanya boleh dicapai dengan menjaga kesihatan diri sendiri. Dengan menjaga kesihatan diri, ianya boleh menjamin kecerdasan mental dan kecergasan badan. Oleh itu, pelbagai boleh dibuat untuk menjaga kesihatan diri.
ii) ISI 1: MENDAPAT PEMAKANAN SEIMBANG
Untuk menjaga kesihatan diri, salah satu cara yang boleh diamalkan adalah mengambil pemakanan yang seimbang. Setiap individu perlu mengambil pemakanan yang seimbang dengan mengambil makanan yang berkhasiat seperti sat, protein, vitamin dan lain-lain. Pemakanan seimbang bukan sahaja boleh menguatkan badan kita, malah dapat mengelakkan pelbagai penyakit. Maka, individu yang mengambil makanan seimbang akan mempunyai kesihatan yang optimum dan lebih baik.
iii) ISI 2: BERSENAM
Bersenam juga merupakan salah satu cara yang berkesan untuk menjaga kesihatan diri. Semasa kita bersenam, badan kita akan berpeluh dan bahan-bahan kumuh akan dikeluarkan melalui peluh. Setelah berpeluh, badan kita akan menjadi sihat dan segar.
Menurut World Health Organization (WHO), badan tersebut menyarankan orang dewasa berusia 18 tahun ke atas perlu bersenam sekurang-kurangnya 150 minit seminggu dengan intensiti sederhana atau 75 minit seminggu dengan intensiti berat. Ini bagi memastikan mereka sentiasa sihat dan tidak terdedah dengan penyakit.
iv) ISI 3: TIDUR YANG MENCUKUPI
Bagi menjaga kesihatan, setiap individu memerlukan waktu tidur yang cukup. Setiap individu memerlukan sekurang-kurangnya lapan jam sehari. Apabila tidur, badan kita mendapat rehat yang mencukup dan kita rasa tidak letih. Satu kajian yang dilakukan oleh pakar bedah saraf di Amerika Syarikat, Dr. Sanjay Gupta mendapati, tidur yang tidak mencukupi boleh menyebabkan individu berisiko tinggi diserang penyakit kronik seperti Dementia, kemurungan, kegemukan dan penyakit jantung. Oleh kerana itu, adalah penting setiap individu mendapat tidur yang cukup bagi mengelakkan serangan daripada pelbagai penyakit.
v) PEMERIKSAAN DOKTOR SECARA BERKALA
Untuk memastikan setiap individu mengetahui status kesihatan diri, setiap individu perlu mengadakan peperiksaan doktor secara berkala. Pemeriksaan kesihatan awal boleh membantu mengesan penyakit tertentu di peringkat awal. Jika seseorang individu menghidap penyakit, mereka boleh medapat rawatan dengan segera, seperti kata pepatah, “sediakan payung sebelum hujan.” Oleh kerana itu, setiap individu perlulah mengambil tanggungjawab untuk membuat pemeriksaan doktor bagi memastikan kesihatan diri mereka sentiasa terjaga.
vi) PENUTUP
Secara kesimpulannya, penjagaan kesihatan sangat penting kepada setiap individu. Kesihatan diri perlu dijaga supaya kita dapat hidup selesa dan gembira. Oleh itu, kita mestilah mengamalkan amalan kehidupan sihat untuk menjamin kesihatan.