Cara Jadi Cikgu: Laluan Kerjaya & Syarat Kelayakan

cara jadi cikgu
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Ramai daripada kita berminat untuk menjadi seorang cikgu namun anda mengetahui sebenarnya cara jadi cikgu?

Menurut Kamus Dewan, guru atau cikgu bermaksud pengajar, pendidik atau pengasuh.

Ini bermakna, cikgu merupakan individu yang bertanggungjawab untuk mengajar, mendidik, dan mengasuh anak muridnya.

Sekolah merupakan institusi pendidikan yang menjadi medan utama cikgu mencurahkan ilmunya kepada murid-murid.

Tugas Cikgu

Terdapat beberapa tugas cikgu di sekolah iaitu:

  • Mengajar murid di dalam kelas.
  • Menyediakan rancangan PdP tahunan dan harian.
  • Menyediakan sumber pendidikan secara kreatif.
  • Melaksanakan PdP yang bersesuaian berdasarkan Rancangan Pengajaran Harian (RPH).
  • Merancang penilaian dan pentaksiran murid.
  • Mengukur dan menilai perkembangan dan pencapaian murid.
  • Merekod dan menganalisis tahap perkembangan dan keputusan pencapaian.
  • Menyediakan pelaporan murid di dalam kelas.
  • Membantu merangka cadangan program/aktiviti intervensi berdasarkan data penilaian dan pentaksiran (data-driven decision making).
  • Membantu merangka strategi/idea baharu dalam pelaksanaan penilaian dan pentaksiran murid/progam/ aktiviti.
  • Merancang pelaksanaan aktiviti kelab/persatuan, badan beruniform dan sukan/permainan.
  • Merekod dan menganalisis kemajuan murid.
  • Membimbing dan melatih murid bagi peningkatan potensi.
  • Menguatkuasakan peraturan sekolah.
  • Memastikan keselamatan murid diutamakan.
  • Memastikan kesihatan murid terjaga.
  • Mengenal pasti keperluan bantuan pelajaran kepada murid.

Bidang Pengajian

Bidang pengajian bagi pelajar yang mengambil bidang perguran adalah seperti berikut:

  • Bahasa Melayu
  • Bahasa Inggeris
  • Pendidikan Islam
  • Bahasa Iban
  • Bahasa Kadazandusun
  • Matematik
  • Sains
  • Pendidikan Jasmani
  • Pendidikan Awal Kanak-Kanak
  • Sejarah
  • Pendidikan Seni Visual
  • Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran
  • Reka bentuk Dan Teknologi
  • Pendidikan Muzik
  • Pendidikan Khas Masalah Pendengaran
  • Bimbingan dan Kaunseling
  • Pendidikan Khas Masalah Penglihatan

Laluan Kerjaya

Terdapat 9 laluan kerjaya bagi mereka yang berminat untuk menjadi seorang cikgu:

LALUAN 1: SPM-IPG-GURU SEKOLAH RENDAH

Pelajar lepasan SPM yang mendapat keputusan cemerlang (5A dan ke atas) boleh memohon kemasukan ke Institut Pendidikan Guru Malaysia melalui Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP).

LALUAN 2: SPM-STPM-IPG-GURU SEKOLAH RENDAH

Pelajar lepasan STPM yang lulus dengan PNGK 3.5 boleh memohon kemasukan ke Institut Pendidikan Guru Malaysia melalui Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP).

LALUAN 3: SPM-STAM-IPG-GURU SEKOLAH RENDAH

Pelajar lepasan STAM yang lulus dengan gred Jayyid Jiddan boleh memohon kemasukan ke Institut Pendidikan Guru Malaysia melalui Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP).

LALUAN 4: SPM-MATRIKULASI-IPG-GURU SEKOLAH RENDAH

Pelajar lepasan Matrikulasi yang lulus dengan PNGK 3.5 boleh memohon kemasukan ke Institut Pendidikan Guru Malaysia melalui Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP).

LALUAN 5: SPM-MATRIKULASI-UNIVERSITI-GURU SEKOLAH MENENGAH

Selepas menamatkan pengajian matrikulasi, lepasan matrikulasi boleh mohon universiti yang menawarkan program pendidikan.

LALUAN 6: SPM-STPM-UNIVERSITI-GURU SEKOLAH MENENGAH

Cikgu yang dahulunya pelajar lepasan STPM, berpeluang menjadi guru yang mengajar subjek-subjek sekolah menengah seperti Biologi, Kimia, Fizik, Perdgangan dan Ekonomi.

LALUAN 7: SPM-DIPLOMA-IJAZAH-GURU SEKOLAH MENENGAH

Mengambil program Diploma yang menawarkan program pendidikan, dan kemudian sambung belajar ke peringkat Ijazah Sarjana Muda khusus dalam bidang perguruan yang ditawarkan oleh pihak universiti.

LALUAN 8: IJAZAH-DPLI-GURU SEKOLAH MENENGAH

Untuk mereka yang sudah mempunyai ijazah sarjana muda, tetapi bukan dalam bidang perguruan, mereka boleh mengambil Diploma Perguruan Lepasan Ijazah (DPLI) yang ditawarkan di universiti.

LALUAN 9: IJAZAH-JQAF-GURU JQAF SEKOLAH RENDAH

Laluan untuk mereka yang sudah mempunyai Ijazah Sarjana Muda dalam bidang pengajian Islam, Bahasa Arab atau yang berkaitan. Sebaik selesai program JQAF, akan terus ditempatkan di sekolah rendah sebagai Guru JQAF.

Jumlah Gaji Yang Ditawarkan

Jumlah gaji yang ditawarkan bagi seorang cikgu boleh dirujuk melalui file di bawah:

Syarat Kelayakan

Syarat kelayakan untuk menjadi seorang cikgu menerusi PISMP adalah seperti berikut:

  • Warganegara Malaysia.
  • Umur tidak melebihi 20 tahun bagi permohonan melalui PISMP.
  • Sihat tubuh badan.
  • Mempunyai Ijazah Sarjana Muda Kepujian dalam bidang Pendidikan; atau
  • Ijazah Sarjana Muda/Ijazah Sarjana Muda Kepujian dalam bidang berkaitan serta Diploma Pendidikan; atau
  • Ijazah Sarjana dalam bidang berkaitan serta Diploma Pendidikan; atau
  • Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang berkaitan serta Diploma Pendidikan.

Info Lanjut

Untuk mengetahui cara-cara menjadi cikgu, sila tonton video di pautan https://www.youtube.com/watch?v=WeKgn4gaiqU.

Sumber: https://afterschool.my/bm/berita/10-laluan-yang-bakal-melayakkan-anda-menjadi-seorang-guru

Baca juga: Standard Guru Malaysia 2.0 (SGM 2.0): Panduan & Muat Turun

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut