Kini kita boleh pilih untuk berhibur dan menonton drama atau filem dengan menggunakan telefon pintar, tablet atau peranti mudah alih, cuma perlu daftar Astro Go secara percuma khas untuk pelanggan Astro.
Bila dah daftar, tak perlu lagi nak berebut remote control dan anda juga boleh menonton di mana sahaja dan yang paling penting ianya jauh lebih praktikal.
Di sini kami kongsikan lebih lanjut tentang kelebihan Astro Go termasuklah bagaimana cara daftar Astro Go dalam langkah yang mudah.
Apakah Astro Go?
Astro GO ialah sebuah aplikasi mobile yang menawarkan lebih 50,000 rancangan yang boleh diakses sama ada melalui apps mahupun laman web dengan mudah dan dimana-mana sahaja.
Drama dan filem menarik luar serta dalam negara, rancangan live hiburan dan sukan, program-program tv menarik, dokumentari terkini dan macam-macam lagi sudah tersedia untuk anda tonton bila-bila masa je.
Nak daftar Astro Go ni adalah PERCUMA untuk pelanggan Astro, tak kiralah pakej langganan basic atau mana-mana pakej lain sekalipun.
(Tapi pelanggan Njoi tak termasuk ye.)
Cara Daftar Astro Go
Berikut adalah langkah untuk daftar Astro Go:
- Pergi ke laman web di astrogo.astro.com.my
- Untuk pengguna yang pertama kali mendaftar, anda perlu tekan bahagian Don’t have an Astro ID? Click here
- Masukkan nombor akaun atau nombor smartcard Astro
- nombor akaun – boleh dapatkan melalui bil Astro atau call sahaja pihak Astro
- nombor smartcard – dapatkan di smartcard di decorder anda
- Kemudian masukkan No MyKad pemilik akaun Astro tersebut.
- Kemudian sila isikan butiran peribadi yang berkaitan.
- Selesai sudah cara daftar Astro GO.
- Kini anda boleh mengakses Astro Go dari peranti mobile atau telefon pintar dengan mudah, di mana-mana saja!
Nak lagi mudah faham, boleh rujuk video rasmi dari Astro untuk langkah pendaftaran di bawah ini.
Satu ID Boleh Digunakan Oleh Empat Peranti Setelah Daftar Astro Go
Selepas anda mendaftar dengan Astro GO, Astro ID tersebut boleh digunakan untuk mengakses 4 peranti serentak.
Untuk filem-filem Pay-per-view serta siri TV (contoh Astro First, Astro Best & filem-filem berbayar terpilih), pelanggan boleh menonton dengan 2 peranti pada masa yang sama.
Cara Login Astro Go
Setelah selesai daftar Astro Go, kini anda boleh login Astro Go.
Sila ikuti langkah di bawah:
- Layari laman web rasmi Astro di sini: https://astrogo.astro.com.my
- Pilih bahagian I AM AN ASTRO CUSTOMER
- Pada bahagian Email/Mobile Number, masukkan email atau nombor telefon anda
- Pada bahagian Password, masukkan kata laluan anda.
- Klik LOG IN
- Kini anda sudah berjaya login Astro GO. Bolehlah anda menonton pelbagai rancangan TV dan program menarik di mana-mana saja. Tak perlu berebut remote control lagi!
Baca juga: Astro Njoi: Cara Melanggan, Saluran TV, Harga & Caj Pemasangan
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut, layari laman web https://astrogo.astro.com.my/ atau hubungi perkhidmatan pelanggan Astro di talian 603 9543 3838.