Cara Buat Email Melalui Gmail & Panduan Menghantar Email

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Anda sedang mencari cara untuk buat email peribadi?

Selain nombor telefon, emel merupakan satu lagi cara untuk berhubung terutamanya secara rasmi.

Malah, pendaftaran di kebanyakan laman web, portal dan akaun media sosial juga selalunya menghendaki anda menggunakan emel untuk melengkapkan pendaftaran.

Terdapat banyak penyedia perkhidmatan emel percuma di internet namun yang paling popular sudah tentulah emel Gmail yang disediakan oleh syarikat gergasi teknologi dunia, Google.

Lebih menarik, pendaftaran untuk buat email Google juga adalah percuma selama-lamanya dan cukup mudah.

Kelebihan Gmail

Mungkin anda yang tertanya-tanya, mengapakah Gmail menjadi pilihan?

  1. Percuma
  2. Pendaftaran mudah
  3. Integrasi dengan aplikasi Google yang lain
  4. Ruang storan yang besar
  5. Fungsi POP dan IMAP percuma
  6. dan banyak lagi

Cara mendaftar emel Gmail

buat email
  1. Buka pelayar internet anda sama ada menggunakan komputer mahupun gajet
  2. Lakukan carian “Gmail” atau taip sahaja “gmail.com” (klik)
  3. Klik pada “Create account”
  4. Pilih “For myself” sekiranya anda mendaftarkan diri sendiri
  5. Masukkan maklumat “First name” dan “Last name”
  6. Masukkan “Username” yang diingini, sekiranya username tersebut telah didaftarkan anda diminta untuk menggunakan username lain
  7. Masukkan “Password”
  8. Masukkan sekali lagi katakunci yang sama
  9. Klik butang “Next”
  10. Masukkan nombor telefon untuk pengesahan dan pengaktifan emel anda

Tips: Sekiranya anda mendaftarkan emel untuk tujuan kerja atau professional, sila pilih username yang lebih profesional dan tidak seperti kebudak-budakkan.

Panduan menghantar emel

  1. Log masuk akaun Gmail anda
  2. Klik pada butang “Compose” yang terletak pada bahagian kiri atas
  3. Pada ruangan “To”, masukkan alat emel penerima. Anda boleh menghantar emel kepada lebih daripada satu penerima dengan mengasingkan emel menggunakan tanda koma
  4. Pada ruangan “Subject” masukkan subjek atau topik emel tersebut
  5. Kemudian, tulis emel anda dengan ringkas dan padat, tidak perlu berjela-jela.
  6. Anda turut mempunyai piilihan untuk menyunting emel yang dikarang seperti menggunakan fungsi bold, italic, underline, text color, align dan sebagainya bagi memastikan mesej atau emel yang ditulis lebih menarik dan jelas
  7. Klik pada butang “Submit”

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut