Bunga Mawar : Maksud Mengikut Warna dan Jumlah dalam Jambangan

Bunga mawar merupakan antara bunga yang paling popular di dunia dan sering dijadikan tanda cinta, kasih sayang dan persahabatan yang erat. 

Ia juga sering menjadi pilihan ramai bagi meraikan cinta atau sebagai tanda kasih sayang kepada orang tersayang tidak kiralah kepada kekasih, rakan ataupun keluarga terdekat.

Walaupun mawar merah adalah pilihan yang popular secara umumnya, sebenarnya terdapat pelbagai jenis warna mawar yang boleh didapati seperti kuning, hijau, merah jambu dan sebagainya.

Sumber : Forest of Flowers

Bergantung kepada warna, ia juga boleh memberikan maksud yang tersendiri kepada penerima.

Sesetengah warna juga sebenarnya sesuai untuk diberikan pada hari atau peristiwa tertentu dalam hidup. 

Jika anda mahu memberikan bunga mawar kepada orang tersayang namun tidak tahu mana satu yang paling sesuai, berikut kami kongsikan serba sedikit maksud di sebalik warna dan jumlah kuntuman bunga ros.

Maksud Bunga Mawar Mengikut Warna

Mawar Merah

bunga mawar

Jenis mawar yang paling popular, mawar merah melambangkan cinta dan asmara membuatkan ia sesuai untuk pasangan kekasih. 

Mawar Putih

Sumber : bloomnation.com

Mawar putih sering digunakan pada majlis perkahwinan kerana ia melambangkan permulaan baru, harapan dan kesucian.

Pada masa yang sama, ia turut digunakan dalam upacara pengebumian sebagai tanda takziah buat keluarga si mati. 

Mawar Pink / Merah Jambu 

bunga mawar
Sumber : Flowers For Everyone

Mawar merah jambu pula mempunyai makna yang berbeza-beza. 

Mawar merah jambu gelap adalah pilihan yang tepat untuk diberikan kepada teman rapat sebagai tanda persahabatan.

Merah jambu terang pula membawa maksud kebahagiaan, kelembutan, cinta dan sesuai untuk diberikan kepada golongan muda. 

Mawar Jingga

Sumber : Gardeners’ World

Mawar berwarna jingga melambangkan semangat, tenaga dan keghairahan. 

Warnanya yang menyerlah memberikan makna yang positif dan sesuai untuk diberikan ketika sambutan hari lahir, ulangtahun dan sebagainya. 

Mawar Kuning

Satu lagi jenis mawar yang menyerlah warnanya, mawar kuning melambangkan persahabatan dan rasa prihatin.

Bunga ini juga sesuai untuk diberikan untuk menceriakan hari seseorang. 

Mawar Hijau 

bunga mawar
Sumber : nurserylive.com

Mawar hijau memberikan makna harapan dan kesuburan membuatkan ia sesuai untuk diberikan kepada orang terdekat yang mahu menimang cahaya mata atau baru melahirkan anak. 

Di samping itu, mawar hijau juga melambangkan keceriaan dan awet muda.

Walau bagaimanapun, ros hijau boleh melambangkan rasa dengki atau cemburu bagi sesetengah budaya. 

Maksud Jumlah Kuntuman Bunga Mawar

Bila anda dapat jambangan bunga ros, cuba perhatikan berapakah kuntuman ros yang terkandung dalam jambangan bunga?

Selain warna, jumlah kuntuman mawar yang diberikan kepada seseorang juga mempunyai maksud yang tersendiri. 

Berikut merupakan tanda atau maksud tersiratnya yang mungkin ramai tak tahu : 

  • 1 kuntum bunga : Tanda terima kasih atau cinta pandang pertama.
  • 2 kuntum bunga : Cinta yang mendalam
  • 3 kuntum bunga : “Saya cintakan awak”, biasa diberikan ketika sambutan ulangtahun.
  • 6 kuntum bunga : “Saya cintakan awak”, “Saya rindukan awak”. 
  • 7 kuntum bunga : “Saya tergila-gilakan awak”
  • 8 kuntum bunga : Tanda sokonga kepada rakan atau keluarga terdekat. 
  • 9 kuntum bunga : Cinta abadi
  • 12 kuntum bunga : Cinta sempurna
bunga mawar
Sumber : Flowers in The Woods

Sekarang anda sudah tahu maksud bunga mawar mengikut warna dan jumlahnya. Kini, anda bolehlah menempah jambangan bunga dengan gubahan paling tepat untuk orang yang tersayang! 

Sumber : floraly.com.au

Bantu kami share artikel ini: