Buli Di Tempat Kerja: Contoh, Tindakan & Saluran Aduan

buli di tempat kerja
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Buli di tempat kerja merupakan sesuatu amalan yang negatif dan perlu ditangani khususnya oleh para majikan.

Terdapat banyak contoh-contoh buli yang sering berlaku di tempat kerja dan perbuatan ini mestilah dihalang agar ianya tidak memberikan kesan yang lebih negatif.

Maksud Buli

Buli merupakan tingkah laku yang tidak diingini yang bertujuan untuk mengganggu, menakutkan, atau memalukan seseorang.

Dalam konteks di tempat kerja, buli merangkumi segala bentuk tingkah laku yang menyebabkan ketidakselesaan atau ketakutan kepada pekerja.

Ini termasuklah melibatkan tindakan fizikal, verbal, atau psikologi kepada seseorang di tempat kerja.

Contoh Buli Di Tempat Kerja

Antara contoh-contoh yang melibatkan amalan buli khususnya di tempat kerja adalah seperti berikut:

  • Buli Verbal: Perbuatan menghina, mengejek, atau mengancam rakan sekerja secara lisan.
  • Buli Fizikal: Tindakan fizikal yang agresif seperti menolak, menampar, atau mengganggu ruang peribadi seseorang.
  • Buli Psikologi: Perbuatan menyebarkan khabar angin, mengasingkan seseorang daripada kumpulan, atau memberi beban kerja yang tidak adil.
  • Buli Siber: Perbuatan menghantar mesej ancaman atau hinaan melalui e-mel atau media sosial.

Tanda Buli Di Tempat Kerja

Tanda-tanda amalan ini berlaku di tempat kerja adalah seperti berikut:

  • Komen Menyinggung dan Tidak Profesional: Komen-komen yang tidak sesuai dan tidak profesional daripada rakan sekerja atau atasan dengan tujuan merendahkan atau meremehkan seseorang.
  • Pengasingan Sosial: Pengasingan sosial yang menyebabkan seseorang terpinggir dan tidak dihargai.
  • Pengagihan Tugas yang Tidak Adil: Pengagihan tugas yang tidak wajar yang boleh menjejaskan produktiviti dan perkembangan seseorang.
  • Sindiran dan Gelagat Merendahkan: Sindiran halus atau gelagat merendahkan mungkin dianggap remeh, tetapi ia boleh memberi impak besar terhadap tahap keyakinan dan kepuasan seseorang.
  • Pengurangan Peluang atau Peningkatan Tekanan: Penghalang dalam pembangunan kerjaya atau peningkatan tekanan boleh mengakibatkan perasaan tidak puas hati dan tertekan.

Tindakan Jika Dibuli

Jika dibuli, terdapat beberapa tindakan boleh diambil antaranya:

  • Rekodkan Insiden: Catatkan setiap insiden buli termasuk tarikh, masa, tempat, dan butiran kejadian.
  • Kumpulkan Bukti: Simpan bukti seperti e-mel, mesej teks, atau saksi kejadian.
  • Laporkan Kepada Majikan: Segera maporkan kes buli kepada pihak pengurusan atau jabatan sumber manusia. Berikan bukti yang telah dikumpulkan.
  • Dapatkan Sokongan: Cari sokongan daripada rakan sekerja, keluarga, atau kaunselor profesional.
  • Rujuk Pihak Berkuasa: Rujuk dan lapor kepada pihak berkuasa yang sesuai.

Saluran Aduan

Ini adalah beberapa saluran pihak berkaitan yang boleh dikemukan laporan berkaitan dengan amalan buli:

  • Pihak Berkuasa: Jika perlu, laporan kejadian kes buli terus ke pihak berkuasa untuk tindakan susulan undang-undang seperti pihak Polis Diraja Malaysia atau Jabatan Tenaga Kerja.
  • Bahagian Sumber Manusia (HR): Bahagian Sumber Manusia atau Jabatan Sumber Manusia Malaysia (KSM) boleh membantu dalam menerima aduan mengenai buli.
  • Kesatuan Sekerja: Kesatuan sekerja merupakan saluran yang berkhidmat untuk bantu menyelesaikan masalah pekerjaan yang berlaku terhadap pekerja.

Info Lanjut

Info lanjut mengenai amalan buli di tempat kerja, sila layari pautan https://www.maukerja.my/.

Baca juga: SISPAA: Fungsi & Cara Buat Aduan

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut