Untuk subjek Reka Bentuk dan Teknologi Tingkatan 3, Buku Teks RBT Tingkatan 3 merupakan buku teks yang akan digunakan di dalam kelas bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran.
Guru dan murid boleh mendapatkan buku teks ini bagi memastikan subjek ini dapat dipelajari oleh murid-murid yang mempelajari subjek ini.
Mengenai Buku Teks Reka Bentuk & Teknologi Tingkatan 3
Buku teks RBT Tingkatan 3 ini diterbitkan berpandukan kepada objektif yang terkandung dalam Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) di bawah Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) yang disediakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.
Selain itu, buku teks ini juga diolah berdasarkan empat domain, iaitu:
- Apresiasi Produk Reka Bentuk
- Aplikasi Teknologi
- Pembuatan Produk
- Penilaian Reka Bentuk Produk
Ini bagi memastikan agar murid menjadi individu yang dapat bersaing di peringkat global serta memahami teknologi terkini yang mampu menyelesaikan masalah dalam kehidupan.
Isi Kandungan Buku Teks RBT Tingkatan 3
Isi kandungan buku teks ini adalah seperti berikut:
Bab 1 Aplikasi Teknologi
Reka Bentuk Mekatronik
- Menyatakan maksud reka bentuk mekatronik
- Mengenal pasti elemen mekatronik
- Menerangkan fungsi elemen mekatronik pada produk sedia ada
- Menghasilkan gambar rajah blok (block diagram) produk mekatronik sedia ada
- Menghasilkan lakaran bahagian reka bentuk produk yang akan diubah suai berdasarkan gambar rajah blok yang terlibat
- Membuat penambahbaikan kepada produk berdasarkan lakaran yang telah dibuat
- Membuat penilaian kefungsian produk yang telah diubah suai
Rumusan
Latihan Pengukuhan
Bab 2 Pembangunan Produk
Penghasilan Produk
- Menyatakan produk yang hendak dihasilkan berdasarkan kajian keperluan pelanggan dan
- projek brief
- Mengenal pasti asas teknologi yang sesuai dengan kehendak reka bentuk produk
- Merancang konsep, elemen dan prinsip reka bentuk yang dipersetujui dalam bentuk lakaran
- Menghasilkan lakaran produk yang hendak dibuat
- Menyediakan jadual kerja
- Membuat senarai bahan, peralatan dan bajet produk
- Menghasilkan produk berfungsi atau berfungsi sebahagian
- Membuat pengujian dan penilaian kefungsian serta kesesuaian produk
- Membuat cadangan penambahbaikan produk berdasarkan laporan keputusan ujian
- Menyediakan dokumentasi
Rumusan
Latihan Pengukuhan
Bab 3 Reka Bentuk Dalam Perniagaan
Reka Bentuk sebagai Instrumen Pemasaran
- Menyatakan maksud pemasaran
- Menerangkan peranan reka bentuk dalam pemasaran
- Mengenal pasti kaedah reka bentuk pengiklanan
- Memilih kaedah reka bentuk pengiklanan yang sesuai untuk memasarkan produk yang dihasilkan
- Menganalisis kaedah reka bentuk pengiklanan yang dipilih
- Membuat rumusan kaedah reka bentuk pengiklanan yang sesuai dengan produk
- Menghasilkan reka bentuk pengiklanan
Rumusan
Latihan Pengukuhan
Muat Turun Buku Teks RBT Tingkatan 3
Buku ini boleh dimuat turun menerusi file di bawah:
Baca juga: Buku Teks RBT Tingkatan 2 KSSM