Untuk murid Tingkatan 1 yang mengambil subjek Reka Bentuk dan Teknologi (RBT), buku teks yang menjadi panduan pembelajaran adalah Buku Teks RBT Tingkatan 1.
Guru-guru dan murid-murid akan menggunakan buku teks ini sebagai panduan pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah.
Mengenai Buku Teks Reka Bentuk & Teknologi Tingkatan 1
Buku Teks Reka Bentuk dan Teknologi (RBT) Tingkatan 1 adalah buku teks yang diterbitkan hasil daripada kesinambungan daripada buku teks Reka Bentuk dan Teknologi sekolah kebangsaan.
Buku ini dihasilkan berpandukan Standard Kandungan (SK) dan Standard Pembelajaran (SP) yang terangkum dalam Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) RBT Tingkatan 1.
Selain itu, buku ini memenuhi Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) Kementerian Pendidikan Malaysia yang menepati keperluan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK).
Standard Kandungan RBT ini terdiri daripada lima tajuk utama, iaitu:
- Pengenalan kepada Reka Bentuk dan Teknologi
- Pengurusan Projek
- Proses Reka Bentuk
- Lakaran
- Aplikasi Teknologi
Setiap bab di dalam buku ini akan didahului dengan Standard Pembelajaran (SP) yang perlu dikuasai oleh murid, grafik berkaitan dengan isi pembelajaran yang boleh digunakan oleh murid sebagai rangsangan, manakala refleksi minda pada akhir pembelajaran dan latihan sebagai pengukuhan isi.
Pada setiap bab diselitkan dengan ruangan info, bahagian aktiviti dan jom buat, langkah keselamatan di kelas atau bengkel serta penggunaan ikon yang menarik dan bermakna.
Fokus yang diberikan kepada penguasaan ilmu pengetahuan (kognitif), kemahiran (psikomotor), dan nilai serta sikap (efektif) yang sesuai dengan kebolehan murid berdasarkan Standard Kandungan (SK) dan Standard Pembelajaran (SP).
Elemen Merentas Kurikulum (EMK) juga diterapkan bagi mengukuhkan kemahiran dan keterampilan modal insan seperti yang dihasratkan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025.
Murid juga didedahkan dengan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) bagi merangsang pemikiran berstruktur dan berfokus sehingga berupaya untuk mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran, dan nilai dalam membuat penaakulan serta refleksi bagi menyelesaikan masalah, membuat keputusan, berinovasi, dan mampu mencipta sesuatu yang baharu.
Isi Kandungan Buku Teks RBT Tingkatan 1
Isi kandungan yang terkandung dalam buku teks ini adalah seperti berikut:
Bab 1 Pengenalan Kepada Reka Bentuk dan Teknologi
Dunia Reka Bentuk
- Definisi reka bentuk dan teknologi
- Elemen reka bentuk berdasarkan produk yang dipilih
- Prinsip reka bentuk.
Aplikasi prinsip-prinsip reka bentuk dalam mereka bentuk objek asas - Membanding beza prinsip dan elemen reka bentuk
- Kriteria reka bentuk yang baik
- Membina objek asas.
Kepentingan Reka Bentuk dan Teknologi
- Senarai kepentingan reka bentuk dan teknologi
- Peranan reka bentuk
- Etika dalam reka bentuk
- Kerjaya dalam bidang reka bentuk dan teknologi.
Invensi dan Inovasi dalam Reka Bentuk
- Definisi invensi dan inovasi
- Aplikasi prinsip invensi dan inovasi dalam kerjaya reka bentuk…..
- Invensi dan inovasi dalam reka bentuk terkini.
Refleksi Minda
Latihan Pengukuhan
Bab 2 Pengurusan Projek
Pengurusan Projek Reka Bentuk
- Definisi pengurusan projek reka bentuk
- Penjanaan idea reka bentuk untuk menyelesaikan masalah
- Langkah pengurusan pelaksanaan projek
Merangka perancangan projek - Analisis perancangan projek dan jadual kerja
- Penyediaan anggaran kos
- Pembentukan kumpulan kerja berdasarkan tugas dan peranan
Refleksi Minda
Latihan Pengukuhan
Bab 3 Proses Reka Bentuk
Projek Brief
- Definisi projek brief
- Ciri projek brief
- Perancangan projek brief
- Menyaring maklumat dalam projek brief
- Aplikasi projek brief dalam bentuk jadual dan lakaran
- Pembinaan mock-up atau model
- Penilaian hasil mock-up atau model
Refleksi Minda
Latihan Pengukuhan
Bab 4 Lakaran
Lakaran Piktorial
- Peranan lakaran dalam reka bentuk
- Teknik lakaran piktorial
- Lakaran asas produk dalam bentuk 3D berdasarkan 2D
- Penilaian maklumat yang ada pada lakaran yang dipilih
- Pemilihan lakaran produk terbaik berdasarkan elemen reka bentuk
- Penambahbaikan pada lakaran yang dipilih
Refleksi Minda
Latihan Pengukuhan
Bab 5 Aplikasi Teknologi
Reka Bentuk Sistem Fertigasi
- Definisi sistem fertigasi
- Komponen utama sistem fertigasi
- Lakaran reka bentuk baharu sistem fertigasi
- Analisis elemen reka bentuk dalam sistem fertigasi
- Penilaian lakaran reka bentuk sistem fertigasi
- Pembinaan mock-up atau model struktur reka bentuk baharu sistem fertigasi
Refleksi Minda
Latihan Pengukuhan
Reka Bentuk Fesyen
- Definisi reka bentuk fesyen
- Jenis reka bentuk fesyen
- Teknik cantuman dan penggunaan alatan dalam proses penyediaan reka bentuk fesyen
- Lakaran reka bentuk fesyen
- Analisis elemen dalam reka bentuk fesyen
- Jenis bahan dalam reka bentuk fesyen
- Penghasilan reka bentuk fesyen
Refleksi Minda
Latihan Pengukuhan.
Jawapan
Glosari
Senarai Rujukan
Indeks
Muat Turun Buku Teks RBT Tingkatan 1
Buku ini boleh dimuat turun menerusi file di bawah:
Baca juga: Buku Teks PSV Tingkatan 3 KSSM