Terdapat pelbagai buku cerita kanak-kanak di pasaran yang menawarkan pelbagai jenis cerita yang menarik.
Kanak- kanak suka kepada buku cerita membolehkan mereka berimaginasi dan fantasi, mengenal pasti watak kemanusiaan, ingin memenuhi impian dan harapan, pengembaraan, ingin tahu, aksi, kesedaran diri, pelbagai visual dan menghayati perkataan.
Maksud Buku Cerita
Buku cerita membawa erti karya sastera penulisan yang dicipta daripada imaginasi penulis atau peristiwa sebenar.
Buku ini juga sering dihasilkan untuk kegunaan kanak-kanak yang mengandungi apa-apa yang difikirkan oleh golongan dewasa dan boleh difahami oleh kanak-kanak.
Ini bermakna buku cerita bagi kanak-kanak mengandungi informasi dan perlakuan yang boleh dibayangkan oleh kanak-kanak bagi menggambarkan penceritaan cerita tersebut.
Buku ini menggunakan bahasa yang mudah dan ayat-ayat yang pendek untuk memudahkan pemahaman khalayak kanak-kanak.
Ianya juga digunakan kebanyakan buku fiksyen seperti mitos, legenda, dan cerita-cerita penglipur lara.
Ciri-Ciri Buku Cerita Kanak-Kanak
Antara ciri-ciri buku ini adalah seperti berikut:
- Kelihatan tersendiri dan tidak kelihatan sama seperti kebanyakan buku lain.
- Kelihatan terang, segar, dan positif.
- Mempunyai saiz yang tepat, tidak terlalu besar, berat, tebal atau tidak terlalu kecil atau nipis.
- Buku itu perlulah bergambar,
- Menggunakan kertas yang baik iaitu bermutu, sederhana tebal, agak keras dan tahan lasak atau tahan lama.
- Muka taip yang digunakan harus terang, cukup besar agar senang dibaca dan mempunyai reka bentuk yang mudah dan sederhana.
Faedah Buku Cerita Kanak-Kanak
Terdapat banyak faedah buku ini kepada kanak-kanak antaranya:
- Terdedah kepada pelbagai jenis kehidupan manusia, baik secara individu atau kumpulan.
- Memperolehi pengalaman, bertukar-tukar pengetahuan, nilai, dan sikap.
- Meluaskan pengalaman kreatif dan saintifik mereka.
- Merangsang untuk meneroka kejadian atau perkara yang tidak mereka ketahui.
- Memahami atau menimbulkan kesedaran tentang prinsip-prinsip keadaan semula jadi manusia, tentang keadaan fizikal dunia ini dan hubungan ekologinya.
- Menghayati dan merasai keindahan dan pencapaian menusia.
- Menimbulkan motivasi dan aspirasi bagi mencapai sesuatu yang baik untuk semua.
- Dapat membeza dan menilai perkara baik dan buruk khususnya mengenai perlakuan manusia.
- Berkeupayaan untuk melihat, menilai, dan memahami kejadian yang berlaku secara menyeluruh.
- Memperolehi kreativiti dalam pemikiran, persepsi, dan ekspresi.
Contoh Buku Cerita Kanak-Kanak
Antara contoh buku cerita kanak-kanak yang boleh dimuat turun adalah seperti berikut:
i) Tiga Ekor Ayam
ii) Si Bongkok Lupa Diri
iii) Sang Buaya Di Timpa Pokok
iv) Kura-Kura Bersahabat Dengan Monyet
iv) Burung Gagak dan Ketitir
v) Belalang dan Semut
Info Lanjut
Cerita kanak-kanak juga boleh ditonton menerusi pautan https://www.youtube.com/@HSKIDSEDU.
Baca juga: 15 Hadiah Krismas Untuk Kanak-Kanak Yang Menarik & Lucu