Tarikh Bayaran BPR Fasa 2 & Jumlah Baki Mengikut Kategori

bpr fasa 2
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Kemaskini: Baki bayaran BPR Fasa 2 Yang Akan Diterima Dan Tarikh Pembayaran Mengikut Kategori

Setelah bayaran Fasa Pertama Bantuan Prihatin Rakyat (BPR Fasa 1) diagihkan secara berperingkat mulai 24 Februari lalu, kini ramai yang mula tertanya-tanya tentang bayaran Fasa Kedua.

Di sini kami kongsikan maklumat lanjut tentang BPR Fasa 2 untuk makluman bersama.

BPR Fasa 3 dijangka dibuat pada bulan September / Oktober nanti. Tarikh akan dikemaskini di Telegram rasmi eCentral.

Bagi yang tidak lulus, permohonan rayuan BPR akan dibuka mulai 15 Jun nanti.

Apakah BPR?

Bantuan Prihatin Rakyat atau BPR telah dilancarkan oleh Menteri Kewangan pada sesi pembentangan Belanjawan 2021 sebelum ini.

BPR 2021 bertujuan menggantikan Bantuan Sara Hidup (BSH).

Bayaran BPR dibuat dalam beberapa fasa dan Fasa 1 telah diagihkan bermula 24 Februari lalu.

Bilakah Bayaran BPR Fasa 2 Akan Dibuat?

Menurut kenyataan oleh LHDN / Kementerian Kewangan yang terkini, bayaran Bantuan Prihatin Rakyat Fasa Kedua akan dibuat mulai 7 Mei 2021.

Berikut adalah kenyataan penuh oleh Kementerian Kewangan tentang maklumat pembayaran yang akan dibuat:

Jumlah Baki Bayaran BPR Fasa 2

Baki bayaran Bantuan Prihatin Rakyat Fasa Kedua ini berbeza mengikut Kategori Bujang, Isi Rumah, dan juga bergantung kepada bilangan anak setiap keluarga,

Jumlah bayaran yang akan diterima boleh dirujuk melalui jadual di bawah ini.

NOTA:

Untuk makluman, penerima bayaran BPR Fasa Pertama telah menerima jumlah bayaran berikut:

  • Kategori Isi Rumah : RM300
  • Kategori Bujang: RM150

Baca juga: Permohonan MyKasih Kapital, Modal Perniagaan Untuk Wanita RM1,000

Bagi yang masih belum menerima bayaran BPR Fasa Pertama tempoh hari, anda boleh membuat panggilan terus ke LHDN atau membuat semakan status secara online mengikut langkah di bawah.

Semakan Status Permohonan BPR Fasa 2

Semakan Status permohonan BPR 2021 boleh dibuat seperti berikut:

  1. Layari Portal Rasmi BPR LHDNM, https://bpr.hasil.gov.my;
  2. Login menggunakan ID dan kata laluan yang telah didaftarkan
  3. Tekan butang ‘Semak Status’
  4. Status bayaran / permohonan akan dipaparkan.

Baca juga: Bantuan JKM 2021: Semakan Status & Jadual Pembayaran Bulanan

Maklumat Lanjut

  • Portal Rasmi BPR LHDNM, https://bpr.hasil.gov.my;
  • Hubungi LHDNM: 1-800-88-2747 (Waktu Operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang);atau
  • MoF: 03-8882 4565 / 4566 (Waktu Operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang);atau
  • Hadir sendiri ke Cawangan LHDNM / PKH LHDNM / UTC LHDNM.
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut