BPN 2.0: Permohonan Baru & Semakan Status Kelulusan B40, M40

bpn 2.0 permohonan baru semakan
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Umum mengetahui kerajaan telah melanjutkan pemberian Bantuan Prihatin Nasional melalui BPN 2.0 terbaru.

Selain itu, kerajaan juga membuka peluang para usahawan untuk memohon GKP 2.0 dan membantu para majikan melalui Skim Subsidi Upah 2.0.

Berikut maklumat terkini cara membuat permohonan BPN 2.0 dan kadar bayaran terkini mengikut kategori.

BPN 2.0

Terdapat empat kategori penerima iaitu:

  • B40
  • B40 Bujang
  • M40
  • M40 Bujang

Pembayaran akan dibuat dalam dua ansuran iaitu pada penghujung bulan Oktober dan Januari 2021 nanti.

Kadar bantuan tambahan adalah seperti berikut:

Seperti anda boleh lihat, tambahan BPN 2.0 bermula dari RM300 (bujang) sehingga RM1,000 (isi rumah).

Kaedah pembayaran seperti BPN sebelum ini iaitu secara pengkreditan terus ke akaun bank yang didaftarkan.

Namun bagi yang tiada akaun bank atau bank tidak aktif (gagal kredit), anda boleh membuat tuntutan tunai di mana-mana cawangan BSN berhampiran.

Baca juga: Semakan Bantuan Prihatin Rakyat BPR 2021

Permohonan Baru

Permohonan BPN 2.0 akan dibuka mulai 15 Oktober sehingga 15 November (sebulan).

Permohonan boleh dibuat secara online melalui portal rasmi bpn.hasil.gov.my atau secara manual melalui borang permohonan BPN baharu.

Bagi permohonan baru, sekiranya anda lulus, pembayaran akan dibuat sekaligus pada Januari nanti.

Syarat Kelayakan

Siapa yang layak memohon BPN 2.0?

Semua warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia dan belum pernah memohon BPN sebelum ini layak memohon.

Kategori BPN 2.0 B40

Isi Rumah:

  • Sudah berkahwin
  • Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak
  • Pendapatan Isi Rumah adalah RM4,000 dan ke bawah

Bujang:

  • Bujang atau Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak
  • Had umur adalah 21 tahun dan ke atas termasuk kategori warga emas (60 tahundan ke atas)
  • Pendapatan Bujang adalah RM2,000 dan ke bawah

Kategori M40

Isi Rumah:

  • Sudah berkahwin
  • Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak
  • Pendapatan Isi Rumah adalah RM4,001 hingga RM8,000

Bujang:

  • Bujang atau Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak
  • Had umur adalah 21 tahun dan ke atas termasuk kategori warga emas (60 tahundan ke atas)
  • Pendapatan Bujang adalah RM2,001 hingga RM4,000

Dokumen Diperlukan

Pemohon tidak perlu mengemukakan sebarang dokumen sokongan semasa permohonan.

Kesemua permohonan akan disemak berdasarkan data agensi yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia.

Semakan Status

Semakan BPN 2.0 boleh dibuat mulai 15 Oktober di portal rasmi bpn.hasil.gov.my

Untuk membuat semakan anda perlu log masuk ke sistem tersebut.

Sekiranya terlupa kata laluan, perlu menunggu 10 minit untuk mencuba semula menjawab soalan keselamatan.

Jika masih terlupa pemohon diminta untuk menghubungi talian LHDNM Hasil Care Line (HCL) di talian 03- 89111000 (bagi tindakan set semula akaun dan soalan keselamatan) atau hubungi Cawangan / PKH / UTC LHDNM yang berhampiran.

Kemaskini Permohonan

Urusan kemaskini termasuk maklumat akaun bank tidak dibenarkan kerana kaedah pembayaran adalah seperti kaedah pembayaran BPN sebelum ini.

Jika akaun bank anda sudah tidak aktif, anda terpaksa membuat tuntutan tunai di cawangan BSN.

Soalan Lazim

Bolehkah saya tukar kategori M40 kepada B40?

Kategori kelayakan BPN 2.0 adalah berdasarkan kelulusan terakhir BPN 2020.

Saya penerima BPN kategori Bujang dan kini telah berkahwin. Bolehkah saya memohon BPN 2.0 kategori isi rumah?

Anda boleh mengemukakan permohonan baharu/rayuan mulai 15 Oktober 2020 di bawah kategori Isi Rumah sekiranya menepati syarat kelayakan.

Saya belum cukup umur 21 adakah saya layak memohon?

Pemohon yang layak memohon adalah pemohon yang lahir pada tahun 1999 dan ke bawah.

Saya bujang berstatus pelajar sepenuh masa adakah saya layak?

Tidak layak. Hanya bujang berstatus pelajar separuh masak layak jika memenuhi syarat kelayakan.

Adakah pendapatan isi rumah dikira termasuk elaun & bonus?

Ya, semua pendapatan yang diterima diambil kira sebagai pendapatan.

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut