Pelepasan Gadaian Selepas Habis Bayar Pinjaman Bank / LPPSA (Borang 16N)

surat pelepasan gadaian
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Loan rumah dah habis bayar dengan bank, tapi ramai yang terlepas pandang untuk buat urusan Pelepasan Gadaian Bank / LPPSA.

Walaupun anda dah habis bayar loan rumah, tapi rumah itu tak secara automatik jadi hak milik mutlak anda sepenuhnya selagi anda belum daftarkan PELEPASAN GADAIAN di Pejabat Tanah.

Ini ramai orang tak tahu sebenarnya.

Mereka ingat bila dah habis bayar loan rumah dengan bank diaorang terus dapat geran rumah daripada bank.

Lepas tu boleh simpan geran rumah tu. Tidak begitu sebenarnya. Anda perlu buat urusan Pelepasan Gadaian terlebih dahulu.

Kena batalkan dulu nama bank sebagai pemegang gadaian dalam geran.

Kemudian barulah rumah tu jadi hakmilik mutlak anda sepenuhnya. Bukan rumah je tau. Kereta pun sama.

Di sini kami kongsikan info daripada Nadia Izzati yang trending di Facebook tentang Urusan Pelepasan Gadaian yang perlu anda lakukan setelah selesai membayar pembiayaan bank / pinjaman.

Apakah Urusan Pelepasan Gadaian?

Ia adalah satu urusan antara pemilik rumah dengan bank peminjam untuk mengeluarkan nama bank daripada dokumen hakmilik.

Untuk rumah yang dah ada geran atau title individu (Geran atau title dengan nama pemilik sendiri), proses ini dipanggil Pelepasan Gadaian atau Discharge of Charge (DOC).

Untuk rumah yang belum ada geran atau title individu (Geran masih dengan nama pemaju, geran atau title individu belum dikeluarkan), proses ini dipanggil Deed of Receipt & Reassignment (DRR).

Anda sebagai tuan tanah perlu mendapatkan penyaksian peguam pada borang Melepaskan Gadaian (Borang 16N) telah yang ditandatangai oleh Pegawai Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA) dan kebiasaannya anda akan dikenakan fi penyaksikan sebanyak RM100.00 hingga RM150.00 dengan syarat anda sendiri yang akan menguruskan transaksi dengan Pejabat Tanah.

Pada awal pengambil alihan oleh Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA) Borang 16N dikenakan bayaran setem sebanyak RM10.00 tetapi sekarang tidak lagi.

Borang tersebut hanya  perlu dibawa ke Lembaga Hasil Dalam Negeri untuk diendos Pengecualian diatas Borang 16N tersebut.

Contoh Borang16N seperti di bawah:

Contoh / Kos Proses Pelepasan Gadaian

Baca juga: LPPSA MyFinancing: Cara Daftar, Semakan Status & Baki Pinjaman

Urusan Bagi Loan Bank

Untuk membuat Pelepasan Gadaian di bank, caranya adalah seperti berikut:

  1. Dapatkan penyata baki hutang di Bank (boleh call dan maklumkan dulu).
  2. Sediakan bank draft berserta penyata baki hutang kepada bank.
  3. Bank akan tutup pinjaman dan bagi surat pengesahan penyelesaian hutang.
  4. Lantik peguam untuk uruskan pelepasan gadaian dengan bank.

Urusan Bagi Pinjaman LPPSA

Bagi yang membuat pinjaman LPPSA, cara untuk membuat pelepasan gadaian adalah seperti berikut:

  1. Download Borang Penyelesaian Hutang di laman web LPPSA.
  2. Pengembalian geran akan dilakukan menggunakan khidmat Poslaju mengikut alamat peminjam/peguam seperti yang tertera di dalam sistem. Jika terdapat perubahan alamat, sila hubungi pusat panggilan LPPSA di talian 03-8880 1600.
  3. Sediakan bank draft ikut penyata baki hutang dan pos bersama Surat Penyelesaian Hutang ke LPPSA.
  4. LPPSA akan hantar Resit Penyelesaian Pinjaman Perumahan dan Borang Melepaskan Gadaian, Geran Rumah Asal dan Salinan Pendua Borang Gadaian (Borang 16A).
  5. Daftar dokumen Pelepasan Gadaian di Pejabat Tanah.

(Boleh juga lantik peguam untuk urusan di atas).

Manakala bagi tuntutan baki insurans, surat yang sama telah dihantar kepada pihak insurans untuk tindakan lanjut. Sila berhubung terus dengan panel insurans/takaful yang telah dilantik oleh peminjam.

*Sumber: Facebook Nadia Izzati

Baca juga: Permohonan Rumah Mesra Rakyat (RMR) SPNB Dari RM55,000

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut