BKSS 5.0 : Senarai 11 Bantuan Untuk Rakyat Sarawak Bagi Tahun 2021

bkss 5.0
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Pakej Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS 5.0) bernilai RM405 juta telah diumumkan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg pada Khamis, 21 Januari 2021.

Berikut adalah ringkasan inisiatif yang disalurkan melalui Pakej Bantuan Khas Sarawakku Sayang BKSS 5.0

1. Diskaun bil elektrik lima hingga 25 peratus bil elektrik yang memberi manfaat kepada 642,000 isi rumah di Sarawak bermula Januari hingga Jun 2021.

2. Diskaun bil air 10 hingga 25 peratus yang memberi manfaat kepada 568,000 isi rumah di seluruh Sarawak bermula Januari hingga Jun 2021.

3. Diskaun 50 peratus sewa pasar dan gerai di bawah pihak berkuasa tempatan (PBT).

Baca juga: SIP Prihatin PERMAI: Semakan, Syarat & Cara Permohonan

4. Pengeculian bayaran permit dan lesen perniagaan kepada peniaga, penjaja, peniaga pasar malam dan pasar tamu.

5. Pengecualian bayaran sewa kepada pengusaha kecil dan sederhana (PKS) yang beroperasi di premis-premis perniagaan milik badan-badan berkanun dan syarikat milik kerajaan negeri.

6. Diskaun 25 peratus diberikan kepada taksiran kadar cukai pintu tahunan melebihi RM400 mulai Januari hingga Jun 2021.

7. Diskaun 50 peratus sewa Skim Perumahan perbadanan Pembangunan perumahan Sarawak (HDC) mulai Januari hingga Jun 2021.

8. Diskaun 30 peratus untuk pembayaran cukai tahan melibatkan kediaman, pusat komersial, industri, perladangan berskala besar dan kemudahan awam.

9. Pengecualian pembayaran lesen hotel secara sekali bayar kepada 17,300 bilik hotel di seluruh Sarawak tahun 2021.

Baca juga: Bayaran Interim i-Sinar : Pendahuluan RM1,000 Bagi Pemohon Kategori 2

10. Penangguhan pembayaran premium tanah secara sekali bayar bagi tahun 2021 melibatkan tanah pertanian, kediaman, komersial dan industri serta institusi awam dan swasta.

11. Penangguhan pembayaran Skim Pinjaman Industri Kecil dan Sederhanan (SPIKS) mulai Januari hingga Jun 2021.

*Sumber: Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS)

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut