Bila Larut Malam Melaka 2025 : Harga dan Senarai Lokasi/Produk Pelancongan

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Bila Larut Malam Melaka iaitu program promosi pusat pelancongan terpilih di negeri bersejarah itu diteruskan lagi sepanjang tahun 2025.

Program yang bermula pada Jun 2024 ini dilihat berjaya menarik kehadiran pelancong domestik dan antarabangsa.

Menerusi tujuh edisi penganjurannya tahun lalu, program ini mampu mencatatkan sehingga 87,533 penyertaan.

Perkara ini telah dimaklumkan oleh Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya negeri Datuk Wira Abdul Razak Abdul Rahman menerusi laman Facebook rasmi beliau.

Bila Larut Malam Melaka : Produk Pelancongan dan Tarikh Bagi Januari 2025

Difahamkan bahawa program tersebut kekal diadakan pada Sabtu pertama setiap bulan.

Ini bermakna untuk Januari tahun ini, program Bila Larut Malam akan berlangsung pada 4 Januari 2025.

Menawarkan harga tiket serendah RM 10 seorang, terdapat ENAM produk pelancongan yang masih mengambil bahagian dalam inisiatif pelancongan negeri Melaka ini.

Berikut dikongsikan infografik serta serba sedikit butiran mengenai promosi Bila Larut Malam Melaka 2025 .

1. Menara Taming Sari

Harga Tiket : RM 10 (seorang) atau Pakej RM 40 untuk tiket masuk 5 orang

Waktu Operasi Bila Larut Malam : 11.00 malam-2.00 pagi

-jualan tiket terakhir adalah pada jam 1.30 pagi

bila larut malam melaka

2. Zoo Melaka (Night Safari)

Harga Tiket : RM 10.00 seorang

Waktu Operasi Bila Larut Malam : 9.00 malam-12.00 tengah malam

  • tiket terakhir masuk adalah 11.00 malam
  • terhad kepada 1,200 pengunjung sahaja
  • harga promosi Bila Larut Malam Night Safari adalah untuk warganegara Malaysia sahaja.

3. Melaka River Cruise

Waktu Operasi : 11.00 malam-2.00 pagi

Harga tiket : RM 10.00 seorang (Beli 4, percuma 1)

Lokasi : Jeti Pengkalan Rama (Taman Rempah) & Jeti Quayside

bila larut malam melaka

4. Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM)

Lima buah muzium di bawah Perbadanan Muzium Melaka (Melaka)

Muzium yang terlibat : Muzium Sejarah, Kompleks Muzium Samudera, Kompleks Muzium Rakyat, Muzium Istana Kesultanan Melaka, Muzium Belia

Harga Tiket : RM 10 seorang (Beli 4 tiket, percuma 1)

Waktu Operasi : 11.00 malam-2.00 pagi

bila larut malam melaka

5. Ghost Museum Melaka

Harga Tiket : RM 10 seorang (Beli 4 percuma 1)

Waktu Operasi Bila Larut Malam : 9.30 malam. 10.30 malam, 11.30 malam

bila larut malam melaka

6. Muzium Penjara Malaysia

Harga Tiket : Warganegara – Dewasa RM 3.00, Kanak-kanak : RM 1.00

                        Bukan Warganegara – Dewasa : RM 6.00, Kanak-kanak :

Waktu Operasi : 9.00 malam-12.00 tengah malam

Nota

  • Terma, syarat dan harga tiket bagi semua produk pelancongan adalah tertakluk kepada perubahan.
  • Pengunjung disarankan untuk memahami syarat yang ditetapkan serta merancang kunjungan ke pusat-pusat pelancongan ini sebaiknya.

Maklumat Lanjut  

Untuk perkembangan terkini dan maklumat lanjut, sila ikuti laman Facebook Tourism Melaka dan produk pelancongan lain di pautan berikut :

Sumber : Melaka Hari Ini, Facebook Kerajaan Negeri Melaka

Baca Juga : Zoo Melaka : Harga Tiket, Waktu Operasi dan Aktiviti Menarik

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut