BikeCare-1000 : Bantuan Pembelian Motosikal Untuk Pekerja Gig

Sukacita dimaklumkan bahawa kerajaan Negeri Selangor meneruskan program bantuan bagi bayaran pendahuluan pembelian motosikal untuk pekerja Gig atau P-Hailing menerusi Program BikeCare-1000 bagi tahun 2024.

Ikuti perkongsian kami untuk ketahui dengan lebih lanjut mengenai program ini.

Apakah Program BikeCare-1000?

Program BikeCare-1000 adalah salah satu inisiatif kerajaan Negeri Selangor bagi meringankan beban pekerja Gig atau P-hailing dalam bentuk pembayaran pendahuluan pembelian motosikal.

Program bantuan ini adalah satu inisiatif Kerajaan Selangor sejak tahun 2022 bagi meringankan beban pekerja Gig atau P-hailing dalam bentuk pembayaran pendahuluan pembelian motosikal.

Baca Juga : Belanjawan Selangor 2023: Intipati Bantuan Untuk Rakyat

BikeCare-1000 2024

Syarat Kelayakan

Pemohon perlulah menepati syarat-syarat kelayakan yang telah ditetapkan seperti berikut :

  1. Permohonan adalah terbuka kepada warga Selangor sahaja.
  2. Pemohon yang berumur 18 tahun ke atas sahaja layak untuk memohon.
  3. Pemohon mestilah mempunyai lesen motosikal yang sah.
  4. Pemohon mestilah tidak disenarai hitam oleh CTOS/CCRIS.
  5. Perrnohonan terbuka kepada pekerja yang telah dan ingin menceburi p-hailing (tertakluk kepada terma dan syarat).
  6. Permohonan yang lengkap sahaja akan dilayan.

Cara Memohon Bantuan BikeCare-1000

program bantuan motor selangor

Calon yang berminat boleh ikuti panduan permohonan seperti berikut :

  1.  Muat turun borang permohonan di pautan https://drive.google.com/file/d/1ZvyjM4m_fSDQwNbMoZ5GTpWs5jqFeWhR/view?pli=1
  2. Borang hendaklah diisi dengan lengkap dan kemas menggunakan pen dakwat hitam/biru.
  3. Setiap maklumat yang diisi adalah di bawah tanggungjawab pemohon. Pihak urus setia tidak akan memproses permohonan yang memberi maklumat palsu dan tidak lengkap.
  4. Permohonan lewat tidak akan diproses.
  5. Kegagalan pemohon untuk mengisi butir-butir yang dikehendaki serta gagal menyertakan lampiran dokumen boleh menyebabkan permohonan ditolak.
  6. Sila kembalikan borang permohonan beserta lampiran dokumen yang diperlukan sebelum tarikh tutup iaitu 01/03/2024.
  7. Borang permohonan lengkap hendaklah diserahkan ke Pejabat UPPS di alamat berikut:

East Entrance, IDCC Ideal Convention Centre Shah Alam, Jalan Pahat L 15/L, Seksyen 15, 40200 Shah Alam.

Dokumen Yang Diperlukan

Calon juga perlu kemukakan dokumen seperti berikut :

  1. Salinan kad pengenalan pemohon (yang jelas).
  2. Salinan kad pengenalan penjamin (keluarga terdekat).
  3. Salinan penyata bank terkini (2 bulan).
  4. Salinan lesen motosikal.
  5. Salinan slip gaji terkini (2 bulan)/Surat Lantikan Syarikat (Untuk pekerja P-hailing yang sedang berkhidmat sahaja).

Tarikh Permohonan

Pemohon yang berkelayakan boleh kemukakan permohonan sebelum 01/03/2024.

Maklumat Lanjut

Untuk keterangan lanjut mengenai Program BikeCare-1000, sila hubungi Puan Fatin Syafira di talian 016-959 8320 atau layari pautan https://surveyheart.com/form/63be7ad120c36b76bd5e36e8?fbclid=IwAR0T2Z9ybWH1POgcQC0SlClEQMMncHeRYNja1AdAUKh0piUq_jwbbJp6t_8 dan ikuti perkembangan terkini melalui Facebook UPPS.

*Pentadbir akan menghubungi anda selepas mendaftar atas talian dalam tempoh 48 jam.

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!