Selain jerawat dan jeragat, biji kolesterol atau milia seed di muka juga menjadi mimpi ngeri bagi setiap wanita.
Mana tidaknya, oleh kerana masalah kulit muka inilah juga mereka akan menjadi murung, malu, dan hilang keyakinan diri.
Artikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda berkenaan dengan biji kolesterol dan kesannya pada kulit wajah.
Baca juga:
Apa itu biji kolesterol
Biji kolesterol atau xanthomas atau juga dikenali sebagai milia adalah biji-biji kecil yang berwarna putih kekuningan yang tidak berbahaya, menyakitkan atau menyebabkan rasa gatal.
Ia boleh muncul di mana-mana sahaja anggota badan seperti di muka, siku, lutut, tangan, bawah mata, kaki, sendi, tendon, ketiak, dan punggung.
Ia terjadi disebabkan oleh adanya lebihan lemak yang terbina di bawah kulit.
Namun, masalah biji kolesterol ini tidaklah berlaku kepada orang gemuk sahaja tetapi orang kurus juga khususnya yang tidak jaga cara pemakanan yang sihat.
Jenis biji kolesterol
Terdapat dua jenis biji kolesterol yang perlu anda tahu. Berikut adalah penerangannya yang lebih dalam:
Biji Kolestrol Primer
Biji kolestrol primer biasa terjadi pada golongan bayi. Ia merupakan masalah kulit yang normal timbul pada kulit bayi selepas seminggu kelahiran.
Bahagian yang menjadi target utama biji ini tumbuh adalah pada kening, pipi, hidung dan lelangit. Hanya ketika bayi mencecah umur 2 – 4 minggu sahaja, biji tersebut akan hilang atau kulit kembali normal.
Biji Kolestrol Sekunder
Biji kolestrol sekunder berlaku pada orang dewasa berpunca dari kesan kecederaan pada kulit seperti terkena pancaran cahaya matahari (sunburn) atau kulit melepuh.
Namun begitu, biji kolestrol ini tidak akan membesar dan tidak menyebabkan masalah kulit yang lain.
Punca milia seed terbentuk
Terdapat dua punca yang menyebabkan biji kolesterol terjadi. Antaranya seperti berikut:
- Penggunaan produk penjagaan muka berasaskan minyak
- Kerap menggunakan alat solekan wajah
- Pengumpulan minyak yang banyak pada wajah
Cara hilangkan biji kolesterol
Terdapat beberapa cara hilangkan biji kolesterol yang boleh anda amalkan. Berikut adalah caranya:
1. Bersihkan muka
Paling asas adalah membersihkan muka setiap hari. Biasanya muka perlu dicuci dua kali sehari iaitu sekali pada waktu pagi dan sekali pada waktu malam.
Sebab kita perlu cuci muka pada waktu pagi adalah kerana semasa tidur, minyak dan sel-sel kulit mati akan terkumpul di dalam pori-pori anda.
Justeru, mencuci muka sebaik sahaja bangun pagi akan menghilangkan segala yang terkumpul pada kulit semalaman, dan menghindarkan jerawat dan bintik hitam daripada terbentuk
Cuti muka pada waktu malam pula adalah untuk menghilangkan segala kekotoran dan minyak yang terkumpul di dalam pori-pori anda sepanjang hari.
2. Pakai skrub muka
Skrub atau exfoliator muka penting untuk dipakai kerana ia boleh membuang sel kulit yang mati pada muka. Biasanya seseorang akan skrub muka 2-3 kali seminggu sahaja.
Tiga jenis skrub yang boleh anda dapatkan di pasaran adalah seperti chemical, physical dan juga exfoliator secara manual.
3. Gunakan krim retinoid
Krim retinoid adalah krim yang digunakan untuk menghilangkan biji kolesterol. Dalam krim ini terdapat beberapa kandungan penting seperti vitami A, retinoid, dan retinol.
4. Wapkan kulit muka
Selepas selesai mencuci muka, cuba lakukan wap pula. Ia bagus untuk membuka liang-liang bagi menyingkirkan bahan perangsa kulit.
Apa yang boleh anda lakukan sama ada berwap panas di dalam bilik air selama 5-10 minit, atau letakkan semangkuk air panas dan tuala untuk menutup muka anda.
5. Guna krim pelindung matahari
Krim pelindung matahari penting untuk melindungi kulit muka dari sinaran ultraungu matahari.
Ia boleh mengurangkan kerengsaan kulit yang menyebabkan biji kolesterol. Pastikan anda menggunakan krim yang mengandungi SPF 30 atau lebih tinggi.
Jika kulit anda sangat sensitif kepada matahari, pertimbangkan untuk menggunakan produk dengan SPF 100.
Tips untuk elak masalah kulit wajah
Untuk mengelakkan anda dari berhadapan dengan masalah kulit wajah, anda boleh mengikuti langkah-langkah seperti yang berikut:
- Kurangkan makanan yang mengandungi garam, gula dan lemak yang tinggi.
- Elakkan memakai solekan yang tebal.
- Boleh amalkan suplemen yang mengandungi biotin atau niacin.
- Scrub wajah 2 kali seminggu.
- Bersihkan wajah 2 kali sehari.
- Gunakan produk wajah yang bersumberkan air dan bebas minyak.
- Kurangkan aktiviti luar semasa cuaca terlalu panas.
- Jangan memicit jerawat sehingga meninggalkan kesan luka.
- Jangan gosok muka terlalu kuat ketika mencuci muka.
Diharapkan semoga perkongsian kami ini berkenaan dengan biji kolesterol dapat memberkan anda semua informasi dan ilmu pengetahuan yang bermanfaat untuk dijadikan rujukan bersama.
Sumber:
- Biji Kolestrol : Jenis, Punca Serta Cara Merawat. Bidadari.my
- Cholesterol Deposits In The Eyes: Symptoms and treatment. Medical News Today
- What Is Xanthelasma? Healthline