Cara Daftar BigPay & Tebus Kredit ePemula RM 150 ~ Program ePemula merupakan satu inisiatif kerajaan bagi memupuk budaya transaksi tanpa tunai di premis perniagaan.
Program ini menyasarkan golongan belia yang berumur antara 18 hingga 20 tahun yang juga merupakan pelajar sepenuh masa di institusi pengajian tinggi.
Melalui program ePemula, para belia bakal menerima RM 150 yang akan dikreditkan secara one-off ke dalam e-dompet (e-Wallet).
Baca Juga : ePemula: Cara Tebus RM150 Kredit ShopeePay, GrabPay, TNG & BigPay
E-Wallet Yang Terlibat Dalam ePemula
Berdasarkan kenyataan terkini dari Kementerian Kewangan, rangkaian e-Wallet yang terlibat dalam program ini adalah :
- Touch n Go eWallet
- ShopeePay
- Grab Pay
- BigPay
Antara rangkaian e-Wallet yang terlibat dalam program ini, Big Pay merupakan antara aplikasi e-Wallet yang menawarkan pelbagai manfaat kepada pelanggan antaranya baucer ekslusif, diskaun tiket AirAsia dan tawaran cashback dari pelbagai jenama seperti Watsons, Zalora dan Kinokuniya.
Nak tahu cara daftar Big Pay untuk tebus ePemula ? Teruskan membaca !
Apakah Bigpay?
BigPay ialah aplikasi mudah alih dengan kad yang menyediakan antara muka yang mudah untuk anda berbelanja, menghantar, menerima dan menjejak wang – di mana-mana sahaja di dunia.
Ia boleh didapati secara PERCUMA.
Tidak seperti e-dompet, kad BigPay anda diterima di seluruh dunia.
Menariknya, ia adalah 3 dalam 1 di mana anda akan mendapat :
- kad prepaid mastercard, yang mana fungsinya seperti mana-mana kad mastercard biasa.
- eWallet untuk anda terima dan simpan duit untuk digunakan bila masa diperlukan.
- aplikasi untuk anda buat transaksi bil, hantar duit dan menguruskan kad anda.
Cara Pendaftaran Online
Ikuti langkah di bawah untuk mendaftar Bigpay secara online.
- Download aplikasi Big Pay – Challenge Banking di Google Play Store untuk Android, manakala di App Store untuk iOS.
- Setelah muat turun, buka aplikasi tersebut.
- Kemudian, tekan butang ‘Sign Up’.
- Pilih tempat negara anda menetap.
- Pada ruangan No Telefon, pilih kod negara untuk nombor telefon anda. Sekiranya anda adalah warganegara Malaysia, pilih +60.
- Tekan butang ‘Send Code’, masukkan kod yang anda dapat tersebut di ruangan di bawah ‘Enter your OTP’.
- Seterusnya, anda dikehendaki untuk mencipta Passcode sebagai langkah keselamatan akaun anda dan sahkan sekali lagi passcode anda.
- Semak terma dan syarat dengak klik ‘Terms & Conditions’. Kemudian tandakan pada kotak.
- Kemudian, tekan butang I accept untuk teruskan proses daftar BigPay.
- Pada laman seterusnya, sila isikan butiran peribadi.
- Setelah lengkap semuanya, klik ‘Next’.
- Akan keluar mesej tertera ‘Verification in progress’. Sistem sedang memproses pendaftaran anda, dan akan mengambil masa sehingga 48 jam.
- Setelah pendaftaran anda diluluskan, anda perlu memasukkan RM20 ke dalam akaun anda ini. Anda boleh melakukannya secara online banking.
- Kemudian, tunggu kad Big Pay untuk tiba ke alamat anda secara pos.
- Ikuti prosedur seterusnya untuk mengaktifkan kad anda. Proses pendaftaran anda akan selesai.
Cara Aktifkan Kad Bigpay
1. Setelah selesai semua proses, anda perlu tunggu kad BigPay untuk dipos ke rumah dalam masa kira-kira 5 – 7 hari bekerja.
2 Bila kad Big Pay anda sudah sampai ke rumah, buka aplikasi BigPay anda
3. Masukkan nombor CVV yang tertera di belakang kad Big Pay anda
4. Kad BigPay anda telah AKTIF dan boleh digunakan
Cara Tebus ePemula Melalui BigPay
Berikut merupakan langkah-langkah ringkas untuk tebus ePemula menerusi BigPay :
- Pastikan anda sudah download dan install aplikasi BigPay
- Buka aplikasi BigPay
- Anda akan lihat paparan Level up with BigPay
- Tekan butang Claim my RM150
- Sila tandakan kotak setuju dengan Terms & Conditions
- Tekan butang Apply Now
- Tekan butang Get BigPay now
- Isikan maklumat seperti dipinta dalam Permohonan ePemula
- Tekan butang Hantar
- Sila tunggu notifikasi daripada pihak Big Pay untuk status penghantaran dan kemasukan kredit.
Nota : Pembayaran sebanyak RM 150 mungkin akan mengambil masa beberapa hari sebelum dikreditkan ke akaun anda.
Setakat ini pihak BigPay belum mengumumkan apa-apa mengenai pembayaran ePemula.
Semoga perkongsian ini bermanfaat dan memudahkan urusan anda dalam urusan penebusan kredit ePemula.
Maklumat Lanjut
Untuk keterangan lanjut, sila semak senarai Soalan Lazim mengenai ePemula Bigpay di pautan berikut :
https://www.bigpayme.com/post/epemula-faq-en .
Pengguna juga boleh ajukan pertanyaan melalui emel ke alamat [email protected]