Berita baik buat anak jati negeri Sabah kerana permohonan untuk Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah telah dibuka!
Biasiswa ini dibuka bagi calon yang ingin melanjutkan pengajian di peringkat Diploma dan Ijazah Sarjan Muda di Institusi Pengajian Tinggi dalam pelbagai bidang.
Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang biasiswa ini dan butiran lanjut permohonan.
Apakah Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah (BKNS) 2022 ?
Kerajaan Negeri Sabah mempelawa permohonan Biasiswa untuk mengikuti pengajian di peringkat Diploma, Sarjana Muda dan Sarjana. Syarat utama permohonan ialah pemohon dan ibu
bapa hendaklah warganegara Malaysia yang bermastautin di Sabah; sama ada kedua-dua ibu bapa berasal dari Sabah, atau salah seorang daripada ibu bapa berasal dari Sabah.
Tempoh Permohonan
Permohonan bagi Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah bagi tahun 2022 ini dibuka mulai 21 Jun 2022.
Tarikh tutup permohonan adalah pada 2 Julai 2022 dan permohonan selepas tarikh tersebut TIDAK akan dipertimbangkan.
Bidang & Peringkat Pengajian Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah (BKNS) 2022
Biasiswa ini hanya ditawarkan bagi pelajar yang menyambung pengajian dalam bidang-bidang tertentu sahaja bagi menampung kekurang sumber tenaga kerja dalam bidang-bidang yang dianggap kritikal.
1. Diploma di Institusi Pengajian Tinggi (IPT)
- Aktuari Sains
- Perikanan
- Juru Ukur
- Pertanian
- Kejuruteraan
- Sains Tulen
- Kesihatan dan Perusahaan Ternak
- Seni Bina (Architecture)
- Maritim
- Teknologi Maklumat
- Pengurusan Hartanah
- Ukur Bahan
- Perakaunan
2. Ijazah Sarjana Muda di Institusi Pengajian Tinggi (IPT)
- Aktuari Sains
- Pengurusan Hartanah
- Ekonomi
- Perakaunan
- Farmasi
- Pergigian
- Kejuruteraan
- Perhutanan
- Kesihatan dan Perusahaan Ternak
- Perikanan
- Keusahawanan
- Pertanian
- Juru Ukur
- Perubatan
- Perindustrian
- Perubatan Veterinar
- Pelancongan dan Hospitaliti
- Sains Alam Sekitar
- Pendidikan
- Matematik
- Sains Komputer
- Pengajian Islam
- Seni Bina (Architecture)
- Bahasa Inggeris
- Seni Kreatif
- Bahasa Cina
- Ukur Bahan
- Pengajian Islam
- Undang-Undang
- Pengurusan Ladang
- Perlombongan & Geologi
- Renewable Energy
- Oil & Gas
3. Ijazah Sarjana di Institusi Pengajian Tinggi (IPT)
Bidang pengajian bagi memenuhi keperluan tenaga manusia di Sabah.
4. Pengajian ke Luar Negara
Penajaan terhad kepada pelajar yang telah mendapat tawaran daripada senarai 500 universiti terkemuka di dunia.
Syarat Kelayakan
Hanya calon-calon yang memenuhi syarat kelayakan berikut yang akan dipertimbangkan untuk biasiswa ini:
- Pemohon dan ibu bapa hendaklah warganegara Malaysia yang bermastautin di Sabah; sama ada kedua-dua ibu bapa berasal dari Sabah, atau salah seorang daripada ibu bapa berasal dari Sabah.
- Melepasi syarat-syarat akademik bagi setiap peringkat dan bidanng pengajian seperti yang dipaparkan dalam Iklan BKNS Tahun 2022 di pautan https://biasiswa.sabah.gov.my/iklan-bkns-2022.pdf
Cara Permohonan Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah (BKNS) 2022
Permohonan boleh dilakukan secara dalam talian melalui laman web https://biasiswa.sabah.gov.my/
Maklumat Lanjut & Pertanyaan
Sekiranya anda memerlukan sebarang maklumat tambahan atau mempunyai sebarang persoalan, boleh berhubung dengan:
Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah
Bahagian Biasiswa Negeri
Aras 3, Blok A, Menara Kinabalu
Jalan Sulaman,
Teeluk Likas
88400 Kota Kinabalu
Tel: 088-368600, 088 -368676
Emel: bkns. [email protected]
Rujuk: >>> IKLAN TAWARAN BIASISWA KERAJAAN NEGERI SABAH TAHUN 2022 <<<
Baca juga: