ISMP 2024: Permohonan Biasiswa Perguruan Persekutuan

TERKINI: Biasiswa Perguruan Persekutuan Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) 2024 Online

Tawaran Biasiswa Perguruan Persekutuan Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) Ambilan Tahun 2024 bagi pelajar-pelajar yang sedang mengikuti pengajian pendidikan di tahun pertama atau tahun kedua di Universiti Awam dalam bidang yang telah ditetapkan.

Permohonan ini akan dibuka secara dalam talian (online) mulai 21 Mac 2024 (Khamis), pukul 5:00 petang sehingga 25 April 2024 (Khamis), pukul 5:00 petang.

Apakah Biasiswa Perguruan Persekutuan Program ISMP?

Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) bertujuan untuk menyediakan pegawai-pegawai yang berkebolehan dan berkelayakan untuk dilantik sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) berdasarkan unjuran keperluan bidang KPM.

Bagi yang melanjutkan pengajian Ijazah Pertama dalam bidang pendidikan, pelajar boleh memohon tajaan Biasiswa Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) untuk ditindikkan dengan kerjaya keguruan di KPM selepas tamat belajar kelak.

semakan ismp

Syarat Asas Permohonan Biasiswa ISMP 2024

  1. Calon mestilah Warganegara Malaysia;
  2. Umur calon tidak melebihi 25 tahun
  3. Calon memiliki Sijil Penuh bagi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk melayakkan lantikan ke perkhidmatan awam termasuk kepujian dalam Bahasa Melayu dan Ujian Lisan pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh
    Kerajaan;
  4. Calon sedang mengikuti pengajian tahun pertama atau tahun kedua di peringkat Ijazah Sarjana Muda Pendidikan seperti bidang di bawah dan perlu mendapat sekurang-kurangnya PNGK 3.50 dan ke atas bagi keputusan semester terkini untuk
    memohon
  5. Peluang terbuka kepada semua pelajar Ijazah Sarjana Muda Pendidikan yang berkelayakan
  6. Dibuka kepada pelajar Universiti Awam sahaja

Sila rujuk info penuh melalui pautan https://epenawaran.moe.gov.my/ijazah1/login.cfm

Bidang-bidang Yang Layak Memohon

Bidang-bidang yang layak memohon adalah seperti dalam rajah di bawah:

  • Bahasa Melayu
  • Bahasa Inggeris
  • Bahasa Cina
  • Bahasa Tamil
  • Pendidikan Islam
  • Pendidikan Moral
  • Pendidikan Jasmani dan Kesihatan
  • Pendidikan Seni Visual
  • Pendidikan Khas

Tarikh Permohonan Biasiswa ISMP 2024

Permohonan ini akan dibuka secara dalam talian (online) mulai 21 Mac 2024 (Khamis), pukul 5:00 petang sehingga 25 April 2024 (Khamis), pukul 5:00 petang.

Baca juga: SPLKPM Login: Panduan Mengisi Pembelajaran Kendiri (SPLG)

Cara Permohonan

Untuk membuat permohonan biasiswa ISMP 2024, sila ikuti langkag berikut:

  1. Permohonan boleh dibuat secara dalam talian (online) melalui pautan https://epenawaran.moe.gov.my/ijazah1/login.cfm.
  2. Pemohon perlu mendaftarkan Nombor Kad Pengenalan dan Kata Laluan pada tab PERMOHONAN BARU. Kata laluan yang digunakan hendaklah 8 – 12 aksara dan mematuhi syarat kata laluan yang telah ditetapkan.
  3. Sila pastikan maklumat dikunci masuk dengan tepat. Maklumat ini tidak boleh dipinda selepas pendaftaran.
  4. Tekan MASUK untuk melengkapkan permohonan.
  5. Pemohon adalah diingatkan untuk membaca dan memahami panduan permohonan dengan teliti serta memasukkan maklumat yang tepat dan sahih.
  6. Kesilapan mengisi maklumat permohonan dalam talian termasuk kesilapan mengisi No. Kad Pengenalan akan mengakibatkan permohonan ditolak.
  7. Pemohon dinasihatkan untuk mengemukakan permohonan awal dan mencuba membuat capaian permohonan online ini pada waktu yang lain jika percubaan pertama gagal atau tidak berjaya pada ketika itu. Ini adalah kerana terdapat kemungkinan berlaku kesesakan laluan capaian pada laman web tersebut.
  8. Permohonan melalui Sistem ePenawaran adalah rasmi dan sah. Justeru, borang permohonan dan salinan sijil / dokumen TIDAK perlu dihantar secara hardcopy kepada Bahagian Biasiswa dan Pembiayaan (BBP), KPM untuk sebarang tindakan lain.
  9. Dokumen ASAL perlu dibawa semasa temu duga sekiranya
    terpilih.
  10. Permohonan yang tidak mematuhi syarat / tidak lengkap / tidak mengisi permohonan secara dalam talian akan ditolak.
  11. Pemohon dibenarkan untuk mengemaskini permohonan sebanyak tiga (3) kali dan menghantar SATU permohonan sepanjang tempoh tawaran dibuka.
  12. Pemohon WAJIB memuat turun dan menyimpan / mencetak Slip Pengesahan Penghantaran Permohonan sebagai bukti permohonan dan rujukan pada masa akan datang.

Baca juga : MySejahtera Dikemaskini Dengan Fungsi ‘Sah’ (Blue Tick Verified)

Semakan Keputusan UKCG

INFO KPM: Keputusan Ujian Kelayakan Calon Guru secara dalam talian (eUKCG) bagi Biasiswa Perguruan Persekutuan Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) Ambilan Tahun 2024 boleh disemak melalui pautan https://ukcg.moe.gov.my/ismp/ pada tarikh yang akan dimaklumkan kelak.

Maklumat Lanjut

Kepada calon-calon yang telah menduduki peperiksaan. Sekiranya pemohon mempunyai sebarang kemusykilan atau pertanyaan mengenai hebahan tawaran ini, sila hubungi pegawai-pegawai seperti yang berikut untuk maklumat lanjut:

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!