Beras wangi merupakan sejenis beras yang berasal dari Thailand. Beras ini dinamakan sebegitu kerana ia memiliki aroma ‘pandan’ asli dan semula jadi yang harum. Beras jenis ini sangat sesuat untuk menu-menu di Malaysia.
Bagi anda yang ingin mengetahui lebih lagi tentang beras ini, pastikan anda terus membaca artikel ini sehingga ke penghujung artikel.
Beras Wangi
Beras wangi merupakan beras yang menjadi kebanggaan negara Thailand. Beras yang dikenali juga sebagai Nasi Melati atau Beras Hom Mali, ini merupakan sejenis beras yang mempunyai aroma yang harum.
Apabila dimasak beras ini akan menghasilkan aroma ‘pandan’ asli dan semulajadi yang dapat meningkatkan selera si pemakan. Teksturnya yang lembut dan sedikit melekit juga menjadikannya antara pilihan masyarakat di Malaysia, terutama di negeri Kelantan.
Antara menu atau hidangan yang selalunya sesuai menggunakan beras dari negara jiran ini ialah:
- Nasi Lemak
- Nasi Tomato
- Nasi Ayam
Harga Beras
Seperti harga beras lain, harga beras wangi juga ada turun naiknya dan bergantung pada permintaan dan faktor-faktor lain, seperti jenama, gred, jenis dan sebagainya.
Perbezaan penjual juga mungkin memberi kesan kepada harga beras. Walaupun berat dan jenama beras adalah sama, terdapat kemungkinan besar harga beras di pasar raya besar dan peruncit berlainan.
Bagi memudahkan anda yang berminat untuk membeli beras ini, anda boleh melakukan semakan dan perbandingan harga terkini beras mengikut berat yang anda ingin di laman BigGoMY
Khasiat dan Kelebihan Beras
Beras wangi ini mempunyai kelebihannya yang tersendiri, yang seterusnya menyebabkan ia menjadi salah satu beras pilihan masyarakat di Malaysia. Antara keistimewaan tersebut ialah:
- Aroma yang wangi.
- Nasi yang terhasil adalah lembut dan gebu.
- Beras yang panjang-panjang
- Bebas gluten dan bebas kolesterol
- Mempunyai nutrisi seperti:
- Vitamin B1
- Vitamin B2
- Arsenik
- Zat Besi
- Natrium
- Kalium
- Fosfor
Cara Masak/Resipi Beras Wangi
Beras wangi ini sangat mudah untuk masak. Nisbah air dan beras adalah sama seperti beras biasa iaitu 1 cawan air untuk 1 cawan beras (1:1). Cuma untuk bagi rasa lemak nasi itu menaik, anda boleh tambah sedikit garam. Untuk cara memasak yang lebih terperinci anda boleh dilihat dibawah:
- Masukkan 1 cawan beras ke dalam periuk nasi kemudian bilas.
- Tambah 1 cawan air untuk 1 cawan beras.
- Tambah sedikit garam.
- Masukkan ke dalam periuk nasi dan hidupkan suis.
*NOTA: Setelah selesai masak, gemburkan nasi secara perlahan-lahan agar nasi tidak patah. Setelah itu boleh dihidangkan untuk makan bersama.
Baca juga: Beras Siam – Harga, Khasiat & Resipi Menarik