Nasi merupakan makanan ruji rakyat Malaysia. Tidak kira pagi, tengahari atau pun malam, hidangan yang menggunakan beras akan sentiasa dapat kita temui di negara ini. Jadi, tidak hairanlah jika kita juga mempunyai beras tempatan kita sendiri.
Untuk mengetahui lebih lagi tentang beras putih yang dihasilkan di Malaysia ini, pastikan anda terus bersama kami sehingga ke penghujung artikel ini. Akan kami terangkan serba sedikit berkenaan beras ini.
Beras Tempatan
Seperti yang dinyatakan di bahagian sebelum ini, nasi merupakan makanan ruji rakyat Malaysia, tidak kira sama ada mereka berbangsa Melayu, Cina, atau India. Oleh hal itu, tidak hairanlah jika negara kita juga menghasilkan beras bagi memenuhi keperluan rakyat.
Beras putih yang dihasilkan di Malaysia ini bewarna putih dan sederhana panjangnya, iaitu sekitar 7mm dengan lebar 3mm. Beras putih ini tidak mempunyai sebarang bau dan lebih padat setelah dimasak. Ia juga tidak terlalu keras dan tidak terlalu lembik.
Beras putih tempatan ini mempunyai rasa lemak manis dan sangat sesuai digunakan dalam pelbagai hidangan di Malaysia. Antara hidangan yang boleh menggunakan beras jenis ini ialah:
- Nasi Lemak
- Nasi Ayam
- Nasi Goreng
- Bubur
- Ketupat
- Nasi Padang
Khasiat & Keistimewaan Beras
Beras putih ini selalunya dikatakan tidak mempunyai khasiat yang banyak disebabkan proses penghasilannya yang membuang lapisan luar beras. Namun begitu, tahukah anda, masih terdapat nutrien yang terdapat pada beras putih ini. Antaranya ialah:
- Karbohidrat
- Kalsium
- Folat
- Protein
- Serat
- Vitamin B
- Vitamin E
- Magnesium
- Zat besi
Beras putih tempatan yang dihasilkan ini juga adalah baik untuk kesihatan tulang dan otat. Kandungan magnesium dalam beras yang dihasilkan, amat baik untuk kita amalkan bagi menjaga kesihatan tulang.
Beras jenis ini juga selamat untuk diamalkan oleh pesakit seliak (Celiace Disease). Penyakit autoimun ini menyebabkan pesakit tidak boleh memakan makanan yang mempunyai gluten. Jadi beras putih ini sangat sesuai buat mereka, kerana ia tidak mengandungi gluten.
Namun begitu, walaupun beras putih ini mempunyai khasiat dan kelebihan yang dinyatakan, sebagai pengguna, kita masih harus mengamalkan gaya hidup yang sihat. Pengambilan nasi dalam kuantiti yang sederhana amat digalakkan.
Akta Kawalan Harga Beras
Beras merupakan barangan kawalan di bawah Akta Kawalan Padi dan Beras [Akta 522]. Pengilang, pemborong dan peruncit yang didapati melanggar peraturan akan dikenakan Tindakan tegas di bawah Akta 522 iaitu:
- Menyorok beras dengan tujuan mewujudkan kekurangan bekalan
- Menyimpan beras melebihi had yang dibenarkan
- Menyimpan beras di dalam stor/ Gudang yang bukan dilesenkan
- Memindahkan padi/ beras tanpa permit pindahan antara negeri (Semenanjung Malaysia)
- Menjual beras secara borong atau runcit tanpa lesen
- Menjual beras melebihi harga kawalan
- Meletakkan syarat jualan membeli beras
Disebabkan wujudnya akta ini, peniaga tidak boleh sewenang-wenangnya menaikkan harga beras.
Untuk mengetahui harga beras tempatan mengikut harga maksimum beras jualan secara borong dan runcit yang telah ditetapkan oleh kerajaan, anda boleh lihat dalam jadual di bawah:
Harga Beras
Walaupun mempunyai akta kawalan harga, penjual masih boleh menjual beras putih Malaysia ini dengan harga yang mereka kehendaki. Namun mereka masih perlu mengikut kadar maksimum yang telah ditetapkan.
Harga beras yang dijual oleh peruncit dan pembekal ini akan ada turun naiknya dan bergantung pada permintaan dan faktor-faktor lain, seperti jenama, jenis dan sebagainya.
Perbezaan penjual juga mungkin memberi kesan kepada harga beras. Walaupun berat dan jenama beras adalah sama, terdapat kemungkinan besar harga beras di pasar raya besar dan peruncit berlainan.
Bagi memudahkan anda yang berminat untuk membeli beras ini, anda boleh melakukan semakan dan perbandingan harga terkini beras mengikut berat yang anda ingin di laman BigGoMY
Jenama Beras Tempatan Terbaik
Banyak jenama beras tempatan yang dihasilkan di Malaysia ini, namun begitu terdapat beberapa yang diiktiraf sebagai beras terbaik buatan Malaysia. Berikut adalah 7 jenama beras terbaik tersebut:
- Beras Jasmine Istimewa Tempatan
- Beras Cap Rambutan Istimewa Tempatan
- Beras Cap Ketupat Istimewa 5% Tempatan
- Beras Sri Chengkih Tempatan Super
- Beras Faiza Emas Istimewa Tempatan 5%
- Beras Nagasari Tempatan Super Istimewa
- Beras Jati Padi Istimewa Tempatan
Baca juga: Beras Siam – Harga, Khasiat & Resipi Menarik
Resepi Ringkas / Cara Masak Nasi
Bagi anda yang baru sahaja mula belajar memasak, cara atau kaedah memasak nasi menggunakan beras putih adalah paling mudah berbanding beras-beras lain. Anda boleh ikuti langkah di bawah untuk mengetahui lebih lagi:
- Masukkan 1 cawan beras tempatan ke dalam periuk nasi.
- Basuh beras sehingga bersih.
- Setelah itu, masukkan 1 cawan air.
- Letakkan di atas api atau masak menggunakan rice cooker seperti biasa.
Tips: Pastikan anda menggunakan saiz cawan yang sama bagi mengukur air dan beras. Pastikan juga anda menggemburkan nasi selepas masak agar nasi bederai elok dan sedap dimakan walaupun ketika sejuk.