Beras perang atau lebih dikenali dengan nama inggerisnya “Brown rice” merupakan beras yang tidak dikisar atau hanya separuh dikisar. Ia merupakan sejenis biji-bijian semula jadi yang lengkap.
Beras jenis ini sangat sesuai bagi individu yang ingin mengamalkan gaya hidup lebih sihat kerana khasiat yang diperoleh dalam beras ini adalah lebih baik dari beras putih. Untuk mengetahui lebih lagi tentang beras ini, teruskan membaca artikel ini.
Beras Perang
Beras perang atau Brown rice merupakan beras bijiran penuh yang telah dibuang kulit luarnya sahaja (sekam). Hal ini bermaksud, beras jenis ini masih penuh dengan khasiat lengkap lapisan beras (germa, endosperma dan bran).
Disebabkan proses penghasilan beras ini adalah minimal, tekstur beras yang terhasil adalah lebih kenyal dan masa memasak juga lebih panjang. Rasa beras juga sedikit berkacang (nutty) dan nasi lebih mudah tengik atau basi berbanding beras putih.
Beras perang ing mengandungi jumlah karbohidrat yang sama dengan beras putih. Namun begitu, apa yang membezakannya dengan beras biasa ialah kandungan serat dan proteinnya yang lebih tinggi.
Kedua-dua nutrien ini sangat membantu untuk membuatkan anda bertenaga dan rasa kenyang dengan lebih lama. Jadi ia membantu dalam menghadkan pengambilan nasi secara berlebihan.
Harga Beras
Seperti harga beras lain, harga beras perang juga ada turun naiknya dan bergantung pada permintaan dan faktor-faktor lain, seperti jenama, gred, jenis dan sebagainya.
Perbezaan penjual juga mungkin memberi kesan kepada harga beras. Walaupun berat dan jenama beras adalah sama, terdapat kemungkinan besar harga beras di pasar raya besar dan peruncit berlainan.
Bagi memudahkan anda yang berminat untuk membeli beras ini, anda boleh melakukan semakan dan perbandingan harga terkini beras mengikut berat yang anda ingin di laman BigGoMY
Khasiat & Keistimewaan Beras
Beras perang ini jika dibandingkan dengan beras biasa, ia mempunyai kandungan serat dan mineral yang lebih tinggi. Perkara ini akan dapat membantu anda, merasa kenyang lebih lama.
Indek glisemik beras jenis ini juga adalah lebih rendah berbanding beras biasa iaitu kurang daripada 55 bagi satu sajian (200 kalori). Hal ini bermaksud beras ini sangat sesuai digunakan oleh individu yang menghidapi masalah kencing manis.
Selain itu, beras perang ini juga merupakan beras yang mempunyai kadar kalori yang lebih rendah berbanding beras biasa. Ia juga penuh dengan nutrisi-nutrisi lain seperti:
- Selenium
- Meningkatkan sistem imun
- Mempunyai fungsi antioksidan (Membantu mencegah kanser)
- Magnesium
- Membekalkan tenaga
- Menyokong fungsi otot serta saraf
- Mangan
- Meningkatkan kekuatan tulang.
Cara Masak/Resipi Beras Perang
Berbeza dengan cara masak beras putih, beras perang perlu direndam sebelum anda memasaknya seperti biasa. Berikut merupakan langkah memasak beras jenis ini yang boleh anda ikuti:
- Sediakan satu pot beras dan cuci sehingga bersih
- Rendam beras sekurang-kurangnya 30 minit (Lebih lama, lebih sedap)
- Masukkan beras ke dalam periuk dengan nisbah 1 pot beras bersamaan 1.5 hingga 2 pot air (1:1.5-2).
- Masukkan periuk ke dalam rice cooker atau masak atas api seperti biasa.
Baca juga: Beras Sumo – Harga dan Khasiat Beras Buat Si Pengguna