Permohonan Skim Bantuan Am Persekolahan Baitulmal MAIWP 2022

bantuan am persekolahan maiwp
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Permohonan Skim Bantuan Am Persekolahan Baitulmal 2021 MAIWP akan mula dibuka pada 21 Februari 2022 bagi permohonan sekolah luar wilayah.

Permohonan untuk WARGANEGARA MALAYSIA dan tertakluk kepada syarat permohonan yang ditetapkan oleh MAIWP.

Berikut dikongsikan syarat kelayakan dan cara permohonan.

Apakah Skim Bantuan Am Persekolahan Baitulmal 2022 MAIWP?

Skim ini diperkenalkan oleh Majlis Agama Islam Wilayah persekutuan dengan tujuan membantu anak-anak asnaf bagi peringkat sekolah rendah dan menengah untuk membayar yuran dan keperluan pembelajaran.

Baca juga: ePTRS: Daftar & Login PTRS (Program Tuisyen Rakyat Selangor)

Syarat Umum

  • Beragama Islam
  • Warganegara Malaysia
  • Bermastautin di Wilayah Persekutuan tidak kurang dari (1) satu tahun dan masih menetap di Wilayah Persekutuan
  • Tertakluk kepada pengiraan Had al-Kifayah (Kira kelayakan Had al-Kifayah)

Dokumen Yang Diperlukan

  1. Borang permohonan – [Muat turun borang disini]
  2. Satu keping gambar pemohon berwarna berukuran passport (menutup aurat bagi perempuan)
  3. Satu salinan kad pengenalan:
    • Pemohon
    • Suami
    • Isteri
    • Anak-anak (tidak termasuk yang telah berkahwin / bekerja). Bagi anak angkat perlu disertakan bersama dengan surat pengangkatan Jabatan Pendaftaran Negara atau disertakan bersama akuan sumpah penjagaan. [ Contoh Surat Akuan Sumpah Penjagaan ]
  4. Satu salinan penyata gaji / pencen / PERKESO . Bagi yang tiada slip gaji, perlu mengemukakan surat akuan sumpah pendapatan terkini suami dan isteri yang dikeluarkan oleh Pesuruhajaya Sumpah. [ Contoh Surat Akuan Sumpah Pendapatan ]
    • *Bagi di Labuan, pemohon yang tiada slip gaji perlu mendapatkan surat pengesahan pendapatan suami dan isteri yang disahkan oleh ketua kampung
  5. Satu salinan muka depan buku Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) tanpa kad / akaun bersama pelajar sekolah rendah / buku akaun persendirian bagi pelajar sekolah menengah.
  6. Satu salinan bil utiliti/ cukai pintu rumah yang didiami

Lain-Lain Dokumen (Sekiranya Berkaitan Dengan Permohonan)

Keluarga bercerai.:Satu salinan surat perakuan cerai / prosiding mahkamah terkini / pengesahan masalah keluarga dari Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga (BPPK) terkini.
Ahli keluarga telah meninggal dunia.:Satu salinan sijil kematian ibu / bapa / suami / isteri.
Saudara baru.:Satu salinan kad memeluk Islam.
Orang Kelainan Upaya.:Salinan kad orang kelainan upaya (OKU).
Pengidap sakit kronik.:Surat pengesahan sakit kronik dari hospital kerajaan sahaja.
Sedang mengikuti pengajian di IPT.:Satu salinan pengesahan pengajian / kad pelajar / surat tawaran belajar.
Keluarga bermasalah.:Satu salinan laporan polis/ surat penjara.
Muflis.:Satu salinan surat pengesahan bankrupsi dari Syarikat Insolvensi.

Baca juga: Permohonan Bantuan Am Pelajaran IPT / Bantuan Persediaan IPT MAIWP

Cara Permohonan

Borang permohonan yang telah siap diisi dan disertakan dengan dokumen yang diperlukan, boleh dihantar dengan hadir sendiri ke kaunter –kaunter Baitulmal MAIWP 

Klik di sini untuk melihat senarai kaunter.

Maklumat Lanjut Tentang Bantuan Persekolahan Baitulmal MAIWP

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi MAIWP melalui saluran berikut:

Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan,
Aras G,1,20,22,
Bangunan PERKIM No. 150,
Jalan Ipoh, 51200
Kuala Lumpur

Telefon: 03- 4047 9444 / Faks: 03- 4044 9444

Facebook: Baitulmal MAIWP

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut