Advertisements

Bantuan Permulaan Ke IPT Zakat Pulau Pinang 2021 / 2022

Advertisements

Untuk informasi semua, Bantuan Permulaan Ke IPT Zakat Pulau Pinang, MAINPP dibuka sepanjang tahun untuk permohonan bagi kemasukan dalam & luar negara.

Jumlah bantuan yang diberikan adalah mengikut peringkat pengajian seperti berikut:

  1. Sijil / Matrikulasi: RM600
  2. Diploma : RM800
  3. Ijazah : RM1,000
  4. IPT Luar Negara RM2000

Bagi yang belum membuat memohon, sila rujuk maklumat berikut untuk mengetahui syarat-syarat dan langkah membuat permohonan.

bantuan ipt pulau pinang

i) Bantuan Permulaan IPT Zakat Pulau Pinang (Dalam Negeri)

Objektif :

Membantu meringankan bebanan pelajar-pelajar untuk menampung perbelanjaan awal kemasukkan ke Institusi Pengajian Tinggi (IPTA/ IPTS) dalam Negara .

Syarat- syarat :

  1. Memenuhi syarat-syarat umum bantuan zakat.

2. Pemohon  mestilah pemastautin Negeri Pulau Pinang.

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

3. Permohonan hendaklah dalam tempoh enam bulan dari tarikh surat tawaran

4. Pemohon hendaklah belum menerima tajaan dari mana-mana pihak.

5. Permohonan mestilah untuk pengajian sepenuh masa sahaja.

6. Anak pemohon telah mendapat tawaran untuk belajar diperingkat sijil atau diploma atau ijazah pertama sahaja dan untuk kali pertama sahaja.

7. Tempoh pengajian mestilah tidak kurang daripada setahun. Bagi kes-kes pendaftaran lewat, perlu dikemukakan bersama surat pengesahan IPT yang berkenaan.

Cara – cara memohon :

1. Permohonan hendaklah melalui borang secara atas talian di pautan zakatpenang2u.com.

2. Borang permohonan hendaklah diisi atas nama Ketua Keluarga.

3. Pemohon mestilah mengemukakan bukti-bukti kemasukan ke IPTA/ IPTS seperti surat tawaran

4. Permohonan akan dipertimbangkan sekali sahaja untuk pelajar (anak) yang sama dalam tempoh setahun (tidak melebihi satu IPTA/ IPTS dalam masa setahun mengikut sessi kemasukkan).

5. Bagi semua permohonan IPT ZAKAT PULAU PINANG memutuskan merujuk kepada status pelajar tersebut sebagai Fakir/ Miskin, tidak pada waris.

ii) Bantuan Permulaan IPT (Luar Negara)

Objektif :

Membantu meringankan bebanan pelajar-pelajar untuk menampung perbelanjaan awal kemasukkan ke Institusi Pengajian Tinggi Luar Negara.

Syarat- syarat :

1. Memenuhi syarat-syarat umum bantuan zakat.

2. Pemohon  mestilah pemastautin Negeri Pulau Pinang.

3. Permohonan untuk tawaran tahun semasa sahaja dan dibuat dalam tempoh enam bulan dari tarikh surat tawaran diterima. Bagi kes-kes pendaftaran lewat, perlu dikemukakan bersama surat pengesahan IPT yang berkenaan.

4. Bagi kes pelajar yang bukan di bawah STAM negeri, ZAKAT PULAU PINANG akan merujuk terus kepada passport pelajar. Hanya lampiran bahagian yang tertera maklumat peribadi pelajar yang diperlukan untuk passport semasa dan bagi passport lama, pelajar perlu mengemukakan salinan muka surat terakhir yang telah dicop.

5. Permohonan hanya akan dipertimbangkan untuk kursus-kursus yang boleh memberi manfaat kepada agama dan masyarakat

6. Tempoh kursus hendaklah sekurang-kurangnya setahun.

Cara – cara memohon :

1. Permohonan hendaklah melalui borang secara atas talian di pautan zakatpenang2u.com.

2. Borang permohonan hendaklah diisi atas nama Ketua Keluarga.

3. Pemohon mestilah mengemukakan bukti-bukti perjalanan seperti surat tawaran belajar, salinan visa, passport, tiket kapal terbang dan sebagainya.

4. Permohonan akan dipertimbangkan sekali sahaja bagi setiap pelajar

5. Bagi kursus-kursus persediaan yang beriringan dengan kursus sebenar, ZAKAT PULAU PINANG boleh mempertimbangkannya.

Nota : Kursus Iringan – contoh kursus bahasa lain, kursus persediaan ke luar negara, TOEFL dan lain-lain.

Syarat Umum Bantuan Zakat Pulau Pinang

KRITERIA PERMOHONAN ZAKAT

Syarat-syarat umum bantuan

  1. Beragama Islam.
  2. Warganegara Malaysia.
  3. Bermastautin di Pulau Pinang sekurang-kurangnya 3 bulan.
  4. Pendapatan keluarga tidak mencukupi Had Al Kifayah.
  5. Tidak menerima bantuan dari mana-mana pihak atau telah menerima bantuan tetapi masih belum mencukupi.

 Nota: 

Had Al Kifayah : Kadar asas keperluan diri dan tanggungan yang minimum yang menentukan tahap kelayakkan penerima zakat dengan mengambil kira perbezaan tempat, masa, keperluan dan keadaan sosio-ekonomi

Baca juga: Senarai Program Biasiswa & Bantuan Kewangan Di Bawah KPT (2021)

Maklumat Lanjut

Layari zakatpenang2u.com untuk pemohonan atau rujuk https://www.zakatpenang.com/zpp/index.php/agihan/kriteria-permohonan-zakat/syarat-bantuan-permulaan-ke-ipt-dalam-negeri untuk maklumat lanjut.

Telefon: 04-549 8165 / 8168 / 8178

Semoga bakal mahasiswa dan mahasiswi dapat menuntut ilmu dalam suasana tenang serta selesa.

Leave a Comment