Bantuan Khas Kewangan Penjawat Awam 2025 & Pesara

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Bantuan Khas Kewangan (Bonus Penjawat Awam & Pesara 2025)

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengumumkan bahawa kerajaan bersetuju memberikan Bantuan Khas Kewangan kepada penjawat awam gred 56 ke bawah sebanyak RM500 dan pesara kerajaan sebanyak RM250.

“Bulan Disember 2024 ada kenaikan, bulan Januari ada kenaikan, bulan Februari 2025 ada bonus. Alhamdulillah.”

Demikian reaksi beliau ketika membentangkan peruntukan untuk kelompok penjawat awam menerusi Belanjawan 2025.

Anwar turut mengingatkan kakitangan awam untuk terus memberikan komitmen terbaik selaras dengan ‘ganjaran’ yang diberikan.

Sementara itu bagi terus memelihara kesejahteraan penjawat awam, kerajaan mengumumkan beberapa peruntukan termasuk menyediakan lebih RM1.8 bilion bagi membina, menyelenggara dan membaik pulih semua kuarters penjawat awam.

Perdana Menteri, berkata ia membabitkan kuarters termasuk guru, doktor, anggota polis, bomba, penjara dan Rumah Keluarga Angkatan Tentera.

“Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA) akan memperkenalkan Skim Pembiayaan PerumahanMuda untuk penjawat awam muda memohon pembiayaan perumahan sehingga 40 tahun,” katanya.

Kerajaan akan meluaskan dan memudahkan Skim Ex-Gratia bencana kerja bagi memperkasa perlindungan sosial kepada semua penjawat awam di negara ini.

Anwar berkata bayaran faedah Ex-Gratia Operasi sehingga RM50,000 akan diberikan bagi bencana kerja mulai tahun ini kepada anggota pasukan keselamatan dan penguatkuasaanyang hilang upaya kekal semasa dalam operasi.

Selain itu, katanya bayaran faedah Ex-Gratia Pukal sebanyak RM20,000 turut diberikan sebagai tambahan kepada waris bagi kes kematian bencana kerja mulai tahun ini.

“Kadar Elaun Layanan Sentiasa dinaikkan kepada RM1,500 ketimbang RM500 mulai 1 Januari 2025 termasuk kepada penerima sedia ada,” katanya.

Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang Bantuan_Khas Kewangan Penjawat Awam dan Pesara 2025 yang diperincikan oleh JPA.

Bantuan Khas Kewangan Penjawat Awam (BKK 2025)

  • YAB Perdana Menteri melalui pembentangan Belanjawan Tahun 2025 telah mengumumkan pemberian Bantuan Khas Kewangan (BKK) Tahun 2025 sebanyak RM500 kepada Pegawai Awam Gred 15 dan ke bawah, dan pegawai/ kakitangan lantikan kontrak;
  • Di samping itu, BKK ini dipanjangkan kepada pesara Kerajaan, veteran berpencen dan veteran tidak berpencen dengan bayaran sebanyak RM250;
  • BKK Tahun 2025 ini akan dibayar pada 25 Februari 2025, dan menjadi tanggungan jabatan di mana pegawai berkhidmat pada tarikh pembayaran tersebut;
  • Pemberian BKK ini akan dikecualikan cukai pendapatan selaras dengan peruntukan di bawah subseksyen 127(3) Akta Cukai Pendapatan 1967
bantuan khas kewangan 2025 penjawat awam pesara

Tarikh Bayaran Bonus Penjawat Awam 2025

Bonus akan Bantuan Khas Penjawat Awam ini akan dibayar pada 25 Februari 2025.

bantuan khas penjawat awam 2025 kewangan bonus
Sumber infografik : Jabatan Penerangan Malaysia

Ini bermaksud, bayaran ini akan disekalikan dengan pemberian gaji penjawat pada bulan tersebut.

bantuan khas kewangan 2025 penjawat awam pesara

TERKINI : Surat Edaran Bantuan Khas Kewangan Penjawat Awam / Pesara Tahun 2025 – JPA

Berikut disertakan 𝗦𝗨𝗥𝗔𝗧 𝗘𝗗𝗔𝗥𝗔𝗡 𝗕𝗔𝗡𝗧𝗨𝗔𝗡 𝗞𝗛𝗔𝗦 𝗞𝗘𝗪𝗔𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗧𝗔𝗛𝗨𝗡 𝟮𝟬𝟮𝟱

bantuan khas penjawat awam 2025 kewangan bonus
bantuan khas penjawat awam 2025 kewangan bonus
bantuan khas penjawat awam 2025 kewangan
bantuan khas penjawat awam 2025 kewangan
Sumber: https://www.jpa.gov.my/

Untuk semakan lanjut, layari https://www.jpa.gov.my/

Kenaikan Gaji SSPA & Pencen

Selain Bantuan Khas ini, Penjawat awam telahpun menikmati Pelarasan Gaji menerusi pelaksanaan SSPA yang akan berkuatkuasa pada 1 Disember 2024.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang kenaikan gaji dan pencen yang bakal dinikmati oleh penjawat awam dan pesara, sila rujuk artikel berikut:

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut