Bantuan Khas IPT Sarawak 2025 : Semakan & Kelayakan

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Belanjawan Sarawak 2025 yang telah dibentangkan oleh Premier Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg telah menyenaraikan beberapa bantuan terutamanya Bantuan Khas IPT Sarawak 2025 yang disediakan khusus kepada pelajar daripada negeri itu.

Bantuan serta inisiatif ini diumumkan khusus bagi membantu pelajar daripada negeri tersebut yang sedang melanjutkan pengajian di IPT terutamanya mereka yang datang daripada keluarga berpendapatan rendah.

Selain itu, inisiatif dan bantuan ini diperkenalkan bagi membantu pelajar anak Sarawak yang sedang belajar di IPT dalam menghadapi kos sara hidup yang semakin meningkat.

Mengenai Belanjawan Sarawak 2025

Belanjawan Negeri Sarawak 2025 yang bertemakan ‘Bersama Membina Masa Depan Sejahtera’ melibatkan perbelanjaan sebanyak RM15.8 bilion.

Belanjawan tersebut yang yang telah dibentangkan oleh Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg merupakan belanjawan yang terbesar dalam sejarah Sarawak.

Menurut beliau, belanjawan tersebut dinilai dengan teliti dan dirumus untuk memastikan Sarawak kekal berdaya tahan, berdaya saing dan boleh menyesuaikan diri di tengah-tengah ketidaktentuan global.

Belanjawan ini juga dirangka dengan lapan teras strategi iaitu:

  • Mentransformasi dan mempelbagaikan ekonomi Sarawak
  • Meletakkan Sarawak sebagai destinasi pelaburan utama dan mempromosikan pembangunan perusahaan kecil dan sederhana (PKS)
  • Memperkukuh bakat dan pembangunan pendidikan
  • Mempercepatkan transformasi digital serta inovasi
  • Meningkatkan kesejahteraan rakyat dan memastikan pembangunan inklusif
  • Mempromosikan kebudayaan, sukan dan memperkasakan belia
  • Meningkatkan kelestarian alam sekitar
  • Memantapkan penyampaian perkhidmatan awam

Sumber : Unit Komunikasi Awam Sarawak

Senarai Bantuan Pelajar IPT Sarawak 2025

Terdapat 4 bantuan utama yang diumumkan melibatkan pelajar yang melanjutkan pengajian di IPT yang diumumkan dalam #BelanjawanSarawak2025 :

  • Bantuan kewangan khas kepada pelajar-pelajar Sarawak yang menuntut di institusi pengajian tinggi (IPT)
  • Pemberian baucar buku
  • Pemberian komputer riba percuma
  • Bantuan kepada graduan Sarawak untuk membayar balik pinjaman PTPTN

*Sumber: https://premierdept.sarawak.gov.my/web/subpage/news_view/9075/UKAS

Mengenai Bantuan Khas Pelajar IPT Sarawak 2025

Premier Sarawak memgumumkan bantuan kewangan khas kepada pelajar-pelajar Sarawak yang menuntut di institusi pengajian tinggi (IPT) di seluruh Malaysia akan diberikan dengan peruntukan sebanyak RM30 juta.

Inisiatif ini akan memberi manfaat kepada 25,000 pelajar Sarawak daripada keluarga berpendapatan rendah, iaitu yang mempunyai pendapatan per kapita isi rumah RM1,500 atau ke bawah setiap bulan.

Pemberian wang ini bertujuan membantu pelajar membiayai keperluan asas seperti makanan dan barangan penting, sekali gus mengurangkan beban kos sara hidup mereka.

Jumlah Elaun Pelajar IPT Sarawak 2025

Pelajar yang layak menerima bantuan ini akan menerima bantuan wang saku berjumlah RM1,200 setahun.

Sumber: UKAS Sarawak

Syarat Kelayakan

Syarat kelayakan yang ditetapkan bagi penerima bantuan ini adalah seperti berikut:

  1. Anak Negeri Sarawak
  2. Sedang melanjutkan pengajian di IPTA atau IPTS
  3. Keluarga pelajar daripada keluarga berpendapatan rendah, iaitu yang mempunyai pendapatan per kapita isi rumah RM1,500 atau ke bawah setiap bulan.

Cara Penyaluran Bantuan

Cara penyaluran bantuan ini akan diumumkan oleh Kerajaan Sarawak dari semasa ke semasa.

Maklumat Lanjut

Maklumat lanjut mengenai Bantuan Khas IPT Sarawak 2025, sila layari laman web Kerajaan Sarawak iaitu https://sarawak.gov.my.

Baca juga:

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut