i-Fitri Perantau 2023 : Permohonan & Syarat Kelayakan

Berita gembira untuk rakyat Terengganu yang berada di perantauan apabila bantuan i-Fitri Perantau 2023 akan mula dibuka permohonannya pada 6 hingga 20 April secara atas talian melalui i-Bantuan.

Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang Bantuan i-Perantau Terengganu yang boleh dimohon oleh anak perantau yang layak.

Apakah Bantuan i-Fitri Perantau?

i-Perantau adalah bantuan khas Kerajaan Negeri Terengganu untuk anak Perantau yang layak sempena Hari Raya Aidilfitri.

i-fitri perantau 2023

Permohonan Bantuan i-Fitri Perantau dibuka bermula 6-20 April 2023.

Jumlah Bantuan i-Fitri Perantau 2023

  • RM300 – Pendapatan Isi Rumah Tidak Melebihi RM2,500

Syarat Kelayakan

SYARAT UTAMA

  1. Rakyat Terengganu dan MENETAP di luar negeri Terengganu (Perantau)
  2. Pemohon adalah pengundi berdaftar di negeri Terengganu (Pemohon: KIR / Pasangan)
  3. Permohonan dibuat secara online melalui sistem iBantuan.

SYARAT KELAYAKAN

  1. Pendapatan bulanan isi rumah TIDAK MELEBIHI RM2500 (termasuk gaji dan semua elaun).
  2. Penjawat awam / lantikan kerajaan yang menerima elaun tetap bulanan adalah TIDAK LAYAK memohon.
  3. Peniaga berlesen adalah TIDAK LAYAK memohon KECUALI pendapatan isi rumah tidak melebihi RM2500 sebulan (disahkan oleh penghulu / pegawai kerajaan berkelayakan di tempat tinggal semasa).
  4. Pemohon yang TIDAK mempunyai SLIP GAJI perlu kemukakan Surat Akuan Pendapatan (disahkan oleh Penghulu Mukim / Pengerusi JPKK / Pegawai kerajaan yang berkelayakan).
  5. Pemohon perlu mencetak borang permohonan sebagai simpanan dan bukti permohonan selesai.
  6. Permohonan boleh DITOLAK sekiranya maklumat tidak benar atau tidak lengkap.

Cara Permohonan i-Fitri Perantau 2023

Permohonan boleh dilakukan secara online melalui laman web https://ibantuan.terengganu.gov.my/

DOKUMEN LAMPIRAN

Pemohon perlu memuatnaik dokumen berikut ke sistem iBantuan:

  • Salinan kad pengenalan / sijil kelahjiran pemohon dan tanggungan
  • Salinan slip gaji / slip pencen terkini / surat akuan pendapatan yang disahkan
  • Salinan surat akuan bermastautin / bil elektrik / bil air

*Muatnaik (upload) dalam bentuk gambar berformat JPG, JPEG, PNG dan GIF.

Maklumat Lanjut

Maklumat permohonan boleh dirujuk pada sistem i-Bantuan Kerajaan Negeri Terengganu dan rujuk HOTLINE berikut:

HOTLINE : 011 – 533 200 15 / 010 – 818 22 31

Laman web permohonan : https://ibantuan.terengganu.gov.my/

Baca juga:

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!