Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) mengalu-alukan permohonan Bantuan Am Kebajikan kepada warga Negeri Sembilan yang memerlukan.
Pemohon yang berkelayakan boleh ikuti perkongsian kami di bawah untuk ketahui cara permohonan serta maklumat lanjut mengenai Bantuan Am Kebajikan MAINS.
Tarikh permohonan Bantuan Am MAINS dibuka bila-bila masa kepada warga Negeri Sembilan.
Baca Juga : Tawaran Bantuan Pengajian Tinggi / Sijil Kemahiran MAINS Untuk Anak Negeri Sembilan
Latarbelakang MAINS
MAINS adalah badan bertanggungjawab bagi pengurusan zakat, wakaf dan kaunseling di Negeri Sembilan.
Syarat Kelayakan Bantuan Am Kebajikan MAINS 2022
Bagi yang berhasrat untuk memohon, anda perlulah menepati syarat-syarat kelayakan seperti berikut :
- Permohonan mestilah dibuat atas nama KETUA KELUARGA.
- Sila isi borang dengan JELAS dan LENGKAP menggunakan HURUF BESAR.
- Permohonan yang tidak jelas/ tidak lengkap/ mengandungi maklumat palsu akan DITOLAK.
- Pemohon mestilah bermastautin di Negeri Sembilan tidak kurang setahun.
- Permohonan mestilah mendapat pengesahan jawatankuasa Masjid atau Pengerusi MPKK tempat tinggal pemohon.
Dokumen Yang Diperlukan
Pemohon juga dikehendaki untuk kemukakan dokumen sokongan yang diperlukan seperti yang disenaraikan berikut :
- Salinan Kad Pengenalan Pemohon
- Salinan Kad Pengenalan suami/ isteri/ penjaga
- Salinan Sijil Kelahiran/ Kad Pengenalan tanggungan pemohon
- Salinan Sijil Nikah/ Surat Cerai/ Sijil Kematian jika ada
- Salinan Bil Air dan Elektrik tempat tinggal pemohon yang TERKINI
- Salinan Slip Gaji / Pengesahan Pendapatan pemohon dan pasangan
- Salinan Buku Akaun/ Penyata Akaun Bank ( milik pemohon )
- Salinan Lesen Berniaga/ Lesen Pendaftaran SSM/ Lesen Nelayan
- Salinan Penyata KWSP
- Penyata Bank Pinjaman Perumahan/ Pengesahan Tuan Rumah
- Sebutharga barang dari kedai (jika berkenaan)
Nota : Semua Salinan mestilah disahkan oleh Imam Masjid/Pengerusi Masjid/Pengerusi MPKK.
Skim Bantuan Zakat Mengikut Asnaf
Fakir & Miskin :
- Bantuan Makanan
- Bantuan Membaiki Rumah
- Bantuan Perubatan dan Peralatan Perubatan
- Bantuan Hemodialisis
- Pembangunan Asnaf & Modal
- Bantuan Hari Raya
- Bantuan Kewangan
- Bantuan Persekolahan & Pendidikan
- Program Motivasi Fakir Miskin
Amil :
- Pengurusan Amil
- Kursus Amil
- Tambang & Elaun Amil
- Urusan Zakat Fitrah
Muallaf :
- Saguhati Kemasukan Islam.
- Program Kefahaman Islam & Kursus
- Bantuan Kebajikan Muallaf
- Membaiki Rumah dan Sewa Rumah
- Bantuan Perkahwinan Muallaf
- Bantuan Modal dan Perniagaan
- Dermasiswa Muallaf
- Pertubuhan Muallaf
Gharimin :
- Bantuan Membayar Hutang Keperluan Asasi (perlindungan, pakaian, makanan, perubatan, pendidikan).
- Bantuan Bencana Alam/Musibah (banjir, rumah terbakar, kerosakan akibat tanah runtuh atau ribut taufan).
Fisabilillah :
- Saguhati Jawatankuasa Masjid
- Pembiayaan Kursus Kefahaman Islam
- Mengurus Jenazah Tanpa Waris
- Bantuan Surau & Masjid
- Derma Perayaan Islam
- Bantuan kepada Pertubuhan Islam
- Bantuan Tahunan Masjid
- Aktiviti Pusat Kaunseling
- Usaha Penterjemahan Kitab
- Tahfiz Al-Quran
- Bantuan kepada Badan Penguatkuasa Agama
Riqab :
- Dermasiswa Pelajaran
- Bantuan Sekolah Agama Rakyat
- Pembudayaan Al-Quran Dan Ilmu
- Bantuan kepada Sek.Men.Agama di Negeri Sembilan
- Bantuan Kebajikan Am IPT
- Bantuan Kebajikan Persekolahan
- Saguhati Pelajar Timur Tengah
- Pembayaran Elaun Penyelia Kafa
- Bantuan Perpustakaan Sek.Agama
- Bantuan Aktiviti Institusi Pendidikan
Ibnu Sabil :
- Bantuan Tambang Musafir
- Bantuan Tambang Pelajar
- Insentif Naik Haji Pegawai Masjid
Cara Memohon Bantuan Am Kebajikan MAINS 2022
Anda boleh kemukakan permohonan dengan mengisi borang di pautan berikut : BORANG PERMOHONAN BANTUAN AM KEBAJIKAN MAINS
Maklumat Lanjut
Untuk sebarang pertanyaan atau keterangan lanjut mengenai Bantuan Am MAINS, sila emel ke [email protected] atau hubungi talian 06-765 1402 / 06-765 1405 / 06-762 0648.