Bagi pelanggan Bank Simpanan Nasional (BSN), ada kalanya anda memerlukan penyata kewangan atau bank statement BSN atau untuk pelbagai tujuan lain antaranya pembelian rumah, kereta dan sebagainya.
Penyata kewangan ini penting bagi membolehkan penjual menilai prestasi kewangan anda sebelum pembelian atau permohonan anda diteruskan.
Jika dahulu penyata kewangan ini boleh dilihat terus pada buku bank anda, kini segalanya lebih mudah.
Cara dapatkan penyata kewangan BSN
- Dapatkan penyata kewangan melalui emel
- Dapatkan penyata kewangan melalui laman MyBSN
- Dapatkan penyata kewangan melalui ATM
Pilihan nombor 1 dan 2 akan memberikan anda penyata kewangan yang lebih terperinci sementara pilihan nombor 3 akan memberikan anda sekadar ringkas penyata kewangan.
Dapatkan penyata kewangan melalui emel
Sekiranya anda mahukan bank statement anda dihantar terus ke alamat emel anda, caranya adalah seperti berikut:
- Buka aplikasi penghantaran SMS di telefon mudah alih anda
- Tapi seperti yang berikut:
- STMT<jarak>No.KP<jarak>alamat emel
- Contoh: STMT 990123051235 [email protected]
- Hantar ke 66300
Kemudian, anda akan menerima penyata kewangan anda yang boleh dimuat turunt dan dicetak.
Dapatkan penyata kewangan melalui laman MyBSN
Untuk memuat turun penyata kewangan dari laman MyBSN, anda perlulah mendaftar terlebih dahulu akaun dengan MyBSN.
Kemudian, ikuti langkah-langkah berikut untuk memuat turun penyata kewangan BSN anda secara percuma:
- Layari laman web MyBSN di pautan https://www.mybsn.com.my/
- Masukkan Username
- Klik butang Login
- Sahkan Security Image
- Masukkan Password
- Klik Account Overview
- Klik E-Statement
- Klik Account Name
- Klik Transaction History
- Klik Print
Dapatkan penyata kewangan melalui ATM
Sekiranya di tempat anda terdapat mesin ATM BSN yang berdekatan, anda boleh ke mesin ATM tersebut untuk mencetak penyata kewangan anda terus daripada mesin ATM tersebut.
Walau bagaimanapun, penyata kewangan yang dicetak adalah sekadar ringkas transaksi keluar masuk anda sahaja.
Sekiranya anda perlukan perincian penyata kewangan anda, maka disarankan untuk dapatkan bank statement anda melalui emel atau dari laman web MyBSN seperti yang dinyatakan dalam poin di atas.
Namun sekiranya anda menghadapi kesukaran mendapatkan bank statement BSN, boleh terus berhubung dengan Pusat Hubungan Pelanggan BSN di talian 1300881900