Bank Muamalat online adalah satu kemudahan oleh Bank Mumalat untuk para pelanggan mereka menguruskan akaun dan kewangan mereka secara dalam talian sahaja.
Bank Muamalat merupakan bank kedua selepas Bank Islam yang memperkenalkan konsep perbankan Islam Malaysia untuk semua pelanggan mereka tidak kira agama dan bangsa.
Bank Muamalat Malaysia Berhad memulakan operasinya pada 1 Oktober 1999 dengan gabungan aset dan liabiliti yang dibawa daripada perbankan Islam Bank Bumiputra Malaysia Berhad, Bank of Commerce (M) Berhad dan BBMB Kewangan ketika itu.
Ketika artikel ini ditulis, DRB-HICOM memegang 70% saham dalam Bank manakala Khazanah Nasional Berhad memegang baki saham.
i-Muamalat: Kemudahan perbankan dalam talian
Bagi pelanggan Bank Muamalat, mereka boleh menguruskan akaun mereka dan melakukan pelbagai trannsaksi kewangan melalui portal atau aplikasi i-Muamalat.
Antara kemudahan perbankan yang disediakan melalui i-Muamalat adalah:
- Pemindahan wang
- Pembayaran bil
- Semakan baki akaun
- Semakan transaksi kewangan
- … dan banyak lagi
Aplikasi i-Muamalat
Bagi kemudahan pengguna i-Muamalat juga, anda boleh memuat turun aplikasi i-Muamalat bagi membolehkan anda menggunakan segala kemudahan i-Muamalat terus dari telefon pintar atau gajet anda.
Aplikasi ini boleh dimuat turun secara percuma melalui salah satu pautan berikut:
- Google Play – Untuk pengguna Android
- App Store – Untuk pengguna iOS
Dengan mengguna aplikasi ini anda boleh melakukan pelbagai perkara antaranya:
- Log Masuk & Pengesahan Keselamatan dengan Cap Jari (pilihan)
- Pengurusan Akaun – CASA, FCA, Pembiayaan dan FTA-i
- Sejarah Transaksi – CASA, FCA
- Pindahan Dana (Intrabank)
- Pindahan Dana (Antara Bank)
- Bayaran Bil & Lain-lain
- Bayaran Pembiayaan
- JomPAY
- Tambah Nilai Prabayar
- Pengurusan Semakan – Siasatan
- Pemberitahuan SMS TAC
- Transaksi Berjaya – Siasatan
- Bank Muamalat Malaysia Berhad Branch Locator
- Waktu Solat dan Arah Kiblat
- DuitNow
- QR DuitNow
- Pajak Gadai Flexi
Cara daftar akaun Bank Mualamalat online
Sekiranya anda sudah mempunyai akaun di Bank Muamalat, anda boleh terus mendaftar akaun di i-Muamalat dengan mengikuti langkah-langkah berikut:
- Layari laman web i-Muamalat di https://www.i-muamalat.com.my/rib/index.do
- Klik pada butang “First Time Registration”
- Tandakan pada kotak Accept pada Terms and Conditions
- Klik Next
- Masukkan nombor kad debit/ATM anda – 16 digit
- Masukkan Pin ATM
- Pilih identiti MyKAD
- Masukkan nombor MyKAD
- Masukkan nombor telefon untuk TAC
- Klik Next
- Masukkan Usernama dan Password
- Pilih Security Image
- Klik butang Submit
Cara login akaun i-Muamalat
Setelah selesai mendaftarkan akaun i-Muamalat, anda boleh terus log masuk untuk menggunakan segala kemudahan yang disediakan oleh Bank Mualamalat online melalui portal atau aplikasi i-Muamalat.
- Layari portal i-Muamalat di pautan https://www.i-muamalat.com.my/rib/index.do
- Masukkan Username
- Tekan butang Next
- Sahkan Security Image anda
- Tick pada kotak pengesahana
- Masukkan Password atau kata Kata Kunci
- Klik butang Login