Bagi peminjam dari Bank Rakyat, anda digalakkan kerapa menyemak baki pinjaman Bank Rakyat untuk mengetahui status bayaran pinjaman anda.
Hal ini bagi memudahkan anda merancangan kewangan anda dan lebih penting lagi, sentiasa melakukan pembayaran semula pinjaman tanpa culas.
Lebih memudahkan, dengan kemajuan teknologi hari ini proses menyemak baki pinjaman Bank Rakyat anda boleh dilakukan secara atas talian (online) sahaja.
Tidak lagi perlu membazirkan masa anda untuk beratur panjang di mana-mana cawangan Bank Rakyat.
1. Semakan melalui web iRakyat
iRakyat merupakan portal kemudahan perbankan internet dari Bank Rakyat.
Tidak ramai pelanggan Bank Rakyat yang tahu bahawa melalui laman iRakyat, mereka boleh boleh menyemak terus status bayaran baki pinjaman dengan hanya beberapa klik sahaja.
Sekiranya anda belum mendaftarkan diri, klik panduan iRakyat: Daftar & Semak Baki Akaun Bank Rakyat Online untuk mendaftarkan akaun di laman iRakyat.
Kemudian, ikuti langkah-langkah di bawah:
- Layari laman iRakyat di alamat https://www2.irakyat.com.my/personal/login/login.do
- Log masuk akaun anda dengan memasukkan kata nama dan kata kunci
- Pada bahagian menu, klik Account Info
- Kemudia, klik pada Loan & Financing
Maklumat pinjaman anda akan dipaparkan pada dashboard akaun anda.
2. Semakan melalui talian Tele-Rakyat
Sekiranya anda tidak mahu menggunakan perkhidmatan perbankan di iRakyat atau tidak mempunyai sambungan internet yang baik, anda boleh juga membuat semakan baki pinjaman dengan membuat panggilan ke talian Tele-Rakyat.
Hubungi talian 1-300-80-5454 dari telefon mudah alih-anda dan bercakap dengan operator.
Kebiasaaannya pihak bank akan bertanyakan beberapa soalan berkaitan akaun anda untuk pengesahan diri anda.
3. Semakan melalui emel
Selain 2 kaedah di atas, anda boleh juga memyemak baki pinjaman anda dengan menghantar emel kepada pihak bank di alamat [email protected].
Berikan maklumat-maklumat yang berkaitan dalam emel terrsebut seperti nombor akaun bank dan sebagainya.
Kaedah ini mungkin lebih lambat berbanding 2 kaedah di atas kerana pihak bank perlu membaca emel anda dan membalasnya secara manual namun tetap boleh digunakan.
Bagi memastikan anda dikenakan penalti dari pihak Bank Rakyat, pastikan anda sentias cakna dengan jadual pembayaran semula pinjaman anda dengan melakukan semakan dari semasa ke semasa menggunakan salah satu kaedah di atas.