Bagaimana Acuan Begitulah Kuihnya: Maksud & Contoh Peribahasa

bagaimana acuan begitulah kuihnya
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Peribahasa “Bagaimana Acuan Begitulah Kuihnya”merupakan salah satu peribahasa yang popular dalam kalangan masyarakat Melayu.

Peribahasa ini merujuk kepada sifat yang ada bagi seseorang anak tersebut adalah mengikut daripada orang tua mereka.

Maksud Peribahasa

Peribahasa mempunyai maksudnya yang tersendiri.

Menurut Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), peribahasa bermaksud ayat atau kelompok kata yang mempunyai susunan yg tetap dan mengandungi pengertian yg tertentu.

Lazimnya, untuk peribahasa Melayu, ianya mempunyai kaitan yang rapat dengan kehidupan dan pemikiran bangsa Melayu.

Peribahasa tersebut lahir daripada pengalaman dan pengamatan alam sekeliling yang diteliti oleh masyarakat Melayu lama.

Maksud Bagaimana Acuan Begitulah Kuihnya

Maksud peribahasa ini merujuk kepada anak menurut baka bapanya atau sesuatu itu menurut asalnya.

Maksdu lain bagi peribahasa ini ialah hasil sesuatu perkara adalah cerminan kepada proses, bentuk, atau teladan yang diberikan.

Contoh Ayat

Contoh ayat bagi peribahasa ini boleh dilihat seperti di bawah:

Contoh 1

Sikap peramah yang dimiliki oleh Husna sama seperti ibunya, sebagaimana acuan begitulah kuihnya menyebabkan dia disenangi oleh rakan-rakan.

Contoh 2

Sikap Laila yang lemah lembut dan berbudi bahasa salin tak tumpah seperti ibu dan bapanya, kata orang bagaimana acuan begitulah kuihnya.

Contoh 3

Osman mempunyai kemahiran bermain bola sepak yang baik sama seperti bapanya seperti bagaimana acuan begitulah kuihnya.

Peribahasa Sinonim

Beberapa peribahasa yang mempunyai maksud yang hampir sama dengan peribahasa ini adalah seperti berikut:

PeribahasaMaksud
Air cucuran atap, jatuhnya kepelimbahanAnak itu menurut sifat dan teladan orang tuanya
Bapa Borek Anak RintikAnak menurut baka bapanya
Bagaimana contoh begitulah gubahannyaAnak menurut baka bapanya
Bagaimana rupa begitulah bayangnyaSesuatu itu menurut asalnya
Ke mana tumpah kuah, kalau tidak ke nasiBaik buruk ibu bapa sedikit sebanyak turun kepada anaknya

Info Lanjut

Info lanjut mengenai peribahasa ini, sila layari https://prpm.dbp.gov.my/cari1?keyword=peribahasa.

Baca juga: Bapa Borek Anak Rintik: Maksud & Contoh Peribahasa

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut