Babah – Sinopsis Penuh, Senarai Pelakon & Trailer Filem

babah
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Filem Babah dalah sebuah karya yang penuh dengan emosi, menonjolkan kisah kekeluargaan, kasih sayang, dan pengorbanan seorang bapa.

Filem ini telah berjaya menyentuh hati penonton dengan naratif yang mendalam dan visual yang memukau.

Untuk artikel kali ini, kami ingin kongsikan kepada anda serba sedikit info mengenai filem Babah yang sedang trending ketika ini.

Baca juga:

Sinopsis Filem Babah

babah

Babah adalah sebuah filem yang menyentuh emosi, membawa penonton mendalami kisah kekeluargaan, kasih sayang, dan pengorbanan seorang bapa dalam membesarkan anak-anaknya.

Kisah ini bermula dengan Isyak, seorang baoa tunggal yang membesarkan Maya dengan penuh kasih sayang dan dedikasi. Maya, yang menganggap ayahnya sebagai pelindung dan sumber inspirasi, menghadapi cabaran besar apabila disahkan menghidap Sindrom Guillain-Barré, sebuah gangguan autoimun yang menyerang sistem saraf dan boleh menyebabkan kelumpuhan.

Dalam menghadapi penyakit ini, Maya bergantung sepenuhnya kepada Isyak, yang tanpa mengenal lelah memberikan sokongan fizikal dan emosi kepada anaknya. Perjalanan mereka dipenuhi dengan ujian dan dugaan, termasuk kehilangan pekerjaan dan masalah pendengaran yang dialami oleh Isyak.

Namun, ikatan kekeluargaan yang kuat dan kasih sayang sejati antara ayah dan anak ini menjadi sumber kekuatan untuk mereka meneruskan hidup.

Dengan latar masa yang merangkumi era 1990-an hingga 2020-an, “Babah” membawa penonton menyelami perjalanan emosi yang mendalam, memperlihatkan pengorbanan tanpa batas seorang ayah dan ketabahan seorang anak dalam menghadapi cabaran hidup.

Senarai Pelakon

Filem Babah diarahkan oleh Mohd Shah Faizul Ibrahim, penulis skrip oleh Wan Rafiq Fadzly, hasil syarikat produksi Nads Media Entertainment Sdn Bhd.

Filem ini diterajui oleh barisan pelakon popular tanah air seperti berikut:

PELAKON UTAMA:

  • Qi Razali sebagai Isyak
  • Sweet Qismina sebagai Maya
  • Cristina Suzanne sebagai Hayati
  • Adam Lee sebagai Ikmal
  • Kis Aisha sebagai Maya (7 tahun)

PELAKON TAMBAHAN:

  • Hazama
  • Jesse Lim
  • Cupcake Aisyah
  • Melanie Tan
  • Afiq Hamidon
  • Arieff Yong
  • Natasha Hudson
  • Noh Salleh (kameo)

Lagu Tema & Lirik Penuh

Lagu ini merupakan runut bunyi asal untuk filem “Babah” dan menceritakan pengalaman peribadi Noh Salleh mengenai kehilangan ahli keluarga yang bakal lahir.

Lirik seperti “Ku rela kau dipanggil kembali” mencerminkan renungan Noh tentang bagaimana hidup penuh dengan pelbagai kejutan yang perlu kita hadapi dan terima sebagai takdir Tuhan.

Untuk menikmati lagu ini, anda boleh menonton video lirik rasmi di YouTube:

Kredit: Youtube Noh Salleh

LIRIK LAGU

Hanya nafas didengari aku
Puas resah melengkapi lagu
Rumah tempat berteduh
Hingga usia rapuh
Hanya kau dan aku

Kurela kau dipanggil kembali
Walaupun sakitnya hampir mati
Menyentuh bara api
Hampir jadi benci
Ku rela kau dipanggil kembali

Ini rahsia Tuhan
Tertulis masa depan

Bisa kita mengulit masa indah
Bila aku mencurigai
Apa yang tertulis buatku
Kian berat bila tiba siang

Kurela kau dipanggil kembali
Walaupun sakitnya hampir mati
Menyentuh bara api
Hampir jadi benci
Ku rela kau dipanggil kembali

Ini rahsia Tuhan
Tertulis masa depan

Bisa kita mengulit masa indah
Bila aku mencurigai
Apa yang tertulis buatku
Kian berat bila tiba siang

Bisa kita mengulit masa indah
Bila aku mencurigai
Apa yang tertulis buatku
Kian berat bila tiba siang

Kredit: Youtube Panji Sakti

Tarikh Tayangan

Filem Babah mula ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia pada 5 Disember 2024.

Trailer Filem Babah

Kredit: Youtube NME Films

babah

babah

Kutipan Filem Babah

Dalam masa 5 hari tayangan, filem Babah berjaya mencatat kutipan box office sebanyak RM2 juta!

Kepada anda yang belum lagi menonton filem Babah ini, jangan lepaskan peluang hujung minggu anda untuk saksikannya di tayangan pawagam seluruh negara berdekatan anda.

Kredit: IG @babahfilm

Pengajaran Filem

1. Kasih Sayang Tanpa Syarat Seorang Bapa

Filem Babah menonjolkan pengorbanan seorang ayah yang sanggup melakukan apa sahaja demi kebahagiaan dan kesejahteraan anaknya. Ia mengajar kita tentang cinta tanpa syarat dan tanggungjawab yang besar dalam peranan sebagai ibu bapa.

      2. Ketabahan Menghadapi Ujian Hidup

      Babah dan Maya menghadapi pelbagai dugaan hidup, termasuk masalah kesihatan dan kesusahan kewangan. Filem ini mengajar kita tentang pentingnya ketabahan dan kekuatan mental untuk menghadapi cabaran hidup dengan penuh kesabaran.

      3. Kekuatan Ikatan Kekeluargaan

      Ikatan keluarga yang erat antara Babah dan Maya menjadi sumber kekuatan dalam menghadapi kesukaran. Ini mengingatkan kita betapa pentingnya nilai kekeluargaan dalam kehidupan, terutama dalam saat-saat sukar.

      4. Keikhlasan dalam Memberi

      Babah memberi dengan penuh ikhlas tanpa mengharapkan balasan. Ini memberi pengajaran bahawa memberi dari hati, terutama kepada keluarga, adalah suatu tindakan mulia yang membawa kebahagiaan.

      5. Kemaafan dan Kesedaran Diri

      Konflik antara Babah dan anaknya mengajar tentang pentingnya memaafkan dan berdamai dengan masa lalu. Kemaafan adalah langkah penting untuk menyembuhkan luka emosi dan membina semula hubungan.

      6. Menghargai Kehidupan dan Takdir Tuhan

      Filem ini mengingatkan kita untuk menghargai setiap detik kehidupan dan menerima apa sahaja yang ditentukan oleh Tuhan. Ujian yang dihadapi adalah sebahagian daripada perjalanan hidup yang perlu ditempuhi dengan reda.

      7. Kepentingan Kesihatan dan Sokongan Emosi

      Dengan penyakit yang dihadapi Maya, filem ini menonjolkan betapa pentingnya sokongan emosi daripada keluarga dalam proses pemulihan. Ia mengajar kita untuk sentiasa ada bagi orang tersayang, terutama ketika mereka memerlukan.

      Filem Babah bukan sahaja memberikan hiburan tetapi juga menyentuh jiwa, menyampaikan mesej mendalam tentang cinta, pengorbanan, dan ketabahan dalam kehidupan.

      Follow eCentral di WhatsApp Channel
      Ikut