ASWARA: Kelebihan, Program Ditawarkan & Permohonan Online

Sukacita dimaklumkan bahawa permohonan bagi pengambilan pelajar baharu Akademi Seni Budaya & Warisan Kebangsaan / The National Academy of Arts Culture & Heritage (ASWARA) untuk peringkat Diploma dan Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian bagi sesi akademik 2022/2023 kini dibuka.

Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang permohonan pengambilan sesi terkini serta kelebihan melanjutkan pelajaran di sini.

Apakah ASWARA?

AKADEMI SENI KEBANGSAAN (ASK) yang ditubuhkan pada tahun 1994 dibawah Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan Malaysia kini dikenali sebagai AKADEMI SENI BUDAYA DAN WARISAN KEBANGSAAN (ASWARA) berkuatkuasa pada 1 Ogos 2006 melalui AKTA Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan 2006 (Akta 653)

ASWARA merupakan satu-satunya institusi pengajian tinggi dalam bidang persembahan yang didokongi sepenuhnya oleh Kerajaan Malaysia dibawah Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia. Ia merupakan sebuah institusi pengajian tinggi yang menyediakan ruang pembelajaran, penyelidikan dan penerbitan akedemik serta khidmat nasihat professional dalam bidang seni budaya dan warisan yang bertujuan menghasilkan seniman yang mahir dan karyawan yang berwibawa dalam bidangnya disamping memantapkan kesinambungan warisan seni negara.

Pada prinsipnya ASWARA menumpukan kepada pendidikan seni bagi melahirkan “performers” yang berilmu dan professional bagi mengisi industri seni negara.

ASWARA bertanggungjawab mengeluarkan graduan-graduan yang berupaya menjadi cendekiawan, penggalak, pemupuk, pelaku dan pengamal seni budaya dan warisan di peringkat sijil, diploma, ijazah dan ijazah tertinggi dalam bidang-bidang penyelidikan dan pemupukan kebudayaan, pemuliharaan dan pentadbiran warisan pelbagai jenis.

ASWARA komited dalam menawarkan pengajian yang berteraskan seni tradisional Malaysia dengan penekanan kepada Bangsawan, Makyung dan Wayang Kulit dalam usaha melahirkan golongan karyawan, seniman dan intelektual yang mahir, berilmu dan professional ke arah membangunkan warisan dan industri negara.

Pelbagai program ditawarkan untuk peringkat pengajian Diploma dan Ijazah Sarjana Muda.

Bagi yang berminat, jom ikuti info lanjut serta cara memohon.

Baca Juga : Bantuan Pendidikan Yayasan Johor Corporation 2022

Pelajar Baharu ASWARA

Program Pengajian Yang Ditawarkan Untuk Pelajar Baharu ASWARA

Senarai program yang ditawarkan bagi pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian Bagi Sesi Akademik 2022/2023 adalah seperti berikut :

Program Diploma

  • Diploma Penulisan Kreatif
  • Diploma Filem dan Video
  • Diploma Animasi
  • Diploma Seni Muzik
  • Diploma Rekaan Komunikasi Visual
  • Diploma Seni Halus
  • Diploma Teater
  • Diploma Seni Tari

Program Ijazah Sarjana Muda

  • Ijazah Sarjana Muda Penulisan dengan Kepujian (Penulisan Kreatif)
  • Ijazah Sarjana Muda Penulisan dengan Kepujian (Penulisan Filem dan Televisyen)
  • Ijazah Sarjana Muda Filem dan Video dengan Kepujian (Pengarahan)
  • Ijazah Sarjana Muda Filem dan Video dengan Kepujian (Sinematografi)
  • Ijazah Sarjana Muda Filem dan Televisyen dengan Kepujian
  • Ijazah Sarjana Muda Animasi dengan Kepujian
  • Ijazah Sarjana Muda Seni Permainan Digital dengan Kepujian
  • Ijazah Sarjana Muda Muzik dengan Kepujian (Persembahan)
  • Ijazah Sarjana Muda Muzik dengan Kepujian (Komposisi dan Gubahan)
  • Ijazah Sarjana Muda Muzik dengan Kepujian (Produksi Audio)
  • Ijazah Sarjana Seni Reka Visual dengan Kepujian
  • Ijazah Sarjana Muda Teater dengan Kepujian (Lakonan)
  • Ijazah Sarjana Muda Teater dengan Kepujian (Pengarahan)
  • Ijazah Sarjana Muda Teater dengan Kepujian (Sinografi)
  • Ijazah Sarjana Muda Tari dengan Kepujian (Persembahan)
  • Ijazah Sarjana Muda Tari dengan Kepujian (Koreografi)
  • Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Seni dan Budaya dengan Kepujian

Syarat-Syarat Kemasukan

Calon yang berminat boleh semak syarat-syarat kemasukan bagi setiap program pengajian menerusi pautan berikut :

Syarat Kemasukan Program Pengajian di ASWARA

Tempoh Permohonan ASWARA Sesi 2022 / 2023

Calon yang berkelayakan boleh kemukakan permohonan sehingga tarikh tutup iaitu pada 12 Ogos 2022.

Cara Memohon

Calon yang berkelayakan dialu-alukan untuk memohon secara atas berpandukan langkah berikut :

  1. Pergi ke pautan : http://sms.aswara.edu.my/aswaraweb/Login.aspx?sl=0
  2. Daftar akaun dengan mengisi butiran yang diperlukan. Anda akan menerima e-mel pengaktifan akaun login dari ASWARA setelah butang Daftar diklik.
  3. Log masuk untuk mula mengisi borang da melengkapkan maklumat di laman ini.
  4. Pemohon hanya dibenarkan untuk membuat permohonan sekali sahaja. Permohonan kali kedua menggunakan kad pengenalan (No. K/P) yang sama TIDAK DIBENARKAN.
  5. Pastikan anda muat naik sijil-sijil akademik yang berkaitan terus ke pautan Google Forms berikut selepas anda selesai menghantar borang permohonan secara atas talian :

https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSfRdb5Ha12XOEXKu-beeaAKe1Wbs1NxGOz168if9UwrBXyi6g/viewform

Pelajar Baharu ASWARA

Untuk maklumat lanjut mengenai panduan permohonan, sila ke pautan berikut :

http://sms.aswara.edu.my/aswaraweb/Info.aspx

Cetak dan simpan salinan permohonan sebagai bukti permohonan telah dibuat.

Cara Semak Keputusan Permohonan

Pemohon yang telah membuat permohonan boleh menyemak status keputusan permohonannya dengan menggunakan No. K/P dan No. siri yang telah diberikan.

Keputusan permohonan akan dimaklumkan bermula 18 April 2022.

Tarikh akhir untuk menerima atau menolak tawaran adalah 2 September 2022.

 Untuk makluman, calon juga boleh menyemak keputusan permohonan kemasukan ke ASWARA melalui telefon bimbit anda dengan menaip ASWARA < jarak > ENROL < jarak > [No. KP Pemohon tanpa simbol ‘-‘], hantarkan ke 15888.

Setiap mesej yang dihantar akan dicaj RM0.15. Setiap mesej yang diterima akan dicaj RM0.20. Tertakluk kepada terma dan syarat.

Maklumat Lanjut

Untuk sebarang pertanyaan mengenai kemasukan pelajar baharu ke ASWARA, sila hubungi pegawai di Unit Kemasukan dan Rekod ASWARA menerusi talian 03-2778 5961.  

Akademi Seni Budaya Dan Warisan Kebangsaan (ASWARA)

464, Jalan Tun Ismail,
50480, Kuala Lumpur,
Malaysia

Laman web : https://www.aswara.edu.my/

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!