Apple iPad Mini Malaysia: Spesifikasi, Varian, Harga

apple ipad mini malaysia
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Pihak Apple Malaysia melakukan kejutan apablia melancarkan Apple iPad Mini baru-baru ini.

iPad Mini ini adalah generasi ke 7, menggantikan generasi lama yang dikeluarkan pada tahun 2021.

Selain mendapat peningtan cip pemprosesan yang telah lama ditunggu-tunggu, iPad Mini bahar ini turut menyokong Apple Pencil Pro serta Apple Intelligence yang dijangka tiba dalam beberapa bulan akan datang.

Spesikasi Apple iPad Mini

Apple Pencil Pro

Dengan reka bentuk ultra mudah alih yang digemari, mini iPad baharu tersedia dalam empat kemasan cantik, termasuk biru dan ungu baharu, dan menampilkan paparan Retina Cecair 8.3 inci yang cemerlang.

A17 Pro memberikan peningkatan prestasi yang besar walaupun untuk tugas yang paling mencabar, dengan CPU dan GPU yang lebih pantas, Enjin Neural 2x lebih pantas daripada iPad mini generasi sebelumnya dan sokongan untuk Apple Intelligence.

Fleksibiliti dan keupayaan canggih iPad mini baharu dibawa ke tahap baharu dengan sokongan untuk Apple Pencil Pro, membuka cara baharu sepenuhnya untuk menjadi lebih produktif dan kreatif.

Kamera belakang lebar 12MP menyokong Smart HDR 4 untuk foto yang kelihatan semula jadi dengan julat dinamik yang dipertingkatkan dan menggunakan pembelajaran mesin untuk mengesan dan mengimbas dokumen terus dalam aplkasi kamera.

Dari segi sambungan, iPad Mini baharu menyokong WiFi 6E dan port USB-C kini 2x lebih pantas daripada generasi sebelumnya kerana ia menyokong pemindahan data sehingga 10Gbps.

Menariknya, tiada slot Nano-SIM disenaraikan pada helaian spesifikasi Malaysia.

Ini bermakna pengguna dikehendaki menggunakan eSIM untuk sambungan mudah alih kerana anda tidak lagi boleh memasukkan kad SIM fizikal.

Sama seperti generasi dahulunya, iPad Mini dinilai untuk mampu bertahan sehingga 10 jam main balik video atau melayari web melalui WiFi atau sehingga 9 jam melalui rangkaian data mudah alih.

Artikel berkaitan: 6 Tablet Terbaik Untuk Pelajar Universiti 2024 (Bawah RM1500)

Kredit: Apple

Pilihan warna

Apple iPad Mini baharu kini hadir dalam 4 pilihan warna:

  • Biru
  • Ungu
  • Kelabu Angkasa (Space Grey)
  • Cahaya Bintang (Starlight)

Varian dan Harga

Apple iPad Mini 2024 dijual dalam beberap varian storan dan jaringan hubungan 5G atau WiFi sahaja.

Beriku merupakan harga iPad generasi baru ini:

iPad Mini (A17 Pro) WiFi

  • 128GB – RM2,199
  • 256GB – RM2,599
  • 512GB – RM3,499

iPad Mini (A17 Pro) WiFi + 5G

  • 512GB – RM4,199
  • 128GB – RM2,899
  • 256GB – RM3,299
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut