Bagi kemudahan pengguna Ambank, pihak Ambank telah memperkenalkan perkhidmatan perbankan internet Ambank Online untuk pelanggan mereka yang dikenali dengan nama AmOnline.
Melalui perkhidmatan AmOnline, pengguna dapat melakukan pelbagai urusan kewangan antaranya semakan akaun, pemindahan wang, bayaran bil, bayaran perbankan internet, urusan kad kredit dan banyak lagi.
Syarat kelayakan permohonan
Bagi melayakkan anda mendaftarkan akaun AmOnline, anda perlulah mempunyai salah satu daripada kriteria berikut:
- Akaun Semasa atau Simpanan/-i AmBank yang dipautkan kepada Kad Debit AmBank.
- Kad Kredit / Kad-i Ambank
- Pinjaman AmBank sama ada Sewa Beli / Pajak gadai / Pinjaman Peribadi / Pembiayaan
Cara mendaftar Ambank Online
Secara umumnya, terdapat 2 cara mudah untuk mendaftarkan akaun anda iaitu:
- Melalui aplikasi AmOnline di telefon mudah alih anda
- Melalui laman web rasmi Ambank
Setelah berjaya melakukan pendaftaran melalui salah satu cara yang disebutkan di atas, anda akan menerima mesej SMS pengesahan pendaftaran akaun Ambank Online anda.
Cara daftar AmOnline melalui aplikasi telefon
- Muat turun aplikasi AmOnline ke telefon mudah alih anda daripada salah satu pautan berikut:
- Play Store – Untuk pengguna Android
- App Store – Untuk pengguna iOS
- Buka aplikasi tersebut di telefon anda
- Lihat pada bahagian carousel dan klik pada pada “Let’s Get Started”
- Klik pada “Register to AMOnline”
- Lengkapkan maklumat yang diperlukan
- Masuukan no kad pengenalan dan nombor untuk dihubungi
- Masukkan nombor kad ATM dan nombor PIN atau masukkan Nombor Pinjaman/Pembiayaan & SMS TAC
Cara daftar AmOnline melalui laman web
- Layari laman rasmi AmOnline di https://ambank.amonline.com.my/web/
- Klik pada Register
- Lengkapkan segala maklumat untuk log masuk akaun seperti Username, Password dan Confirm Password
- Pilih “Security Image”
- Klik pada butang Continue
- Masukkan Nombor Kad & PIN Kad anda ATAU Masukkan Nombor Pinjaman/Pembiayaan & SMS TAC
Cara login akaun Ambank Online
Setelah berjaya melakukan pendaftaran AmOnline, anda boleh log masuk ke akaun anda dengan cara-cara berikut:
- Layari laman web rasmi AmOnline
- Pada halaman depan website tersebut, terdapat satu borang log masuk
- Masukkan Username
- Klik pada butang Log In Now
- Sahkan Securit Image. Jika benar klik pada butang Yes
- Masukkan password anda
- Klik butang Log In